fbpx

Luqman Mulia Kerana Hikmah

Hikmah semakin hilang dari dalam diri kita.

Mengapa kita kena baca Surah Luqman?

Kerana kita nak tahu kisah Luqman.

Kenapa nak tahu kisah Luqman?

Kerana Luqman adalah orang biasa tetapi sangat mulia di sisi Allah subhanahu wa ta’ala.

Jadi?

Jadi, memandangkan Luqman merupakan orang yang mulia di sisi Allah, kita nak lihat apakah ciri-ciri yang ada pada Luqman supaya kita juga boleh mulia di sisi Allah seperti Luqman.

Persoalannya, kenapa Luqman menjadi orang yang mulia di sisi Allah?

Kerana Allah berfirman,

وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا لُقْمَٰنَ ٱلْحِكْمَةَ

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmah kebijaksanaan.

[Surah Luqman 31: 12]

Menurut Ustaz Abd Muein berdasarkan ayat ini, asas untuk menjadi orang yang mulia di sisi Allah ialah mesti ada hikmah.

Jemput baca:

hakimdarno - Luqman mulia kerana hikmah 1

Hikmah inilah yang semakin hilang dari dalam diri kita.

Bukankah Allah telah menghantar kepada kita Nabi yang berhikmah, bukan Nabi yang kaya.

Maka kita kena cari banyak hikmah berbanding cari banyak duit.

Ustaz memberikan contoh, kalau kita nak cari wakil rakyat, kita pilih wakil rakyat yang beriman ke yang berduit?

(Tolong fahami konteks yang saya maksudkan – bukan bermaksud duit tidak penting).

Realitinya kita akan pilih wakil rakyat yang berduit.

Sebab apa?

Sebab kita menyangka duitlah yang menyelesaikan segala-galanya.

Ustaz memberikan kisah Talut di dalam al-Quran.

Bani Israil telah minta kepada Nabi mereka supaya diberikan seorang ketua untuk memimpin mereka dalam peperangan.

Setelah itu, Nabi tersebut memilih Talut sebagai ketua mereka.

Lihat, apa respon mereka.

Bani Israil berkata kepada Nabi tersebut, “Macam mana Talut ini menjadi ketua kami? Sedangkan kami ini lebih berhak jadi ketua dalam peperangan.”

Mengapa mereka menjawab – mereka lebih berhak?

Sedangkan tadi, mereka sendiri yang minta kepada Nabi untuk carikan ketua.

Menurut ustaz, inilah mentaliti kita manusia sama ada Bani Israil atau Bani Melayu, kalau nak cari ketua mesti orang itu yang ada jawatan.

Yelah, Talut ini tidak ada nama dan juga bukan keturunan ketua.

Kalau contoh hari ini, nak jadi YB, mestilah anak YB juga.

Kalau orang biasa, susah nak jadi ketua walaupun mempunyai kredibiliti.

Sebab lain lagi ialah kerana Talut tidak ada harta.

hakimdarno - Luqman mulia kerana hikmah 2

Tengok cara mereka berfikir.

Macam mana nak selesaikan masalah kalau tidak ada harta?

Inilah cara manusia berfikir, kita menyangka bahawa duit boleh menyelesaikan semua masalah.

Betul tak?

Malah, kadang-kadang kita pun terkesan dengan cara berfikir begini.

Sebab itu bila kita didik anak, kita nak anak kita jadi orang soleh atau anak yang mendapat kerja?

Mana satu yang kita nak?

(Sekali lagi, tolong fahami konteks yang saya maksudkan – bukan maksud kerja tak penting).

Realitinya kita nak anak yang ada kerja.

Kerja bagus, gaji pun bagus.

Ustaz timbulkan persoalan, kita baca tak ayat ini,

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًا

Siapa yang bertakwa, Allah akan berikan jalan keluar.

[Surah at-Talaq 65: 2]

Apa maksud ayat ini?

Maksudnya siapa yang bertakwa (soleh), Allah akan berikan jalan keluar (bukan masalah duit je, semua masalah. Bahkan Allah akan beri rezeki yang tidak disangka-sangka).

Ayat ini hanya melekat di bibir tetapi tidak masuk ke dalam hati kita.

Kita selalu jumpa ayat ini di dinding rumah ataupun kedai tetapi tidak masuk ke sini (tunjuk ke arah dada).

Sebab biasanya kita akan fikir, bila jadi soleh itu – mesti miskin.

Sebab itulah Allah kata dalam ayat 269 Surah al-Baqarah,

يُؤْتِى ٱلْحِكْمَةَ مَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُؤْتَ ٱلْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِىَ خَيْرًا كَثِيرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ

Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

Jadi, asas yang perlu kita untuk jadi mulia seperti Luqman ialah mesti ada hikmah.

Mencari hikmah yang hilang.

Bangun, berilah peringatan!

Leave a Comment