fbpx

Tadabbur Surah al-Fatihah

Al-Fatihah perlu direnungi dan dihayati.

Kadang-kadang kita merasa bimbang bila anak kita yang berumur enam tahun masih belum pandai lagi membaca, mengira, mengaji, solat dan sebagainya.

Kita bimbang anak-anak kita akan ketinggalan berbanding dengan anak-anak yang lain.

Saya bukan mahu ulas tentang situasi ini kerana memang sesuatu yang normal ibu bapa bimbang akan prestasi anaknya dan mahukan yang terbaik.

Cuma saya mahu mengajak kepada para ibu bapa semua, kalau kita boleh bimbang tentang prestasi anak-anak kita, sepatutnya kita lebih merasa bimbang dengan prestasi diri kita sebagai ibu bapa.

Bimbang sekiranya kita masih belum lagi faham Surah al-Fatihah yang sering kita baca di dalam solat.

Bukankah kita merupakan contoh tauladan kepada anak-anak kita?

Bagaimana kita nak ceritakan surah yang paling agung di dalam al-Quran ini kepada anak-anak kalau kita sendiri tidak memahaminya?

Kalau hari ini, kita masih belum mampu memahami keseluruhan al-Quran, paling kurang kita mesti faham Surah al-Fatihah.

Pertama untuk diri kita.

Kedua untuk isteri dan juga anak-anak.

Jadi, bagi saya membaca ebook Tadabbur Surah al-Fatihah oleh Ustaz Syahmi Syazeril sangat membantu kita ibu bapa memahami surah ini dengan mudah dan pantas sebagai permulaan.

Setiap ayat telah dipecahkan kepada beberapa bahagian bagi membantu kita memahami apa yang Allah nak sampaikan.

Contohnya pada perkataan (بِسْمِ ٱللَّهِ).

Lafaz (بِسْمِ) berasal dari gabungan 2 kalimah iaitu (إسم + ب) yang bermaksud ‘dengan nama’.

Jemput baca:

hakimdarno - tadabbur surah al-fatihah 1

Huruf (ب) di atas pula dinamakan ‘ba al-Isti’anah’ yang bererti bantuan atau pertolongan.

Perkataan (إسم) menunjukkan ketinggian, kemuliaan dan pengiktirafan bahawa nama Allah itu tinggi kedudukannya dan dihormati.

Perkataan (ٱللَّهِ) adalah unik kerana termasuk di dalamnya sifat-sifat Allah seperti kekuasaan, kasih sayang, kekayaan dan sebagainya.

Berdasarkan perkataan (بِسْمِ ٱللَّهِ) ini, kita mendapat beberapa kesimpulan antaranya ialah:

1. Menunjukkan seseorang sedang memohon pertolongan daripada Allah dalam setiap perbuatan yang akan dilakukannya dan merasakan keberadaan Allah subhanahu wa ta’ala.

2. Menunjukkan bahawa setiap perkara yang kita lakukan disertai dengan nama Allah dan tidak boleh dipisahkan darinya kerana padanya terdapat rahmat dan keberkatan.

3. Apa yang boleh kita lakukan ialah memulakan setiap perbuatan yang ingin kita lakukan dengan ucapan basmallah.

4. Perbuatan yang dimulai dengan basmallah ini akan menzahirkan kebergantungan kita kepada Allah subhanahu wa ta’ala.

Menurut sebuah hadis Rasulullah salla Allah ‘alaih wa sallam daripada Abu Hurairah:

“Setiap percakapan atau urusan yang tidak dimulakan dengan menyebut nama Allah akan terputus (daripada rahmat).”

[Musnad Ahmad]

Dalam banyak hadis, baginda salla Allah ‘alaih wa sallam selalu memulakan urusannya dengan lafaz basmalah seperti ketika memeterai perjanjian dengan pihak kafir Quraisy di Hudaibiyah (Hadis Riwayat Muslim), mengutus pasukan tentera untuk sesuatu urusan jihad (Sunan Abu Dawud), mengubati sebarang penyakit (Hadis Riwayat Muslim), sebelum menyembelih sembelihan (Hadis Riwayat al-Bukhari) dan sebagainya.

Tengok, panjang huraiannya.

Baru cerita perkataan (بِسْمِ ٱللَّهِ).

Jadi, kalau kita sekadar membaca terjemahan sahaja, mungkin kita hanya akan mendapat satu makna ataupun satu pemahaman sahaja.

hakimdarno - tadabbur surah al-fatihah 2

Sedangkan banyak lagi maksud-maksud yang ada pada setiap huruf dan perkataan yang terdapat di dalam surah al-Fatihah.

Muka surat awal ebook sahaja sudah membuat kita mengingat kembali tujuh nama lain bagi surah ini.

Sebelum ini dah pernah terbaca, cuma tak ingat.

Jadi, boleh juga ulangkaji lagi.

Selain itu, secara tidak langsung, kita juga dapat belajar bahasa Arab.

Contohnya, mengapa Allah menggunakan perkataan rab berbanding perkataan malik, sayyid, murabbi dan mun’im.

Mengetahui bahawa perkataan alhamdu itu mempunyai dua konteks makna iaitu puji yang ikhlas dan puji yang palsu.

Mengetahui perkataaan ar-Rahman dan ar-Rahim berasal dari perkataan yang sama iaitu rahama tetapi membawa makna yang berbeza.

Sudah pasti bahagian yang paling saya suka ialah persembahan yang sangat menarik diilustrasikan oleh Amni Lutfi.

Tahniah kepada Ustaz Syahmi Syazeril dan Tim Tadabbur Centre kerana menghasilkan ebook yang mudah, cantik dan sungguh menarik.

Untung siapa yang beli.

Pertama, untung sebab ebook ini sangat cantik.

Kedua, untung kita dapat faham Surah al-Fatihah.

2 thoughts on “Tadabbur Surah al-Fatihah”

Leave a Comment