Masih ramai di antara kita yang masih keliru dengan maksud Tadabbur.
Ada yang kata Tadabbur itu ialah membaca terjemahan.
Ada juga yang kata Tadabbur itu sama dengan Tafsir.
Ada lagi yang kata Tadabbur itu ialah faham al-Quran.
Tetapi, cukup ke kalau sekadar kita faham sahaja?
Rasanya tidak cukup.
Jadi, apa maksud Tadabbur sebenarnya?
Dan alhamdulillah sekarang, semakin ramai di kalangan kita yang mula belajar Tadabbur al-Quran.
Kepada yang belum mula, jangan risau dan jangan bimbang sebab,
There is no deadline. There is no race. There is only a journey and that journey is yours.
~Aiman Azlan.
Jom kita mulakan langkah pertama dengan memahami maksud Tadabbur.
Tadabbur Ialah Hujung Ataupun Selepas Solat
Kata Ustaz Abd Muein, perkataan Tadabbur berasal daripada bahasa Arab iaitu (يتدبر – تدبر).
Kedua-dua perkataan ini pula berasal daripada perkataan (دبر).
Dan perkataan (دبر) bermaksud di belakang atau di hujung.
Ustaz berikan sebuah hadis sebagai rujukan kita tentang perkataan (دبر).
Sabda Nabi Muhammad salla Allah ‘alaih wa sallam kepada Muaz bin Jabal radhiyallahu anhu:
لا تدعن في دبر كل صلاة, أن تقول: اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
“Janganlah engkau meninggalkan di hujung setiap solat (fardhu) untuk membaca doa, ‘Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu dan bersyukur kepada-Mu dan memperbaiki ibadatku kepada-Mu.”
[Hadis Riwayat Abu Daud]
Kata ustaz, perkataan (دبر) dalam hadis di atas bermaksud hujung ataupun selepas solat.
Dan daripada perkataan (دبر) inilah diambil menjadi perkataan (تدبر – يتدبر – تدبر) yang bermaksud apabila sampai di hujung setiap ayat, hendaklah perhati dan renung maksud-maksud ayat tersebut serta hikmah-hikmahnya dan pengajarannya untuk diamalkan.
Tadabbur adalah pemerhatian yang menyeluruh terhadap maksud sebuah ungkapan dan makna-maknanya yang mendalam. Manakala Tadabbur al-Quran ialah penghayatan terhadap ayat-ayat al-Quran untuk difahami maksud-maksudnya, hikmah-hikmahnya dan pengajarannya.
~Al-Maidani.
Tadabbur Ialah Pergi Ke Hujung Pengertian
Kata Ustaz Hasrizal Abd Jamil, perkataan Tadabbur ini berasal dari perkataan da ba ra yang memberikan maksud hujung sesuatu.
Kata beliau, walaupun contohnya tidak begitu cantik tapi ia menepati maksudnya – kalau dalam saluran makanan, kita menyuap di mulut, kemudian ia berjalan di perut dan akhirnya ia akan keluar di hujung itu.
Dan hujung saluran pemakanan kita itu namanya dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu, iaitulah dubur.
Bahagian itu dinamakan dubur, kerana ia berada di hujung saluran berkenaan.
Perkataan tadabbur ini datangnya dari akar kata yang sama.
Ertinya, bila Allah subhanahu wa ta’ala menyuruh kita berinteraksi dengan al-Quran, Allah mahu kita pergi hingga ke hujung pengertian yang terkandung di dalam ayat-ayat berkenaan.
Untuk sampai kepada hujung ayat-ayat al-Quran ini kita lihat perjalanan yang telah berlangsung sepanjang 1000 tahun lebih, berapa banyak kitab tafsir, berapa banyak seminar al-Quran yang telah dibentangkan, kita masih belum sampai ke hujung al-Quran.
Dan kita tidak mungkin akan sampai ke hujungnya sehinggalah kita mencapai ke hujung masa, di akhir kehidupan manusia itu nanti.
Itulah besar dan luasnya firman-firman Allah di dalam al-Quran untuk kita menggali khazanah isi kandungan yang ada di dalamnya.
Tadabbur Ialah Meneliti Secara Berulang-Ulang
Kata Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, perkataan Tadabbur yang datang dengan wazan tafa’-‘ul (تفعل ) membawa makna membebani perbuatan dan mencapai sesuatu setelah mengerahkan sepenuh usaha ke atasnya.
