fbpx

Wahai Anak Kesayanganku

Cuba kita perhatikan awal ayat 13 Surah Luqman.

Firman Allah,

وَإِذْ قَالَ لُقْمَٰنُ لِٱبْنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَٰبُنَىَّ

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku …

[Surah Luqman 31: 13]

Perhatikan kalimah (يَعِظُهُۥ يَٰبُنَىَّ).

Kata Ustaz Abd Muein, inilah bahasa yang digunakan oleh Luqman apabila mahu mendidik anak.

Allah tidak kata Luqman menggunakan kalimah yakmuru yang membawa maksud perintah, marah ataupun cela anaknya.

Tetapi Luqman mendidik dengan cara nasihat yang baik.

Inilah yang perlu ada pada seorang ibu bapa.

Sebab itulah, lepas kalimah (يَعِظُهُۥ), Luqman kata kepada anaknya, (يَٰبُنَىَّ) – wahai anakku.

Perkara ini nampak macam kecil, tetapi kesannya besar.

Bila ibu bapa tidak didik anak dengan bahasa yang lembut dan kasih sayang, hubungan akan menjadi renggang.

Anak-anak akan rasa hubungan dia dan ibu bapa macam ada dinding yang menghalang.

Sebab itulah kalau kita perasan, kita pun pernah buat macam ini pada ibu bapa dulu, bertembung dengan ibu bapa sahaja, kita nak lari dan masuk ke dalam bilik.

Sebab apa?

Sebab tidak guna nasihat yang baik.

Jemput baca di sini:

hakimdarno - wahai anak kesayanganku 1

Yang ibu bapa tahu, suruh, marah dan pukul.

Akhirnya anak-anak tidak mesra dengan ibu bapa.

Malah, kadang-kadang ada anak yang mendapat tawaran belajar di universiti, dia melompat seronok.

Sebab apa?

Sebab tidak duduk di rumah bersama ibu bapa lagi.

Anak-anak rasa bebas seolah-olah baru keluar daripada penjara.

Sekali lagi, ibu bapa kena nasihat yang baik.

Jadi, bila anak-anak ada masalah, mereka tidak akan cerita masalah itu pada ibu bapa sebab mereka dah tahu mesti kena marah.

Jadi, mereka akan kongsi masalah kepada kawan-kawan.

Mereka lebih suka jumpa kawan-kawan sebab kawan-kawanlah yang sudi mendengar dan memahami masalah mereka.

Cara Menasihati Anak

Bila berlaku macam ini, jangan salahkan anak-anak sebab puncanya adalah ibu bapa sendiri.

Tengok contoh lain dalam al-Quran, macam mana Nabi Nuh bercakap dengan anaknya yang degil dan kufur kepada Allah?

Adakah Baginda cakap dengan bahasa kasar, marah ataupun macam mana?

hakimdarno - wahai anak kesayanganku 2

Baginda juga guna ‘ya bunayya – wahai anakku’ walaupun anak baginda kafir.

Ini adalah bahasa yang boleh mengetuk dan menyentuh hati.

Lihat pula bagaimana Nabi Muhammad salla Allah ‘alaih wa sallam mendidik para sahabat.

Bagaimana Nabi boleh mengubah hati yang keras dan ganas seperti Umar menjadi lembut?

Kata ustaz, rahsianya ialah akhlak.

Akhlak itu datang daripada mana?

Daripada al-Hikmah.

Hikmah pula datang daripada al-Quran.

Jadi, Nabi boleh lemah lembut dan berkasih sayang pada para sahabat walaupun pada musuhnya sebab rahmat daripada Allah.

Rahmat daripada Allah itulah al-Quran.

Kemudian Allah kata lagi, “Kalau kamu ini kasar, bahasa pun kasar, cepat marah, dan hati pun keras, tidak kesian pada orang, asyik nak marah je, silap sikit marah, semua sahabat akan lari daripada engkau walaupun engkau rasulullah.

Jadi, ditegaskan lagi bahawa kita kena nasihat menggunakan perkataan yang baik.

Kata ustaz, antara punca ibu bapa tidak guna bahasa yang lembut ialah sebab tidak ada hikmah.

Hanya tahu nak arah dan order sahaja, macam kat kedai makan itu.

“Pergi solat sekarang!”

“Baca al-Quran!”

 “Jangan keluar!”

“Tidur. Kalau tak tidur siaplah!”

Jadi, asasnya adalah hikmah.

Bila tidak ada hikmah, tidak bolehlah nasihat dengan baik.

Sebab itu, bila ibu bapa ada masalah, mereka tidak boleh nak sabar.

Sebab apa?

Tidak ada ilmu.

Bila tidak ada ilmu, silap sikit marah, silap sikit angkat suara.

Setelah kita membaca dan tadabbur ayat ini, marilah kita ubah.

Saya ingatkan kepada diri saya juga.

Kita mulakan dengan nasihat yang baik dan bahasa yang lembut.

Itulah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa.

Dan bila kita tidak boleh lemah lembut dan nasihat yang baik, sedarlah kita tidak ada hikmah.

Maka carilah hikmah.

Papa cuba ya Umar, “Wahai Abang Umar yang bijak, comel dan soleh” walaupun di dalam hati hati papa panas membara.

Leave a Comment