Kita kekurangan lelaki sejati.
Kata Sheikh Mohamed Hoblos;
Wahai saudara-saudaraku yang muda, jangan tertipu dengan fitnah jalanan.
Apa itu fitnah jalanan?
1. Budaya samseng dan gangsterisme – gaya hidup kasar, suka bergaduh dan tunjuk kuat.
2. Hiburan dan maksiat – melepak, pergaulan bebas, dadah dan zina.
3. Pengaruh kawan yang menyesatkan – geng motosikal liar, geng curi dan geng pengedar dadah.
4. Glamor palsu – gaya hidup stylo tapi kosong, menunjuk di media sosial, nak nampak hebat tapi tak ada hala tuju.
5. Lari dari tanggungjawab sebenar – nak duit cepat tanpa usaha (jual dadah, jadi runner, scam dan lain-lain).
Sepatutnya agama Islam, membentuk kita menjadi lelaki sejati.
Tapi kalau kita hidup terlalu bebas di jalanan akan menyebabkan kita menjadi kaki gaduh dan suka cari pasal dengan orang.
Dalam bahasa Arab, setiap lelaki dipanggil rajul.
Apa itu rajul?
Rajul ialah lelaki sejati.
Masalahnya bukan semua orang bergelar lelaki sejati.
Sebab ada beza besar antara seorang rajul – lelaki sejati dengan seorang jantan.
Nabi salla Allahu alaih wa sallam bersabda:
Lelaki sejati (rajul) adalah orang yang apabila ditimpa musibah, dia mampu mengawal kemarahannya dan menahan emosinya. Dia sabar. Itulah lelaki sejati.
Tapi malangnya hari ini, ramai yang salah faham makna ‘lelaki sejati’.
Mereka sangka, lelaki sejati itu yang kuat fizikalnya, garang suaranya ataupun besar ototnya.
Sedangkan, kekuatan yang sebenar adalah kekuatan yang ada di dalam diri kita seperti mampu melawan hawa nafsu, sabar bila diuji dan tenang ketika marah.
Contohnya, ada yang boleh bench press 100kg, 120kg – Allah sahaja yang tahu berapa berat yang dia angkat.
Hebat di gym.
Rakam video, upload di Snapchat.
Tapi nak angkat selimut pada waktu Subuh pun tak mampu angkat.
Jemput baca: Jangan Buat Main Dengan Nahi Mungkar
Wahai saudara-saudara sekalian, lelaki sejati bukan diukur pada otot atau kehebatannya ketika bergaduh.
Tetapi lelaki sejati ialah orang yang realistik, rendah diri dan faham tentang realiti kehidupan.
Kita tahu bahawa, “Kita tak boleh dapat semua yang kita nak dalam hidup ini.”
Pernah dengar pepatah Inggeris?
“You can’t have the pie and eat it too.”
Maksudnya: Kita tak boleh nak semua benda.
Tapi kita sekarang?
Nak semua.
Dan itulah masalahnya.
Seorang ulama pernah kata, beza kita dan para sahabat Rasulullah salla Allah alaih wa sallam ialah:
Para sahabat hanya mahukan syurga.
Itu sahaja.
Kita pun nak syurga …
Tapi kita juga nak dunia.
Nampak tak bezanya?
Jadi, lelaki sejati itu realistik.
Kalau nak jadi rajul, kita kena buat keputusan besar.
Kena sanggup berkorban.
Ini bukan anugerah.
Ini adalah gaya hidup.
Jalan hidup yang perlu kita pilih.
Kalau kita nak jadi lelaki sejati, maka kita tak boleh jadi orang lain.
Sama ada kita jadi lelaki sejati atau kita nak jadi jantan?
Maksudnya, kalau lelaki sejati berkahwin, bila dia ada anak, bila dia terima pekerjaan, bila dia beri janji, bila dia buat komitmen, dia tahu ada pengorbanan yang perlu dilakukan.
Tapi sekarang ini, kita bukan lelaki sejati.
Kita adalah budak lelaki yang terperangkap dalam tubuh orang dewasa.
Ya, ini kenyataan yang perlu kita telan.
Kita fikir kita dah dewasa.
Tapi hakikatnya … kita masih kebudak-budakan.
Kita suka wanita.
Tapi tak suka jadi suami.
Kita suka idea perkahwinan, tapi tak sanggup hadapi tanggungjawab dan pengorbanan dalam perkahwinan.
Sepatutnya lelaki sejati tahu dan faham bahawa perkahwinan bukan semuanya indah dan manis.
Ada bahagian yang susah.
Dan sebab itulah, perkahwinan itu separuh daripada agama.
Lagi apa?
Kita suka anak-anak.
Tapi tak nak jadi ayah.
Kebolehan kita untuk dapat anak, tidak menjadikan kita seorang lelaki sejati.
Tapi kebolehan kita untuk membesarkan dan mendidik anak-anak itulah yang menjadikan kita lelaki sejati.
Fuh, sentap!
Kita suka duit.
Tapi tak nak kerja.
Sebab itulah ramai lelaki yang pilih jadi pengedar dadah, jadi runner sebab cepat kaya dan tidak perlu kerja keras.
Kita semua kata cinta Allah.
Tapi tak nak mengamalkan agama.
Macam mana boleh cinta Allah, tapi tak nak agama?
Sekarang muncul satu budaya pelik:
“Brother, iman saya dalam hati…”
“Hubungan saya dengan Allah dalam hati…”
Budaya ini bahaya.
Racun.
Kenapa?
Kerana orang mula guna “hati” sebagai alasan untuk sembunyikan kemunafikan.
Semua orang kata cinta Nabi.
Tapi tak nak sunnah Nabi.
Kita semua nak syurga.
Tapi tak nak mati.
Wahai saudaraku … ini ke sifat lelaki sejati?
Tidak.
Lelaki sejati itu realistik.
Lelaki sejati itu berprinsip.
Lelaki sejati itu ada maruah.
Tahu tak apa yang sedang membinasakan umat ini?
Bukan kerana kurang ilmu.
Alhamdulillah, sekarang semua orang boleh cari ilmu – dalam buku, dalam aplikasi ataupun dalam YouTube.
Ilmu melimpah ruah.
Tapi apa masalah sebenar umat ini?
Kita tak cukup menjadi lelaki sejati.
Dan tahu siapa yang paling menderita bila tiada lelaki sejati?
Wanita dan anak-anak.
Dalam bahasa Inggeris ada pepatah: “When the cat’s away, the mice will play.”
Bila tiada lelaki sejati, yang muncul ialah tikus-tikus.
Tengok masyarakat kita, bila lelaki sejati berkumpul, dunia ini boleh berubah.
Tapi selagi lelaki sejati musnah, dunia akan terus rosak.
Umat ini sedang menderita kerana kehilangan lelaki sejati.
Tanya diri kita:
Adakah kita seorang rajul?
Atau kita hanyalah seorang jantan?
Adakah aku lelaki yang Allah reda?
Adakah aku lelaki yang akan menghidupkan kembali umat ini?
Kita mohon kepada Allah subhanahu wa ta’ala, jadikanlah kami lelaki sejati – lelaki yang Allah reda, dan lelaki yang akan menghidupkan kembali umat ini.
Bangun, berilah peringatan!
—
Sumber: Be A Man