fbpx

Mengubah Nama Allah Adalah Satu Jenayah

Apa maksud mengubah nama Allah?

Allah berfirman di dalam Surah al-A’raaf ayat 180, setelah Allah memberitahu kepada kita cara menggunakan nama-nama-Nya (asmaul husna), kemudian Allah memberikan amaran kepada mereka yang mengubah nama Allah.

Firman Allah,

وَلِلَّهِ ٱلْأَسْمَآءُ ٱلْحُسْنَىٰ فَٱدْعُوهُ بِهَا ۖ وَذَرُوا۟ ٱلَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِىٓ أَسْمَٰٓئِهِۦ ۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

[Surah al-A’raaf 7: 180]

Kita fokus pada bahagian ini,

وَذَرُوا۟ ٱلَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِىٓ أَسْمَٰٓئِهِ

Dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya.

Menurut Ustaz Abd Muein, perkataan يُلْحِدُونَ berasal daripada perkataan al-Ilhad.

Al-ilhad pula bermaksud al-Mail – condong.

Maksudnya di sini condong daripada kebenaran.

hakimdarno - mengubah nama Allah adalah satu jenayah 1

Allah memerintahkan kepada Nabi supaya pulaukan orang yang menukar nama Allah mengikut hawa nafsu mereka.

Jemput baca:

Contoh Mengubah Nama Allah

Kata ustaz, contoh yang pertama ialah orang musyrikin yang telah menukar nama Allah kepada nama Tuhan (berhala) mereka.

Contohnya nama Allah ditukar kepada Allat.

Nama Allah al-Aziz ditukar kepada al-Uzza.

Nama Allah al-Mannan ditukar kepada al-Amanat.

Kemudian, ustaz memetik kata-kata Ibnu Qayyim bahawa salah satu bentuk mengubah nama Allah seperti yang kita berikan contoh tadi.

Kemudian contoh yang kedua ialah mengubah maksud nama Allah sebenar bukan seperti yang Allah sebut, tapi ada maksud lain.

Contohnya Allah sebut perkataan wajah ataupun istiwa, mereka akan tukar kepada maknanya yang lain.

Contoh yang ketiga, mereka akan menafikan terus.

Sebenarnya nama-nama yang disebut tadi, bukan nama-nama Allah pun ataupun bukan menggambarkan hakikat yang sebenar.

hakimdarno - mengubah nama Allah adalah satu jenayah 2

Nama-nama itu hanya simbolik sahaja.

Seperti pendapat golongan Muktazilah mengatakan perkataan as-Sami’ – Allah Maha Mendengar, tapi sebenarnya Allah tidak dengar pun.

Nama Allah al-Basir – Allah Maha Melihat, tapi sebenar Allah tidak melihat pun.

(Saya mencadangkan supaya Tuan Puan baca lagi sekali poin ini supaya tidak salah faham).

Keempat ialah mereka menyamakan sifat dan nama Allah dengan makhluknya atau hambanya.

Daripada sini kita dapat belajar bahawa bukan sahaja orang musyrikin, orang Islam seperti kita pun ada potensi untuk mengubah nama Allah.

Sebab itulah kita wajib beriman dengan nama – nama Allah dan sifatnya sebagaimana yang Allah sebut di dalam al-Quran dan juga hadis Nabi Muhammad salla Allah ‘alaih wa sallam.

Kata ustaz lagi, wajib kita beriman dengan nama-nama Allah dan sifat Allah tanpa empat perkara  ini;

Pertama ta’til – menafikan.

Kedua, takhrif – ubah.

Ketiga, tamthil – menyamakan.

Keempat, takyiif – menyerupai bentuk atau kedudukan.

Ataupun tanpa ada salah satu perkara.

Maksudnya, kalau ada salah satu perkara sahaja, kita sudah dikira tidak beriman dengan nama-nama Allah.

Bila tidak beriman dengan nama-nama Allah bermaksud akidah kita ada masalah.

Balasan Orang Yang Mengubah Nama Allah

Sambungan ayat yang seterusnya,

سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

Jadi Allah kata, kalau ada orang nak pertikaikan, nak ubah dan salah guna nama Allah, kita terangkan perkara yang sebenar.

Tapi kalau mereka degil, Allah kata biarkan.

Sebab apa?

Sebab di akhirat esok mereka akan dibalas.

Kata ustaz, ini menunjukkan mengubah nama Allah adalah satu kesalahan atau jenayah yang besar.

Sebab kita telah mengubah hak Allah.

Allah bagi nama, kita tidak terima.

Ataupun Allah tidak beri nama, kita pula yang pandai-pandai beri nama lain kepada Allah.

Ini adalah jenayah kepada Allah.

Sebab itulah Allah berikan amaran keras.

Mereka yang mengubah nama Allah akan dibalas di akhirat nanti, maka serahkan kepada-Ku.

Leave a Comment