Kata Ustaz Datuk Shamsuri Ahmad, nak masuk syurga ini senang bagi orang yang suka kebaikan dan susah bagi orang yang tak suka kebaikan.
Contohnya saya jumpa seorang sahabat ini di bengkel kereta, lepas jumpa dia, saya pun keluar.
Kemudian ada barang saya tertinggal, jadi saya pun patah balik.
Bila patah balik, tengok-tengok dia dah tak ada.
Rupa-rupanya dia pergi sembahyang Zuhur.
Lepas dia selesai sembahyang Zuhur, saya pun tanya, “Berapa orang yang sembahyang Zuhur ni?”
Saya sorang sahaja ustaz.
Bayangkan, mekanik yang ramai di bengkel itu, dia seorang sahaja yang sembahyang.
Saya kata, macam mana jadi lagu ini?
Biasalah ustaz.
Saya pun kata pada dia, “Betul apa yang al-Quran kata, sembahyang ini jadi satu perkara yang berat dilakukan kecuali orang yang khusyuk hatinya”.
Jadi, nak buat benda baik ini senang bagi orang yang tertentu.
Tapi susah bagi orang yang tertentu.
Sembahyang ini penentu.
Nabi kata, beza antara orang Islam dengan orang Kafir ialah tak sembahyang.
Kalau Nabi tegas macam ini pun, masih ada orang tak sembahyang?
Kalau kita cakap?
Lagilah.
Kalau sembahyang yang boleh diselesaikan dalam masa tujuh minit, termasuk dengan wuduk.
(Ambil air sembahyang dua minit, sembahyang lima minit).
Pun ada orang yang tak boleh buat, kita nak bercakap tentang jihad?
Kita nak bercakap tentang nak tumpahkan darah untuk Islam?
Tak boleh tuan-tuan.
Sebab syurga yang semua orang teringin dan mengidam nak masuk ini, dilingkari dengan perkara-perkara yang nafsu tak suka.
Dalam hadis Nabi sebut; “Apabila Allah cipta neraka, Tuhan kata pada Jibril; Wahai Jibril, Aku ada buat satu benda, namanya neraka. Pi tengok sat macam mana keadaannya”.
Jibril pun pergi tengok, selesai tengok dan perhatikan neraka, Jibril pun patah balik.
Jibril pun kata, “Siapa yang tengok neraka ini, tentu tak nak masuk”.
Ini baru tengok api yang menyala, belum tengok lagi azab yang ada.
Belum tengok lagi rantai besi, belum tengok lagi air danur yang ada dalam neraka, belum tengok lagi timah yang mendidih, baru tengok api sahaja.
Jadi Nabi kata, Allah jadikan perkara yang ada di keliling neraka ini, perkara yang nafsu suka.
Allah jadikan di sekeliling neraka ini, perkara-perkara yang bila manusia tengok, dia teringin nak buat dan gian tak boleh nak tinggal.
Apa yang Allah letak?
Ingkar perintah Allah.
Contohnya tak mahu sembahyang, tak mahu puasa, suka berzina, letak tabarruj untuk perempuan ataupun Allah letak apa sahaja perkara yang menarik hati sesiapa pun yang melihatnya.
Kemudian Allah kata pada Jibril, pergi tengok neraka itu sekali lagi.
Jibril pun tengok.
Lepas tengok, Jibril pun kata, “Wahai Tuhan, demi kemulian-Mu, aku takut, kot-kot tak ada seorang pun manusia melainkan semuanya masuk ke dalam neraka”.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian, itulah hakikat hidup kita di dunia.
Kita hidup dalam dunia ini, perkara yang kita tak suka itulah, baik sebenarnya.
Kita hidup dalam dunia ini, perkara yang menarik kita itulah yang bahaya sebenarnya, dan inilah yang nak Nabi nak beritahu pada kita semua.
Bangun, berilah peringatan!