Kita sentiasa berdoa untuk diri kita dan juga orang lain supaya mendapat rahmat Allah.
Tapi sebenarnya tak cukup dengan hanya berdoa sahaja, kita perlu berusaha.
Usaha yang boleh kita lakukan untuk mendapat rahmat Allah ialah dengan selalu bangun malam.
Firman Allah subhanahu wa ta’ala,
أَمَّنْ هُوَ قَٰنِتٌ ءَانَآءَ ٱلَّيْلِ سَاجِدًا وَقَآئِمًا يَحْذَرُ ٱلْءَاخِرَةَ وَيَرْجُوا۟ رَحْمَةَ رَبِّهِۦ ۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى ٱلَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ
“(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
[Surah az-Zumar 39:9]
Kata Ustaz Abd Muein, maksud ayat ini ialah Allah nak beritahu sifat orang yang sentiasa mengharap rahmat Allah bukan setakat doa sahaja, tetapi kena berusaha.
Nak usaha bagaimana?
Bangun malam, solat malam dan mohon rahmat Allah di waktu malam.
Kemudian Allah tanya, adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tak berilmu?
Kalau nak tahu jawapannya, kita kena undur ke belakang sikit pada hujung ayat kelapan surah yang sama.
Ayat ini, Allah suruh Nabi cakap kepada orang kafir,
قُلْ تَمَتَّعْ بِكُفْرِكَ قَلِيلًا ۖ إِنَّكَ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلنَّارِ
Katakanlah (kepadanya) wahai Muhammad; seronoklah dengan kekufuran engkau, sekejap. Sebab hidup kat dunia ini kejap. Seronok pun sekejap. Kenapa sekejap? Sesungguhnya engkau adalah daripada penghuni neraka.
[Surah az-Zumar 39:8]
Jadi soalannya ialah Allah nak tanya, adakah sama antara orang beriman yang sifatnya bangun malam, sentiasa solat malam, tadabbur al-Quran dan mengharapkan rahmat Allah dengan orang kafir yang menjadi penghuni neraka itu?
Atau secara mudahnya Allah nak tanya, adakah sama orang beriman dengan orang kafir?
Jawapannya sudah tentu tidak.
Justeru, yang menjadi tanda tanya ialah kenapa Allah guna perkataan orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?
Kenapa Allah tak sebut je antara orang beriman dengan orang kafir?
Jemput baca:
Sebabnya ialah Allah nak beritahu bahawa orang yang beriman ini beriman, sebab ada ilmu.
Ilmu dapat daripada mana?
Daripada al-Quran.
Jadi orang yang beriman, asasnya mesti ada ilmu.
Dan ilmunya mesti daripada al-Quran.
Dan caranya ialah diam dan dengar.
Tak cukup dengan itu, kita kena bangun malam.
Inilah bukti yang menunjukkan kita betul-betul berilmu.
Menunjukkan kita betul-betul kenal pada Tuhan.
Sebab itu banyak hadis yang Nabi sebut, tanda-tanda orang yang kenal Allah, tanda-tanda orang yang mendapat ilmu, tanda-tanda orang yang dapat hikmah ialah dia bangun malam.
Dalam satu hadis Nabi bersabda,
Maksudnya: Hendaklah kalian biasa melaksanakan solat malam. Solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian. Sungguh solat malam boleh mendekatkan diri kepada Allah, mencegah diri dari perbuatan dosa, menghapus keburukan dan boleh mengusir penyakit dari jasad.
[Hadis Riwayat at-Tirmidzi]
Bangun malam adalah adat kebiasaan orang soleh.
Jadi Nabi kata, kalau nak kenal orang soleh, kebiasaanya apa dia?
Bukan makan.
Bukan pergi haji.
Bukan pergi Mekah.
Tapi kebiasaannya ialah bangun malam.
Kenapa kena bangun malam?
Allah sebut di dalam Surah al-Muzzammil 73: 6,
إِنَّ نَاشِئَةَ ٱلَّيْلِ هِىَ أَشَدُّ وَطْـًٔا وَأَقْوَمُ قِيلًا
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.
Kerana waktu malam itu sangat-sangat memberi kesan ke dalam hati kita.
Suasana yang sunyi.
Tidak ada gangguan.
Maka, kita boleh fokus pada maksud al-Quran, ia sangat-sangat memberi bekas dalam hati kita.
Akhirnya semoga dengan kita bangun malam, baca al-Quran dengan cara dengar dan diam, menghayati maksudnya, kita akan mendapat rahmat Allah.