fbpx

Mencari Hikmah Di Sebalik Musibah Yang Berlaku: Covid-19

Musibah yang tidak diduga.

Allah telah mentakdirkan wabak covid-19 ini bermula hujung tahun 2019.

Wabak yang tidak kelihatan ini telah menyerang Wuhan, China dan telah merebak ke seluruh dunia termasuklah negara kita Malaysia.

Bayangkan di negara kita kes sudah mencecah sebanyak 2,142,924 kes secara keseluruhannya.

Manakala kes kematian sebanyak 24,565 orang setakat ini (23 September 2021).

Hampir semua negara di seluruh dunia begitu terkesan dengan wabak ini.

Betul-betul menguji kita semua daripada pelbagai segi.

Sudah pasti, ada banyak hikmah yang boleh kita ambil daripada peristiwa yang penuh bersejarah ini.

Antaranya ialah yang Allah sebut di dalam Surah al-Hadid ayat 22,

مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِى كِتَٰبٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَآ ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

[Surah al-Hadid 57: 22]

Menurut Ustaz Abd Muein, tidak ada satu pun musibah (apa-apa sahaja musibah) yang menimpa di atas muka bumi ini seperti wabak covid-19 atau yang menimpa diri kita (kefakiran, kemiskinan, kesakitan, kesedihan) melainkan telah tertulis di dalam kitab di Loh Mahfuz.

Jemput baca:

hakimdarno - mencari hikmah di sebalik musibah yang berlaku 1

Sejak bila ditulis?

Berdasarkan ayat di atas, “sebelum Kami menciptakan langit dan bumi, bahkan dalam riwayat hadis, sebelum Allah  mencipta langit dan bumi selama 50 ribu tahun.”

Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Apa yang mudah?

Iaitu semua yang akan berlaku sejak sebelum Allah mencipta bumi, setelah mencipta bumi, sehinggalah berlaku proses kehidupan manusia, kemudian berlaku Hari Kiamat dan bumi ini hancur, semuanya telah Allah tulis dengan begitu terperinci.

Lihatlah kebesaran Allah, kalau nak tulis kisah hidup kita sendiri dalam tempoh masa 20 tahun pun, 10 buah buku belum tentu cukup, dakwat berbotol-botol pun belum tentu cukup, inikan pula untuk setiap manusia, setiap zaman daripada dahulu hingga sekarang dan juga akan datang.

Subhanallah!

Kenapa Allah catat semua siap-siap?

Allah beritahu hikmahnya ialah supaya kita tidak rasa sedih.

Maksudnya apa sahaja yang berlaku ke atas diri kita, contohnya kita kehilangan harta, maka harta yang hilang itu, tidak sepatutnya sedih atau kita ratapi.

Kenapa?

Sebab Allah telah catat sebelum kita dicipta dan sebelum 50 ribu tahun langit dan bumi dicipta.

Oleh itu, pertama kita jangan sedih.

hakimdarno - mencari hikmah di sebalik musibah yang berlaku 2

Sebab sedih tidak akan mampu menghilangkan atau memulangkan apa yang telah hilang, dan tidak akan menghalang apa yang akan berlaku.

Kedua, supaya kita tidak terlalu gembira.

Kalau Allah beri nikmat kepada kita, semuanya telah Allah catat sebelum Allah cipta kita dan sebelum 50 ribu tahun langit dan bumi dicipta.

Allah dah catat yang kita akan menjadi kaya, mendapat projek itu dan ini, kesihatan yang baik, maka janganlah kita sombong, terlalu seronok sehingga kita lupa kepada Allah.

Sebab apa?

Sebab kita seronok atau tak, perkara itu telah tercatat dan pasti berlaku.

Allah tidak suka kepada kita yang berbangga-bangga dengan apa yang kita miliki, dan sombong kepada orang lain.

Kenapa?

Sebab Allah bagi harta atau kelebihan kepada kita, bukan untuk berbangga, tetapi sebagai ujian.

Bila kita dapat nikmat dan merasa bangga, Allah tidak suka.

Itu adalah sifat-sifat yang dibenci oleh Allah subhanahu wa ta’ala kerana segala nikmat yang Allah beri kepada manusia untuk menguji sama ada syukur ataupun kufur.

Manakala bila Allah berikan musibah, Allah juga nak menguji kita sama ada reda, sabar, ataupun marah.

Jadi, jangan sedih bila dapat musibah, dan jangan gembira sangat, bila mendapat nikmat.

Apa yang berlaku pada hari ini, semuanya telah tercatat.

Kita sedih, meraung atau berguling di atas tanah pun, perkara itu tetap akan berlaku.

Kalau kita gerun dan takut dengan wabak covid-19, sejauh mana kita gerun dan takut kepada pencipta wabak ini.

Bangun, berilah peringatan!

Leave a Comment