Oleh itu, individu yang mentadabbur al-Quran boleh difahami sebagai individu yang meneliti sesuatu ayat al-Quran secara berulang-ulang, dari pelbagai sisi dengan asas disiplin ilmu yang baik.
Ia membawa pembaca ‘terbang’ menikmati huraian demi huraian wahyu Ilahi dengan langgam bahasa yang mudah difahami dan enak untuk ditekuni.
~Maulana Abu al-Hassan ‘Ali al-Hasani al-Nadwi.
- Jemput baca: Syarat Tadabbur al-Quran – Datuk Dr. Zahazan Mohamed
Tadabbur Menjadikan Manusia Insaf
Prof Madya Dr Mohd Sukki bin Othman menyatakan bahawa al-Quran diturunkan bukan hanya untuk dibaca, malahan dituntut supaya difahami, dihayati dan diamalkan isi kandungannya di dalam kehidupan.
Umat Islam sentiasa digalakkan agar sentiasa menghayati dan mengkaji ayat-ayat al-Quran agar mereka beroleh mutiara ilmu dan hikmah daripadanya.
Manusia perlu melakukan Tadabbur dengan meneliti dan menghayati kandungan al-Quran secara mendalam agar petunjuk yang diberikan oleh Allah subhanahu wa ta’ala dalam kitab suci al-Quran al-Karim itu dapat memperteguh keimanan kita kepada Allah subhanahu wa ta’ala.
Di samping itu, penelitian dan Tadabbur terhadap ayat-ayat suci al-Quran al-Karim akan menginsafkan tentang betapa kerdilnya manusia dan betapa Agung-Nya Allah subhanahu wa ta’ala yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Hati yang serta merta tunduk mentaati Allah hasil Tadabbur akan menambahkan iman dan penghayatan amalan.
Setiap penilitian yang mendalam terhadap kandungan al-Quran termasuk dalam Tadabbur.
Tadabbur ialah proses pemikiran mendalam, penelitian dan penghayatan terhadap isyarat-isyarat daripada ayat-ayat al-Quran setelah memahami maksud ayat menerusi tafsir.
~Syeikh Habannakah.
Tadabbur dapat menyingkap rahsia, mukjizat dan tuntutan sebenar al-Quran.
Perkataan Tadabbur hanya digunakan terhadap ayat-ayat al-Quran, sebaliknya perkataan yang digunakan untuk proses yang sama terhadap perkara-perkara lain ialah Tafakkur.
Tadabbur melibatkan penelitian mendalam yang melibatkan unsur hati.
~Al-Suyuti.
Tadabbur Ialah Memerhatikan Dengan Teliti Kesudahan Sesuatu Perkara
Tadabbur ialah memerhatikan dengan teliti kesudahan sesuatu perkara dan meneliti mengenainya, mengulang pandang kepadanya sehingga diketahui apa yang di belakang selain apa yang nampak di hadapan.
~Ustaz Syaari Ab Rahman.
- Jemput baca: Tafsir dan Tadabbur Umpama Sebiji Durian
Tadabbur Ialah Berfikir Menggunakan Mata Hati
Kalimat (يتدبرون) bermaksud satu perbuatan berfikir menggunakan mata hati, pemerhatian dan pendengaran agar sampai makna tersirat di sebalik yang tersurat sehingga mengesani jiwa.
Tadabbur al-Quran boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berfikir dengan mata hati, menilai dengan mata kepalanya dan telinganya.
Namun perlu juga selari dengan adab-adab dan manhaj berinteraksi dengan al-Quran.
Tadabbur merupakan perbuatan melengkapkan perbuatan intelektual dengan perbuatan emosional.
Tadabbur itu tujuan akhir untuk menambah amal.
Tadabbur ialah tuntutan kepada semua kaum Muslimin tanpa pengecualian.
Tadabbur untuk bermuhasabah diri sendiri sekadar termampu untuk difahami oleh dirinya sendiri.
Tadabbur itu dapat dicapai pada hujung ayat.
Iaitu ketika kita mula berfikir,
“Apakah manfaat yang aku boleh dapati melalui ayat ini?”
“Apakah yang Allah ingin aku faham melalui ayat ini?”
Pertanyaan demi pertanyaan berbentuk monolog dalaman seperti ini yang akan mendorong kita untuk berfikir tentang hikmah dan nilai pengajaran.
Daripada situlah kita dapat merasai kemanisan ketika berinteraksi dengan ayat-ayat Allah.
Fokus Tadabbur Adalah Kesannya
Kata Ustaz Syihabudin Ahmad, Tadabbbur ialah merenung maksud yang dikehendaki oleh Allah di dalam setiap firman-Nya.
