fbpx

Kita Masih Ragu Lagi Dengan Al-Quran

Mengakulah yang kita ini masih lagi ragu dengan al-Quran.

Kenapa saya cakap macam itu?

Sebab kalau yakin, apa bukti yang kita yakin dengan al-Quran?

Berapa banyak ayat al-Quran yang kita faham?

Berapa banyak ayat al-Quran yang kita dah amalkan?

Kadang-kadang mulut kita kata yakin.

Tapi betul ke kita yakin?

Jom baca artikel ini sehingga habis.

Tadabbur Ayat 2 Surah as-Sajdah

تَنزِيلُ ٱلْكِتَٰبِ لَا رَيْبَ فِيهِ مِن رَّبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Diturunkan al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[Surah as-Sajdah 32: 2]

(تَنزِيلُ) – penurunan bertahap.

(ٱلْكِتَٰبِ) – kitab.

(لَا) – tidak ada.

(رَيْبَ) – keraguan.

(فِيهِ) – di dalamnya.

(مِن) – dari.

(رَّبِّ) – pencipta/pemilik/pengurus.

(ٱلْعَٰلَمِينَ) – seluruh alam.

Kita bincang dahulu perkataan yang pertama iaitu (تَنزِيلُ) – penurunan bertahap.

Sepertimana yang kita semua tahu, al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat.

Peringkat yang pertama, al-Quran diturunkan daripada Lauh Mahfuz ke langit dunia sekaligus.

Peringkat yang kedua, al-Quran diturunkan daripada langit dunia kepada Nabi Muhammad salla Allah ‘alaih wa sallam selama 23 tahun.

hakimdarno - kita masih ragu lagi dengan al-Quran 2

Tadabbur: Kenapa dalam ayat ini Allah menggunakan perkataan turun (تَنزِيلُ)?

Kenapa Allah tidak guna perkataan beri?

Contohnya beri dalam bahasa Arab (إِعْطَاء) ataupun (أَعْطَيْنَٰ).

Apa yang Allah nak beritahu pada kita?

Kata Ustaz Abd Muein, bila Allah guna perkataan (تَنزِيلُ), Allah nak beritahu bahawa kalau turun, ia mesti datang daripada atas.

Maksudnya al-Quran itu turun daripada atas.

Kenapa daripada atas?

Sebab ia datang daripada Allah subhanahu wa ta’ala dan Allah subhanahu wa ta’ala itu berada di tempat yang tinggi.

Kita tengok pula perkataan yang kedua iaitu (ٱلْكِتَٰبِ).

Perkataan (ٱلْكِتَٰبِ) berasal daripada perkataan (كَتَٰبَ).

Apa makna (كَتَٰبَ)?

Tulis.

Kenapa al-Quran dikatakan (كَتَٰبَ)?

Sebab ia tertulis di Lauh Mahfuz.

Sebelum turun ke bumi, al-Quran itu memang sudah tertulis di Lauh Mahfuz.

Kemudian bila malaikat bawa pun memang dalam keadaan bertulis.

Tetapi bila dibacakan kepada Nabi Muhammad salla Allah ‘alaih wa sallam, bukan dalam keadaan bertulis, sebab Nabi tidak boleh membaca.

Sehinggalah zaman para sahabat, al-Quran ditulis dalam mushaf.

Okey?

Selesai bincang maksud (ٱلْكِتَٰبِ).

Perkataan yang seterusnya ialah (لَا رَيْبَ فِيهِ) – tidak ada keraguan di dalamnya.

Kata ustaz, huruf (لَا) ini adalah “la nafiah lil jins” iaitu huruf “la” yang menafikan semua jenis.

Macam mana kita nak kenal dengan “la nafiah lil jins”?

Mudah sahaja, yang pertama tidak ada (ال).

Yang kedua, huruf terakhir baris atas.

Contoh, (لا إِلَهَ).

Ayat ini nak menafikan bahawa tidak ada semua jenis tuhan, (tuhan patung, tuhan nafsu, tuhan pangkat dan seumpamanya).

Semua tidak ada.

Begitulah yang berlaku dalam ayat ini iaitu (لَا رَيْبَ).

Pertama, tidak ada (ال).

Kedua, baris atas.

Jadi dalam ayat ini, Allah nak menafikan semua jenis keraguan.

Apa dia?

Orang kata, al-Quran itu ketinggalan zaman, tidak ada keraguan.

Orang kata, hukum al-Quran tidak adil, tidak ada keraguan.

Orang kata, al-Quran ini susah difahami, tidak ada keraguan.

Semua jenis keraguan tidak ada.

Betul?

Jadi kita yakin atau tidak yang al-Quran ini tidak ada keraguan?

Macam yakin, macam tidak.

Kan?

Macam mana kita nak bukti kan?

Okey kalau nak tahu, apa perkataan lawan bagi ragu?

Yakin.

Bila kita tidak ragu, maksudnya kita yakin.

Tapi, betul ke kita yakin dengan al-Quran?

Betulah.

