fbpx

Syaitan Akan Ganggu Orang Yang Nak Baca Al-Quran

Syaitan suka ganggu orang yang nak baca al-Quran.

Saya tanya pada isteri tajuk artikel ini okey tak.

Dia pun respon, “Okey, bukan orang yang nak baca al-Quran je syaitan ganggu. Orang yang tak baca al-Quran pun dia ganggu.”

Saya respon balik kepada dia, “Eh tak, kalau orang yang tak baca al-Quran syaitan tak akan ganggu lagi sebab memang mereka dah awal-awal jauh daripada al-Quran.”

Maksudnya di sini bukanlah syaitan tak ganggu langsung, tapi syaitan kena kerja kuat atau bersungguh-sungguh sikit pada orang yang nak baca al-Quran.

Isi Kandungan

    Hukum Membaca Isti’azah

    Okey sebenarnya, kita nak bincang satu persoalan iaitu apakah hukum membaca isti’azah ataupun  (أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ) sebelum membaca ayat al-Quran?

    Ada orang yang jawab hukumnya sunat, kalau tidak baca pun tidak mengapa.

    Anda setuju dengan jawapan ini?

    Tidak.

    Kalau anda jawab tidak maksudnya itulah seperti yang Allah perintahkan kepada kita.

    Mari kita bincangkan.

    hakimdarno - syaitan akan ganggu orang yang nak baca al-Quran 1

    Kita tanya soalan yang lebih spesifik, sebenarnya kalau kita nak baca al-Quran, kita nak baca basmalah atau istia’zah?

    Isti’azah – أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

    Basmalah – بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

    Atau kita baca kedua-duanya sekali?

    Kata Ustaz Abd Muein, jawapannya wajib baca isti’azah, dalilnya ialah firman Allah subhanahu wa ta’ala,

    فَإِذَا قَرَأۡتَ ٱلۡقُرۡءَانَ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ ٱلرَّجِیمِ

    Oleh itu, apabila engkau membaca al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam.

    [Surah an-Nahl 16: 98]

    Maksudnya kita wajib membaca isti’azah ketika mahu membaca al-Quran tidak kira sama ada di awal surah ataupun di pertengahan surah.

    Contoh saya nak baca awal Surah al-Baqarah, cara bacanya begini:

    1. Baca isti’azah – (أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ).

    2. Baca basmalah – (بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ).

    3. Baca ayat pertama – (الٓمٓ) dan seterusnya.

    Kalau saya nak baca pertengahan Surah al-Baqarah pun sama turutannya:

    1. Baca isti’azah – (أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ).

    2. Baca basmalah – (بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ).

    3. Ayat 6 Surah al-Baqarah,

    إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ سَوَآءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

    Ataupun kita boleh baca begini:

    1. Baca isti’azah – (أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ).

    2. Terus baca ayat 6 Surah al-Baqarah,

    إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ سَوَآءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

    Begitulah cara yang betul untuk kita mula membaca ayat al-Quran.

    Daripada sinilah kita tahu bahawa bila kita nak baca al-Quran, syaitan pasti akan mengganggu kita.

    Kalau syaitan tidak ganggu, buat apa kita mahu minta perlindungan?

    Okey selesai bahagian ini.

    Jadi saya simpulkan bahawa pertama sebelum baca al-Quran kita kena minta perlindungan daripada Allah dengan baca isti’azah.

    Kedua, kita kena faham kenapa kita baca isti’azah itu.

    Jemput baca: Mengapa Kita Perlu Tadabbur Surah al-Fatihah?

    hakimdarno - syaitan akan ganggu orang yang nak baca al-Quran 3

    Mengapa Kita Perlu Membaca Isti’azah?

    Supaya Allah melindungi kita daripada tipu daya syaitan.

    Sebab ada orang yang dah baca isti’azah tetapi tetap kena tipu dengan syaitan.

    Contoh:

    Ada orang yang baca isti’azah tetapi makan dengan tangan kiri.

    Ada orang yang nak sembahyang, tetapi dia membaca isti’azah kuat-kuat sehingga mengganggu orang lain.

    Ada orang yang baca isti’azah tetapi seumur hidupnya dia hanya membaca al-Quran sahaja tanpa ada usaha untuk memahaminya.

    Penafian (disclaimer): Saya tujukan kepada kita yang hidup di zaman banyak kitab tafsir terjemahan, buku tadabbur dan ramai guru-guru yang mengajar tentang kefahaman al-Quran. Kita boleh belajar di Facebook ataupun Youtube. Berbeza dengan generasi emak ayah dan juga atok nenek kita yang mungkin tidak berkemampuan untuk mengikuti perkembangan teknologi pada hari ini.

    Jadi, tidak semestinya baca isti’azah kita akan selamat.

    Sebab itulah yang lebih penting kita kena tahu mengapa Allah suruh kita minta perlindungan Dia daripada gangguan syaitan.

    Sebabnya Allah yang mencipta syaitan.

    Jadi, Allah Maha Mengetahui cara nak mengelak daripada tipu daya syaitan dan Allah Maha Berkuasa untuk menghalangnya daripada berlaku.

    Jadi kalau kita minta perlindungan daripada selain Allah (maksudnya kita minta bantuan bomoh ataupun jin) memang kita termasuk di dalam kalangan orang yang tidak cerdik.

    Sebab apa?

    Sebab kita berlindung dengan makhluk yang lemah.

    Jadi, kalau kita nak minta perlindungan, mintalah perlindungan daripada yang Maha Hebat iaitu Allah subhanahu wa ta’ala.

    Bangun, berilah peringatan!

    Leave a Comment