Kaedah Tadabbur setiap orang mungkin berbeza dengan orang lain.
Apa yang lebih penting bukanlah caranya, tetapi kesannya.
Kesan yang dikehendaki adalah sama, iaitu: Mempraktikkan al-Quran sepertimana yang dilakukan oleh generasi awal.
Rumusan
Maksud Tadabbur ialah memahami ayat al-Quran, mengaitkan ayat al-Quran dengan diri kita, mengamalkan dan juga menyampaikan ayat al-Quran yang kita faham kepada orang lain.
Mudah-mudahan, dengan beberapa maksud Tadabbur di atas membantu pembaca semua keluar daripada kekeliruan.
Kalau artikel ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan pada kawan-kawan ya!
Alhadulillah , syukur atas pencerahan ini, semoga Allah Azzawajal limpahkan RahmatNya keatas saydara, ins sya Allah
Amin mudah-mudahan. Terima kasih juga di atas doanya.
Tqvm… alhamdulillah atas pencerahan yg jelas
Sama-sama. Alhamdulillah, semoga bermanfaat.
Alhamdulillah…
JazakAllah khairankathira..
Lebih memahami…Masih belajar dan belajar…
Alhamdulillah. Semoga bermanfaat. Waanti fajazakillahu khaira.
alhamdullilah….moga manfaat untuk saya dan juga untuk orang lain yang ingin mengetahui maksudnya…
syukur apabila telah mencapai kata maksud erti maksud TADDABUR’…..
Alhamdulillah. Amin mudah-mudahan puan. Semoga Allah berikan kekuatan kepada kita semua untuk melakukan tadabbur. Terima kasih puan kerana sudi membaca di sini.
Alhamdulillah. Telah berkali2 baca artikel. Setiap kali baca dapat tambahan ilmu. Syukur. Hari ni nak sampaikan sikit dulu dalam Usrah – ayat 1 Surah Al-Fatihah. Semoga Allah merahmati. Aamiin
Amin. Terima kasih Puan Hafsah atas doanya. Terbaik puan sebab memilih untuk menjadi manusia terbaik – belajar dan menyampaikan al-Quran. Semoga Allah tambahkan lagi kefahaman al-Quran dengan lebih mendalam dan dekat di hati kepada kita semua.
Alhamdulillah.. mbaca alQuran, mmahaminya… mpraktikkn dan mingkatkn keimanan diri.
Tkasih .. mudah2an kita dlm redha ALLAH swt setiap masa.
Astaghfirullahil azim
Amin, mudah-mudahan. Sama-sama Puan Mazinah. Terima kasih juga kerana sudi membaca artikel ini. Semoga Allah membimbing kita semua untuk mendapat reda-Nya.
Assalamualaikum warahmatullahh. Minta izin share. 🙂
Waalaikumussalam. Silakan Tuan Haziq. Barakallahufikum.
Alhamdullillah . InsyaAllah dengan membaca artikel ini menambahkan semangat untuk meneruskan mentadabbur alquran.
Alhamdulillah. Terbaik puan! Semoga Allah terus berikan kekuatan dan kemampuan kepada kita untuk memahami semua ayat-ayat Allah subhanahu wa ta’ala.
Salam alaikum w.b.t.. Perkongsian maksud Tadabbur sudah bagus, TETAPI sayang, sekarang makin ramai orang jadi MENOLAK ILMU TAFSIR ALQURAN, MENYALAHKAN ULAMA2 TAFSIR, kononnya kerana wujud berbagai tafsiran dsbnya. Saya jumpa sendiri orang2 yg sedemikian.
Mereka hanya mahu faham Alquran sendiri2, tadabbur sendiri. Saya risau nanti akan semakin BANYAK fahaman2 pelik muncul hasil dari pemahaman membaca AlQuran yang berbeza ikut selera dan FIKIRAN masing2. 🙁
Sepatutnya artikel ini MENYURUH orang tadabbur dengan MERUJUK juga TAFSIR ALQURAN dari ulama2 mujtahid dan mu’tabar. Habis punah ranah jadinya kalau masing2 bawa FAHAMAN sendiri terhadap ALQuran nnt. 🙁
Baarokallahu fiikum
Terima kasih berkongsi kembimbangan tuan. Alhamdulillah saya telah tulis di artikel lain. Jemput baca di sini: https://hakimdarno.com/8-langkah-tadabbur-al-quran-untuk-orang-awam/