Kalau betul, kita faham ke semua ayat al-Quran?

Tidak.

Habis itu, boleh ke kita yakin dengan sesuatu perkara yang kita tidak faham?

Tidak boleh!

Bagaimana Kita Nak Tahu Yang Kita Ini Yakin Atau Ragu Pada Al-Quran?

Jadi apa maksud yakin dengan al-Quran?

Maksudnya kita mesti faham.

Habis, ramai atau tidak orang yang yakin pada sesuatu yang dia sendiri tidak faham?

Ramai.

Ha, inilah fokus perbincangan kita.

Kita masih lagi ragu dengan al-Quran.

Buktinya kita masih lagi belum faham.

Cuba kita baca Surah al-Baqarah ayat 121.

Firman Allah subhanahu wa ta’ala,

ٱلَّذِينَ ءَاتَيْنَٰهُمُ ٱلْكِتَٰبَ يَتْلُونَهُۥ حَقَّ تِلَاوَتِهِۦٓ أُو۟لَٰٓئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِۦ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِهِۦ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْخَٰسِرُونَ

Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

[Surah al-Baqarah 2: 121]

Lihat perkataan (حَقَّ تِلَاوَتِهِ).

Apa makna (حَقَّ تِلَاوَتِهِ)?

Kalau kita terjemah secara harfiah, maksudnya baca dengan sebenar-benar baca.

Apa maksud baca dengan sebenar-benar baca?

Kata ahli tafsir yang pertama, baca dari segi lafaz.

Yang kedua, baca dari segi makna dia.

Yang ketiga, beramal dengan maksudnya, barulah jadi (حَقَّ تِلَاوَتِهِ).

Sebab itu, tengok ayat yang seterusnya.

Allah kata apa?

(أُو۟لَٰٓئِكَ) – itulah orang yang.

(يُؤْمِنُونَ بِهِ  ) – maka beriman dengannya.

Ayat ini seolah-oleh tanya kepada kita – bila proses iman berlaku?

Setelah berlakunya (يَتْلُونَهُۥ حَقَّ تِلَاوَتِهِ) – sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan.

Barulah Tuhan kata, itulah orang yang sebenar-benar beriman dengan al-Quran.

Boleh?

Soalan Ustaz Muein ini sungguh pedih kita nak jawab.

Ustaz tanya, sebenarnya kita masih ragu pada al-Quran atau tidak?

Tidak.

hakimdarno - kita masih ragu lagi dengan al-Quran 3

Kalau tidak, antara al-Quran dengan whatsapp, mana yang lebih penting?

Al-Quran.

Kalau baca whatsapp kita faham atau tidak?

Faham.

Kalau baca al-Quran?

Tidak faham.

Jadi maksudnya whatsapp lebih penting.

Sebab kita tidak pernah baca whatsapp dalam keadaan tidak faham, betul?

Itu satu.

Yang kedua, kita baca whatsapp berapa kali sehari?

Banyak kali.

Sekejap-sekejap buka whatsapp.

Tengah makan buka whatsapp, ada masa sikit buka whatsapp, dalam kereta pun buka whatsapp, lepas sembahyang terus buka whatsapp.

Tengok, kita ragu atau tidak pada whatsapp?

Tidak ragu.

Buktinya kita sentiasa buka.

Tapi kalau al-Quran, kita ragu atau tidak?

Ragu, sebab bila kita baca tidak faham, kita tinggalkan al-Quran.

Bila kita tinggalkan, maksudnya?

Al-Quran ini tidak penting dalam hidup kita.

Sebab itulah dalam ayat ini, Allah nak beritahu bahawa al-Quran ini tidak ada keraguan, tetapi kenapa kita masih ragu-ragu juga?

Kenapa bila baca tidak mahu faham?

Kenapa tidak mahu bagi masa pada diri kita untuk faham al-Quran?

Kenapa kita ada masa baca buku tulisan ataupun kata-kata manusia, sehari setengah jam ataupun sehingga dua jam, tapi tiba-tiba al-Quran yang kita mengaku tidak ada keraguan di dalamnya, kita tidak bagi masa?

Jadi sebenarnya, itulah tanda kita ragu dengan al-Quran.

Sebab kalau kita tidak ragu, mestilah kita akan baca al-Quran satu persatu.

Kita akan bagi masa setiap hari paling kurang, satu jam untuk baca al-Quran.

Sebab kita yakin bahawa al-Quran ini bagus, baik, ada rahmat dan kita yakin bahawa al-Quran mampu menyembuhkan diri kita.

Jadi Allah beritahu bahawa kitab ini tidak ada keraguan sedikit pun.

Kemudian ayat seterusnya, kitab ini diturunkan daripada siapa?

(مِن رَّبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ) – daripada Tuhan sekalian alam.

Perkataan (رَّبِّ) itu kita tidak terjemah Tuhan.

Tetapi lebih spesifik iaitu Pencipta, Pemilik dan Pengurus.

Jadi bila kita faham makna (رَّبِّ), barulah datang keyakinan di dalam diri kita.

