fbpx

Cara Jalan Menunjukkan Kesombongan

Kenapa kena tengok cara jalannya?

Suatu hari, seorang ayah berjalan bersama anaknya.

Semasa mereka berjalan, tiba-tiba ada seorang lelaki miskin datang ke arah mereka meminta sedekah.

Si ayah pun menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sekeping kertas berwarna merah.

Si ayah pun memberikan kertas merah itu kepada anaknya dan meminta anaknya berikan kepada lelaki miskin tadi.

Lelaki miskin itu pun senyum sambil tertunduk-tunduk sebagai tanda terima kasih dan berlalu pergi.

Jangan Sombong Dengan Orang Miskin

Si ayah pun memulakan perbualan.

Kamu nampak tak orang miskin tadi?

Nampak! Kenapa ayah?

hakimdarno - nak tahu orang sombong atau tak tengok cara jalannya 1

Walaupun dia miskin, jangan sesekali kita memandang rendah dan hina kepada dia. Jangan rasa, kita lebih baik daripada dia.

Tapi, kenapa ayah?

Sebab itu dah dikira sombong namanya. Kamu ingat tak kisah dalam Surah al-Kahfi tentang dua orang lelaki. Si Kaya dan Si Miskin.

Ingat.

Mana satu yang beriman?

Si Miskin.

Yang mana Allah binasakan?

Si Kaya.

Kenapa?

Sebab Si Kaya rasa lebih baik daripada Si Miskin.

Inilah maksud papa tadi. Kita jangan rasa lebih baik daripada orang miskin.

Dalam Surah al-Kahfi, cuba kamu lihat sikap Si Miskin. Dia tak rasa terhina pun dengan keadaan dia. Sebab dia tahu bahawa kaya dan miskin itu merupakan ujian daripada Allah. Siap dia berdakwah lagi ingatkan kepada Si Kaya.

“Kamu ini dah jauh daripada Allah.”

Oleh sebab itu, kita kena betulkan pandangan kita. Bila kita berjumpa dengan orang miskin, mungkin dia yang lebih baik daripada kita kerana dia reda dan sabar dengan keadaannya.

Maksudnya papa, kalau kita jumpa orang miskin dan kita rasa kita lebih baik daripada dia salahlah ayah?

Ya, salah.

Oh, macam tu.

Bila kita rasa diri kita lebih baik daripada orang lain, itulah yang dinamakan sombong.

Firman Allah subhanahu wa ta’ala maksudnya:

“Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.”

[Surah al-Israa’ 17: 37]

Jemput baca:

Kenapa Kena Tengok Cara Jalan?

Tuhan tak kata jangan sombong semata mata, tetapi jangan berjalan sombong. Maknanya kalau duduk, sombong boleh tak? Baring sombong boleh tak?

Tak tahu ayah.

Kan Tuhan kata jangan berjalan sombong,  maknanya duduk sombong bolehlah?

Si ayah menguji anaknya.

Berkerut-kerut dahi anaknya memikirkan jawapan.

Okeylah, agak agak mengapa Tuhan kata jangan berjalan sombong?

Entahlah ayah.

hakimdarno - nak tahu orang sombong atau tak tengok cara jalannya 3

Okey … inilah kehebatan bahasa al-Quran. Al-Quran menggunakan bahasa  yang sangat tepat. Bila waktu manusia nampak sombong? Maksudnya tertonjol kesombongannya? Ketika berjalanlah.

Kalau duduk, nampak sombong tak?

Tak kot.

Betul. Kalau baring?

Lagilah tak nampak.

Ha, pandai pun. Tapi bukan bermaksud ketika baring dan duduk kita boleh sombong. Cuma nak beritahu kat sini bahawa nak tengok orang itu sombong atau tak, tengok ketika dia berjalan. Contoh, kalau kita berjalan jumpa orang tak senyum, itu dikira sombong. Apa lagi? Jumpa orang tak bagi salam, sombong. Jumpa orang miskin, buat buat tak tahu, lagilah sombong.

Ataupun tak semestinya berjalan kaki, kalau kita memandu kereta, mentang-mentang kita pandu kereta besar, laju saja tak hormat pada orang yang menunggang motor dan berjalan kaki. Ini pun dikira sombong.

Kamu kena ingat, harta yang kita ada ini bukanlah nikmat sebenarnya, tetapi satu ujian. Kan Allah kata,

“Innama amwalukum wa awladukum fitnah – sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian”.

Habis itu selama ini kita ingat harta itu nikmat. Salahlah? Tanya anaknya yang semakin pening dengan persoalan-persoalan yang timbul di fikirannya.

hakimdarno - nak tahu orang sombong atau tak tengok cara jalannya 2

Ya salah sebab harta bukan nikmat, harta adalah ujian. Kalau harta itu nikmat, kiranya Qarun dapat nikmatlah?

Betul jugak kata ayah.

Ha, sebab itu jawapannya tak. Kerana hartalah Qarun menjadi kafir.

Habis tu ayah, bukankah selalu kita dapat harta lalu kita pun bersyukur, bukankah itu nikmat?

Okey bagus soalan kamu tu, yang mana satu nikmat sebenarnya, bersyukur ke harta? Yang nikmat itu adalah apabila kita bersyukur.

Sebab itu, cara bersyukur yang betul ialah bila kita dapat harta kita gunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Kita dapat beli kereta baru, kita pun bawa ke masjid dan majlis ilmu. Kita dapat anak, kita kena didik dia menjadi orang yang soleh dan solehah.

Macam itulah lebih kurangnya … okey dah jom sambung perjalanan kita.

Leave a Comment