fbpx

Mencari Kesusahan Dalam Kebahagiaan

Kebahagiaan dalam penderitaan.

Saya merasa sangat puas kerana mendapat pandangan baru tentang ayat kelima dan keenam Surah al-Insyiraah.

فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[Surah al-Insyiraah 94: 5-6]

Inilah pentingnya untuk kita terus menambah ilmu.

Sebelum ini, keyakinan yang kita pegang ialah setiap kesusahan selepasnya kesenangan.

Contohnya: Di dunia orang beriman akan susah, kemudian di akhirat akan senang.

Tapi kali ini versi yang lebih luas iaitu orang beriman tidak perlu tunggu bahagia di akhirat, kerana di dunia lagi pun kita sudah boleh bahagia.

Menurut Ustaz Fauwaz Fadzil, kita mesti mencari kebahagiaan dalam kesusahan.

Majoriti ulama menafsirkan perkataan (مَعَ) – bersama itu adalah ba’daselepas.

Maksudnya ialah mereka cuba menafsirkan, ‘Sesungguhnya selepas kesusahan ada kesenangan.’

Lepas ini kita luaskan lagi penggunaannya dengan, ‘Sesungguhnya carilah kebahagiaan bersama dengan kesusahan.’

Menurut ustaz lagi, dalam bahasa Arab disebut al-Aslu al-Haqiqah.

Kekalkan kalimah ma’iyyah – bersama.

Tidak perlu mentakwilkan kalimah (مَعَ) itu kepada ba’da – selepas.  

Contohnya bila kita miskin, kita rasa bahagia dengan kemiskinan kita.

hakimdarno - mencari kesusahan dalam kebahagiaan 1

Bila kita jatuh bangkrap, kita bahagia dengan kejatuhan kita dan dalam apa sahaja keadaan sekali pun, (sekarang ini ekonomi kita teruk) kita tetap rasa bahagia.

Jemput baca:

Masalah kita sekarang ini ialah kita tidak mencari kebahagiaan dalam kesusahan.

Kita menunggu bahagia.

Tunggu kaya, baru bahagia.

Tunggu pakai kereta besar, baru bahagia.

Tunggu ada duit banyak, baru bahagia.

Kita asyik tunggu itu dan ini.

Sebab itulah kita tidak bahagia.

فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا

Kesusahan itu bersama kesenangan.

Apabila bergaduh dengan isteri kita (kesusahan), maka dalam pergaduhan itu ada kebahagiaan.

Sebab kita boleh belajar perkara baru.

Kita dapat mengenali pasangan kita dengan lebih mendalam.

Menurut ustaz, orang yang bijak adalah orang yang pandang jauh ke hadapan.

Dia boleh ucapkan terima kasih kepada musuhnya.

Kenapa pula nak terima kasih kepada musuh?

Kerana daripada musuhlah kita dapat memperbaiki kelemahan diri kita.

Sebenarnya kesusahan yang kita lalui itulah yang jadikan kita bahagia.

hakimdarno - mencari kesusahan dalam kebahagiaan 2

Ustaz berikan contoh Oprah.

Oprah ini sangat hebat, hartanya berbilion-bilion ringgit.

Siapa yang pergi ke program dia akan dapat hadiah.

Kadang-kadang dapat hadiah kereta.

Nak cerita betapa hebatnya Oprah ini.

Tetapi nak hebat macam Oprah, dia pernah dirogol dahulu.

Lalu, kesusahan (kena rogol) itu mencetuskan semangat yang luar biasa seperti yang dia jadi hari ini.

Oprah ubah hidup dia.

Dia berazam, ‘Aku mesti tolong orang.’

Akhirnya Tuhan berikan kebahagiaan pada dia walaupun dia bukan Islam.

Tetapi dia menganggap bahawa pada kesusahan itu ada kebahagiaan.

Berbeza dengan orang yang gagal, bila dia dirogol, dia tunduk kepada takdir.

Dia tidak cari pun kebahagiaan dan akhirnya dia stres hingga ke tua.

Asyik mengeluh ‘Nasib saya malang.’

Menurut ustaz, memetik kata-kata Ibn Athoillah as-Sakandari dalam kitab Hikam,

“Siapa yang tak nampak kelembutan Tuhan, kasih sayang Tuhan pada kekerasan takdirnya, dia masih jahil dengan Allah. Sesungguhnya Allah lembut dengan hamba-hamba-Nya.”

Bila Allah turunkan bala, memang berat.

Allah tidak kata ringan.

Sebab itu orang yang beriman kena sebut (إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ) – sesungguhnya kami milik Allah dan kepada Allah tempat kembali.

Terlalu berat sehingga kadang kadang buat kita menangis.

Mungkin Allah halang kita dapat apa yang kita nak untuk bagi yang lebih baik daripada itu.

Halangan daripada Allah adalah kasih sayang Allah.

Sepanjang hidup kita, sudah pasti banyak perkara yang kita tidak dapat nak capai.

Malah Allah berikan keburukan pula kepada kita.

Bersyukurlah.

Bertabahlah.

Berbahagialah.

Kita tengok ada orang yang subhanallah!, Allah bagi segala-galanya dalam kehidupan, malah jarang mendapat ujian.

Tetapi kesian kerana tidak ada orang yang sayang dan hormat kepadanya.

Tadabbur kali ini sungguh memberi kesan pada jiwa saya.

Jangan tunggu bahagia.

Bangun, berilah peringatan!

Leave a Comment