Sebab kalau kita terjemah (رَّبِّ) – tuhan, kita tidak rasa pun kehebatan Allah mencipta, memiliki dan mengurus alam ini.

Sebab itulah kita pun solat lambat sahaja, sebab tidak rasa kehebatan Allah.

Kita rasa sembah Allah ini biasa-biasa sahaja.

Tapi bila nak jumpa bos?

Awal bukan main.

Kenapa kita bersikap begitu?

 Sebab kita rasa yang bos itu boleh bagi sesuatu pada kita.

 Kemudian perkatan (ٱلْعَٰلَمِينَ).

Apa makna (ٱلْعَٰلَمِينَ)?  

Seluruh alam.

Apa maksud seluruh alam?

Semua yang ada kat dunia ini.

Kata ustaz, pengertian yang tepat bagi perkataan (ٱلْعَٰلَمِينَ) ialah semua yang selain daripada Allah subhanahu wa ta’ala.

Semua yang selain daripada Allah termasuklah syurga dan neraka.

Sebab kadang-kadang kita hanya bayangkan seluruh alam itu yang hanya ada di dunia, tetapi yang di akhirat kita lupa.

Sedangkan yang di akhirat itu juga adalah milik Allah subhanahu wa ta’ala.

Perkataan (ٱلْعَٰلَمِينَ) ini berasal daripada perkataan (عَالَمٌ).  

Kalau satu, (عَالَمٌ).

Kalau banyak (ٱلْعَٰلَمِينَ).

Apa makna (عَالَمٌ)?

(عَالَمٌ) maknanya tanda.

Tanda apa?

Tanda yang semuanya adalah ciptaan Tuhan.

Bila itu?

Bila kita berfikir.

Berfikir tentang tanda-tanda kebesaran Allah daripada sebesar-besar langit dan sehinggalah sekecil-kecilnya seperti nyamuk.

Semua makhluk yang ada di muka bumi ini menunjukkan ada Pencipta yang hebat, kalau kita berfikir.

Dan semua yang Allah cipta ini, ada faedah atau tidak untuk kita?

Ada.

Ada atau tidak yang Allah cipta tanpa faedah?

Tidak ada.

Contoh, apa faedah Allah cipta ular ataupun kalajengking?

Faedahnya kita akan rasa takut.

Bila kita takut, kita pasti akan mencari Allah subhanahu wa t’ala.

Bila takut, berlindunglah dengan Allah subhanahu wa ta’ala.

Sebab selalunya kalau kita tidak ada dalam keadaan ketakutan, kita tidak akan mencari Tuhan.

Betul tak?

Jadi ayat ini Allah nak beritahu bahawa al-Quran ini hebat.

Sebab apa?

Sebab datang daripada Allah subhanahu wa ta’ala.

Siapa Allah?

Pencipta seluruh alam ini, jadi jangan kita pandang remeh dengan al-Quran.

Ustaz buat perumpamaan, masa kita sekolah rendah dahulu, kita pandang remeh atau tidak baca buku matematik?

Tidak, siap kita baca sehingga faham.

Buku itu baru ditulis oleh manusia.

Siapa pula manusia itu?

Dia cipta apa?

Dia tidak ada cipta apa-apa sebab dia makhluk.

Tapi kita bagi tumpuan sehingga faham.

Betul?

Tiba-tiba al-Quran yang diturunkan oleh (رَّبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ), kita baca sekejap tutup, kita baca tidak faham, tutup.

Makna kita tidak rasa kebesaran al-Quran.

Maka Allah nak ingatkan kepada kita bahawa al-Quran bukan diturunkan oleh cikgu kita, pensyarah kita ataupun guru kita, tetapi diturunkan oleh (رَّبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ).

Itu satu, yang kedua Allah nak beritahu al-Quran ini untuk siapa?

Untuk semua (ٱلْعَٰلَمِينَ), bukan untuk orang Islam sahaja.

Al-Quran untuk orang kafir atau tidak?

Ya, tapi al-Quran sampai atau tidak pada orang kafir?

Kadang-kadang sampai dan kadang-kadang tidak sampai.

Tapi banyak yang tidak sampai.

Apa penghalang besar al-Quran ini sampai pada orang kafir, sedangkan al-Quran untuk semua (ٱلْعَٰلَمِينَ)?

Sebab kita tidak berdakwah.

Kenapa kita tidak berdakwah?

Kerana kita sendiri pun tidak faham al-Quran.

Banyak atau tidak ayat al-Quran yang suruh kita berdakwah?

Banyak.

Kalau kita faham semua ayat-ayat itu, kita tidak akan duduk diam.

Kita faham kisah Nabi Nuh berdakwah berapa lama?           

950 tahun, bayangkan?

Tapi sebab kita tidak faham, kita pun tidak berdakwah.

Bila kita tidak berdakwah, al-Quran tidak sampai kepada (ٱلْعَٰلَمِينَ).

Bangun, berilah peringatan!

Leave a Comment