fbpx

Mengapa Surah al-Ikhlas Menyamai Satu Pertiga Al-Quran?

Surah al-Ikhlas nampak mudah dan ringkas.

Yelah 4 ayat, pendek-pendek pulak itu.

Insha-Allah anak-anak yang berumur 3-4 tahun pun sudah boleh menghafalnya.

Tetapi yang buat kita tertanya-tanya, kenapa surah yang mudah dan ringkas ini disifatkan oleh Nabi sebagai satu pertiga al-Quran?

Sebagaimana yang kita semua tahu al-Quran itu ada 30 juzuk, 114 surah, dan juga 6236 ayat dan Surah al-Ikhlas adalah satu pertiga daripadanya.

Banyak itu.

Jadi, apakah rahsianya?

Menurut Ustaz Abdullah Bukhari, dalam banyak-banyak ayat itu, isu utama al-Quran boleh diringkaskan kepada tiga bahagian.

Bahagian pertama, tauhid.

Bahagian kedua berkaitan dengan kisah, sejarah lampau dan sebagainya.

Bahagian ketiga, berkenaan dengan hukum-hakam.

Jadi walaupun surah ini mudah dan ringkas, tetapi membawa mesej yang sangat besar iaitu tentang akidah.

Maka sebab itulah Nabi menyifatkan surah al-Ikhlas ini menyamai satu pertiga al-Quran.

Allah kata,

قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.

[Surah al-Ikhlas 112: 1]

Ustaz menjelaskan dalam bahasa Arab ada satu contoh, dia kata (من معك) – siapa bersama kamu?

Dia akan jawab, (أنا أتيت وحدي) – aku datang seorang diri.

hakimdarno - mengapa surah al-ikhlas menyamai satu pertiga al-Quran 1

Bila dia gunakan perkataan (وحدي) – seorang diri, ada kemungkinan orang yang kedua dan ketiga juga akan datang.

Berbeza bila kita tanya, “Siapa yang datang bersama kamu?”

Dia pun jawab (لا أحد) – tak ada siapa, tak ada seorang pun, aku sahaja.

Maka sebab itulah hikmah kenapa Allah kata (قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ) – Allah adalah Tuhan yang satu, esa dan tunggal.

Tidak ada langsung persamaan dengan makhluk.

Contoh lain, kalau kita minta anak-anak lukis gambar bukit, pokok atau haiwan pasti dia tahu sebab pernah nampak di mana-mana.

Tetapi bila kita minta mereka lukis gambar Allah, dia tidak boleh fikir dan bayangkan sebab Allah ini tidak ada persamaan langsung dengan makhluk.

Jadi, itu adalah antara maksud Allah ini (أحد) – Tuhan yang satu dan kita mesti mempertuhankan Dia sahaja.

Kemudian Allah sambung lagi pada ayat yang kedua,

ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ

Allah adalah tempat tumpuan.

[Surah al-Ikhlas 112: 2]

Kata ustaz, perkataan (ٱلصَّمَد) ini seperti piramid dan Allah berada di kemuncaknya.

Semua yang berada di sekelilingnya melihat kepada Allah dan cuma mengharap kepada Allah sahaja.

Jemput baca:

Menurut beliau lagi, inilah antara tempat-tempat atau poin-poin rahsia di dalam Surah al-Ikhlas.

Kalau kita baca surah ini, insha-Allah doa kita akan dimakbulkan.

Kepada Dia sahaja kita bermohon, dan hanya Dia sahaja yang boleh beri bantuan kepada kita.

Seterusnya,

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan.

[Surah al-Ikhlas 112: 3]

Kalau kita lihat, mengapa dua perkataan ini digunakan oleh Allah (لَمْ يَلِدْ) dan (وَلَمْ يُولَد)?

Allah guna perkataan (لَمْ يَلِدْ) – Dia tidak diperanakkan kerana nak menafikan ada akidah sesat agama lain yang mengatakan Allah ada anak.

Manakala Allah guna perkataan (وَلَمْ يُولَد) – dan Dia juga tidak diperanakkan kerana nak menafikan akidah-akidah sesat agama lain yang mengatakan Tuhan itu dilahirkan.

hakimdarno - mengapa surah al-ikhlas menyamai satu pertiga al-Quran 2

Timbul persoalan, mengapa Allah tidak boleh melahirkan dan tidak boleh dilahirkan?

Menurut ustaz, logiknya di dunia ini, apabila manusia melahirkan seseorang, sampai satu masa dia akan mengalami kematian.

Begitu juga kalau kita dilahirkan bermaksud kita baharu.

Contohnya kita tanya seseorang, “Bila encik dilahirkan?”.

“Saya dilahirkan pada tahun 1975”.

Jadi seolah-olahnya sebelum tahun 1975 dia tidak wujud.

Habis itu, tidak mungkinlah Allah itu boleh baharu dari segi kewujudannya.

Ini adalah suatu yang menunjukkan kepincangan dan kekurangan kepada Tuhan.

Sebab itulah Allah menegaskan Dia tidak memperanakkan dan Dia tidak diperanakkan.

Sebagai penutup surah ini, Allah menafikan persamaan Tuhan dengan apa sahaja.

Allah kata,

وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ

Dan tidak ada baginya sesuatu yang setara.

[Surah al-Ikhlas 112: 4]

Perkataan (كُفُوًا) biasanya kita jumpa dalam bab perkahwinan – pasangan yang sekufu.

Maksudnya setara atau setanding.

Kesimpulannya ialah Surah al-Ikhlas adalah surah yang boleh menjadi asas yang kuat di dalam diri jika kita baca, hadam dan betul-betul beriman kepadanya.

Kita tidak akan mensyirikkan Allah dengan apa sahaja sama ada tangkal, azimat ataupun apa-apa kepercayaan pun.

Sebab itulah nama lain bagi Surah al-Ikhlas adalah Surah al-Asas.

Kerana ia adalah asas kepada akidah kita.

Jom jadikan Surah al-Ikhlas sebagai zikir kita.

Bangun, berilah peringatan!

Leave a Comment