Kenapa Sofiyyah tidak puas hati dengan isteri saya?
Pagi tadi lepas subuh, ketika saya belek-belek status Facebook di handphone, saya terdengar Sofiyyah menangis dan Umar berlari ke arah saya dan diikuti dengan Sofiyyah.
Umar mengadu yang seluar Sofiyyah basah, lepas itu Sofiyyah salahkan mama.
Sebab itulah Umar mengadu kepada saya.
Umar nak beritahu pada saya bahawa Sofiyyah telah marah mama, jadi papa kena ambil tindakan pada Sofiyyah.
Sofiyyah pula cuba menghalang Umar daripada beritahu papa yang dia telah memarahi mama, sebab itulah dia menangis.
Kemudian saya tanya, macam mana seluar Sofiyyah boleh basah?
Umar ada terangkan tapi saya tidak berapa faham.
Jadi lepas itu saya tanya pada isteri, sebenarnya apa yang berlaku?
Isteri saya pun terangkan yang sebenarnya Sofiyyah dalam bilik mandi tengah buang air kecil.
Kemudian pada masa yang sama, Umar pun nak buang air kecil juga.

Jadi mama cepat-cepat beritahu pada Sofiyyah, “Sofiyyah tolong buka pintu bilik mandi ini sebab Umar dah tak tahan nak kencing”.
Sofiyyah jawab, “Kejap mama, Sofiyyah baru nak basuh kencing ini”.
“Bukak sekarang dan basuh nanti sebab Umar dah tak tahan sangat ini!”
Mama macam desak Sofiyyah sedangkan Sofiyyah belum selesai lagi.
Jadi dipendekkan cerita, seluar Sofiyyah pun basah lencun terkena air paip sebab tergesa-gesa basuh tadi.
Barulah saya tahu keadaan yang sebenar.
Saya pun terangkan pada Sofiyyah yang kali ini mama dah buat salah.
Lepas itu mama pun dah beritahu saya yang dia dah mintak maaf pada Sofiyyah.
Tapi si Sofiyyah ini masih tidak puas hati.
Muka dia berkerut seribu.
Dia punya marah itu meluap-luap sehingga dia tidak mahu pergi sekolah dengan mama.
Jadi sayalah yang kena hantar dia pergi sekolah.
Saya pun kata, “Tak apalah, jom papa hantar”.

Tapi masa saya nak hantar itu, muka dia masih berkerut.
Saya tanya dia lagi, “Sofiyyah apa lagi yang tak kena ini?”
“Mama dah mintak maaf kan? Jadi sepatutnya perkara ini dah selesai”.
Matanya masih mengeluarkan air mata tidak puas hati.
“Saya nak awak selesaikan menangis sekarang sebab saya tak mahu awak pergi sekolah dalam keadaan menangis”.
“Sebab nanti kecoh pula pasal hal keluarga kita”.
“Ini hal keluarga kita, kita tak boleh kongsi pada orang lain”.
“Biar kita selesaikan sendiri”.
Saya tengok muka dia masih tidak puas hati.
Saya berikan lagi hujah untuk dia berfikir, “Sofiyyah pernah buat salah tak kat mama?”
Dia mengangguk-anggukkan kepala.
“Setiap kali Sofiyyah buat salah dan Sofiyyah mintak maaf, mama maafkan tak?”
Dia angguk lagi.
“Cuba Sofiyyah fikir, banyak kali Sofiyyah buat salah pada mama, mama tetap maafkan Sofiyyah”.
“Tapi bila mama buat salah sekali atau dua kali pada Sofiyyah, tiba-tiba Sofiyyah tak nak maafkan mama pulak”.
“Elok ke macam itu?”
Saya bagi dia berfikir.
Saya tidak tahu apa yang saya buat ini betul atau salah, tapi saya cuba elak daripada terus memarahi dia.
Jadi saya pun cubalah cara ini untuk mendidik dia.
Alhamdulillah saya rasa lega, sebab ada sedikit perubahan di wajahnya.
Kerutnya yang seribu itu berkurang menjadi lima ratus.
Pagi yang sungguh mencabar.
Sebenarnya kalau nak selesai cepat, saya marah sahaja Sofiyyah itu sebab nangis pagi-pagi atas alasan apa pun.
Itulah sikap saya sebelum ini.
Tapi saya cuba muhasabah diri, saya tidak mahu jadi papa yang tahu nak marah sahaja.
Saya cuba menyelami perasaannya.
Mesti ada sebab dia menangis.
Siasat dahulu apa yang berlaku, kalau tidak, pasti kita sudah menzalimi anak kita sendiri.
Dalam satu artikel bahasa Inggeris yang saya baca, artikel itu menyebut bahawa adalah satu perkara biasa bila ibu bapa melakukan kesalahan pada anak-anak.
Jadi beri waktu pada diri kita sendiri untuk belajar daripada situasi ini.
- Anda boleh baca artikel tersebut di sini: Mistakes Parents Make When Reprimanding Their Children
Kesilapan adalah satu pengalaman untuk kita belajar daripadanya dan menjadi orang yang lebih berguna daripada sebelum ini.
Jadi tidak salah kita sebagai ibu bapa untuk terus belajar mendidik anak.
Ini antara apa yang boleh dan tidak boleh kita lakukan mengikut artikel di atas:

Insaf betul bila baca artikel ini.
Penulis itu kata;
Ibu bapa minta anak-anak menghormati mereka, tetapi kadang-kadang mereka lupa bahawa sebenarnya kita perlu saling menghormati di antara satu sama lain.
Salah satu kesilapan yang paling biasa dilakukan oleh ibu bapa ketika mendisiplinkan anak-anak ialah dengan menjerit, bercakap dengan nada yang kasar, marah, atau bahkan menghina anak-anak mereka.
Memberi dan meminta penghormatan sebagai balasan adalah salah satu tips utama yang perlu diingati dalam mendisiplinkan anak-anak.
Jadi antara penyelesaian yang dicadangkan oleh penulis ialah fikirkan tentang bagaimana kita ingin diperlakukan jika kita sedang menyelesaikan konflik dengan orang dewasa, seperti rakan sekerja atau ahli keluarga.
Pastikan kita berdiri dalam keadaan mata kita separas dengan mata anak kita.
Kemudian bincangkan masalah yang dihadapi dengan cara yang lembut (tetapi tetap tegas) dan penuh hormat.
Walaupun kita marah, cuba untuk tetap tenang.
Dalam kes ini, bukan Sofiyyah sahaja yang belajar, tetapi saya dan juga isteri juga belajar ilmu baru.
- Jemput baca di sini: Kepentingan Ilmu Agama dan Kenapa Kita Perlu Mempelajarinya
Ada satu ayat al-Quran yang menarik untuk kita kaji ataupun tadabbur iaitu,
“Dan janganlah kamu memarahi ibu bapamu dengan sebab kekufuran mereka kepadamu, bahawa Allah memberikan kepada mereka rezeki dan kepadamu rezeki, dan kamu bersatu dengan mereka dalam keadaan baik; dan ikutilah jalan orang yang bertaubat kepada-Ku, maka hanya kepada-Ku-lah kamu kembali, dan aku akan memberitahu kepadamu apa yang telah kamu lakukan.”
[Surah Luqman 31:15]
Maksud ayat ini ialah supaya kita jangan memarahi ibu bapa kita walaupun mereka mempunyai kekurangan atau melakukan kesalahan.
Sebaliknya, kita hendaklah sentiasa bersikap baik dan mengikuti jalan orang yang bertaubat kepada Allah subhanahu wa ta’ala.
Bangun, berilah peringatan!