fbpx

Rundingan Meja Bulat Kaum Musyrikin Mekah

Kaum Musyrikin Mekah sebulat suara menentang apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad salla Allah ‘alaih wasallam.

Intipati surah an-Naba’ ialah cerita tentang hari kiamat yang besar dan menakutkan.

Isi Kandungan

    Sebab Turun Surah an-Naba’

    Kata Abdullah bin Abbas, sebab turun surah ini ialah bila Nabi mula menyampaikan al-Quran kepada orang-orang Musyrikin Mekah, mereka akan berkumpul di sebuah tempat yang dinamakan nadi.

    Nadi ini dalam bahasa Arab, bahasa Melayu dipanggil kelab ataupun kalau sekarang kita namakan dia sebagai Dewan Perhimpunan ataupun Dewan Parlimen.

    Dan Tuan Speakernya ialah Tan Sri Datuk Dr. Abu Jahal.

    Jadi apa sahaja perkara yang nak dibincangkan, sama ada keputusan negara atau apa sahaja keputusan yang penting, mereka akan pergi ke nadi itu, bincang dan buat keputusan.

    Bila Nabi Muhammad salla Allah ‘alaih wa sallam menyampaikan isi kandungan al-Quran, mesej itu benar-benar sampai kepada orang kafir dan mereka faham iaitu cerita yang disampaikan itu sangat-sangat bercanggah dengan pegangan mereka dan melawan arus.

    Maka, mereka pun berbincang di dalam dewan ataupun kelab mereka.

    2 Topik Utama Yang Dibincangkan Oleh Kaum Musyrikin

    Apakah topik perbincangan mereka?

    Pertama mereka tanya, siapakah Muhammad ini – adakah dia seorang tukang sihir?

    Ataupun dia seorang yang gila?

    Kedua, adakah cerita yang dibawa oleh Muhammad ini bernilai?

    Jadi, inilah dua isu besar yang dibincangkan di dalam Dewan Parlimen Orang Musyrikin Mekah.

    Tadabbur Ayat 1 Surah an-Naba’

    Sebab itulah ayat pertama surah an-Naba’ ialah,

    عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ

    Tentang apakah mereka bertanya-tanya?

    [Surah an-Naba’ 78: 1]

    Kata Ustaz Abd Muein – pertama, perkataan (يَتَسَآءَلُونَ) berasal daripada perkataan (سأل) yang bermaksud dia bertanya.

    Kalau (تسائل) pula bermaksud saling bertanya antara dua pihak iaitu sorang tanya dan sorang lagi jawab.

    Kedua, kalau kita belajar bahasa Arab, perkataan (يَتَسَآءَلُونَ) ini merupakan Fi’il Mudhari’ yang menunjukkan sentiasa.

     Jadi isu yang dibawa oleh Muhammad ini bukan sehari atau seminggu, tetapi sepanjang masa.

    Sebab itulah dalam ayat ini Allah tanya, (عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ) – tentang apa yang mereka saling bertanya?

    hakimdarno - Rundingan Meja Bulat Kaum Musyrikin Mekah 2

    Tentang isu yang menggemparkan kerana apa yang dilakukan oleh Muhammad, benar-benar bercanggah dengan pegangan akidah nenek moyang mereka.

    Bahkan menyalahkan semua perkara yang mereka lakukan.

    Bila Kita Sampaikan al-Quran, Mesti Berlaku Pertembungan

    Jadi, pengajarannya di sini ialah bila Nabi sampaikan al-Quran, maka secara automatik akan berlaku pertembungan iaitu ada yang beriman, ada yang tidak percaya (ragu-ragu) dan ada yang menentang.

    Itulah sunnatullah (ketetapan Allah).

    Begitu jugalah dengan kita, bila kita benar-benar menyampaikan isi kandungan al-Quran, pasti akan berlaku pertembungan.

    Dan kalau tidak ada pertembungan, sama ada al-Quran yang kita sampaikan tidak betul (tidak mungkin) ataupun orang yang dengar tidak faham, ataupun kita hanya baca tetapi kita sendiri pun tidak faham.

    Sebab itulah hari ini, kalau kita baca al-Quran, orang kafir tidak terkejut dan tidak menentang pun.

    Mereka tidak buat pun perbincangan seperti mana yang dilakukan oleh orang musyrikin Mekah.

    Sebab apa?

    Sebab kita sendiri pun tidak faham, bagaimana mahu menyampaikan kepada mereka.

    Contoh isu Zakir Naik datang ke Malaysia, berlaku pertembungan atau tidak?

    Berlaku pertembungan yang agak dahsyat, sebab apa?

    Sebab Zakir Naik bercakap menggunakan dalil daripada al-Quran, bukannya daripada kepala ataupun guru dia.

    Jadi bila Zakir Naik sampaikan al-Quran dengan jelas dan mereka faham, maka berlakulah pertembungan.

    Jadi bila berlaku pertembungan, tanda apa itu?

    Tanda kebenaran yang disampaikan.

    Sedangkan Zakir Naik datang ke Malaysia sekejap sahaja, tetapi sebab mesej beliau sampai kepada orang kafir, itu yang mereka menentang.

    Jadi, inilah aspek yang perlu kita baiki para pendakwah di Malaysia.

    Kita ceramah lama macam mana pun, orang kafir tidak melenting.

    Sebab mesej tidak sampai.

    Contoh lain ialah ramai di kalangan kita yang mahu menegakkan hukum Islam di negara kita.

    Tetapi mendapat tentangan yang hebat daripada orang kafir.

    Malah, bukan orang kafir sahaja yang menentang, ada juga segelintir orang Islam yang menentang.

    Sedangkan kita faham bahawa memang kita tidak boleh laksanakan undang-undang Islam, jawapan mudahnya ialah undang-undang kita terikat dengan Common Law (satu hari nanti insha-Allah).

    Boleh rujuk pada pakar untuk menjawab isu ini dengan lebih lanjut.

    Jadi, kita jangan fokus pada perkara yang kita tidak boleh pinda.

    Sebab banyak lagi kerja yang boleh kita lakukan sebelum kita meminda undang-undang.

    Contohnya menghapuskan atau mengurangkan hiburan yang melampau di televisyen dan juga internet tanpa sempadan.

    Jemput baca:

    hakimdarno - Rundingan Meja Bulat Kaum Musyrikin Mekah 3

    Sebab kita lihat, hiburan yang melampau inilah yang merosakkan anak-anak kita umat Islam.

    2 Mesej Utama Yang Nabi Sampaikan Bila Tiba Di Madinah

    Sebab itulah bila Nabi berhijrah ke Madinah, apa mesej yang Nabi sampaikan?

    Tazkirah pertama Nabi bila sampai ke Madinah ialah sebarkan salam.

    Sebarkan salam dan jumpa orang senyum kerana Islam adalah agama yang sejahtera dan indah.

    Yang kedua, bagi makan.

    Bagi makan pada siapa?

    Nabi tidak sebut beri makan pada sesiapa, jadi bahagi sahaja kepada semua termasuk orang kafir dan juga binatang sebab Islam adalah memberi rahmat kepada semua sekali.

    Inilah dua mesej pertama bila Nabi sampai di Madinah.

    Jadi orang nampak Islam itu indah dan menjaga kebajikan semua orang.

    Tetapi hari ini, orang kafir tidak nampak pun agama Islam itu indah, tiba-tiba kita cerita tentang hukum.

    Memanglah mereka tidak boleh terima.

    Bangun, berilah peringatan!

    Leave a Comment