fbpx

Kisah Sayidina Uthman Menangis

Kenapa Sayidina Uthman Menangis?

Ada satu kisah yang menarik diceritakan oleh Ustaz Abdul Muein sebagai peringatan kepada kita.

Suatu hari, Sayidina Uthman radhiya Allah ‘anh berjalan melintasi sebuah kawasan kubur.

Tiba-tiba beliau berhenti melangkah dan terdiam.

Kemudian air matanya mengalir setitis demi setitis hingga membasahi janggutnya.

Melihat beliau menangis teresak-esak di tepi kubur, datang seorang sahabat lalu bertanya:

“Wahai Amirul Mukminin, engkau selalu menyebut syurga dan neraka serta segala penderitaan di hari akhirat, tetapi aku tidak pernah melihat engkau menangis semasa engkau memperkatakannya. Tapi hari ini apabila engkau berjalan di tepi kubur, engkau menangis pula. Apa sebabnya wahai Amirul Mukminin?”

Sebab Sayidina Uthman Menangis

Jawab beliau:

“Kerana Nabi salla Allah alaih wa sallam telah bersabda, maksudnya: ‘Kubur ini tempat pertama dari tempat-tempat akhirat dan tempat terakhir dari tempat-tempat dunia. Sesiapa yang selamat dari kubur itu, maka apa yang sudahnya adalah lebih ringan. Dan sesiapa yang tidak selamat darinya, maka apa yang berlaku sesudahnya akan lebih berat lagi.”

Inilah yang menyebabkan Uthman menangis walaupun beliau adalah ahli syurga.

Begitulah sifat orang yang beriman.

Tidak takut pada kematian, tapi takut pada apa yang berlaku selepas kematian.

Sebenarnya kematian datang sekejap sahaja.

Tetapi yang berlaku selepas kematian, kejadian itu tidak akan berakhir.

Jemput baca:

hakimdarno - Kisah Sayidina Uthman Menangis 1

Bukan sekejap, bukan 10 hari, bukan 10 tahun, seribu tahun, tapi kejadian itu akan berterusan dan tidak ada penghujungnya.

Sama ada kita ke syurga – akan rasa nikmat selama-lamanya.

Atau pun kita akan ke neraka – akan diazab selama-lamanya.

Minta dijauhkan.

Kalau kita kena covid-19, kemudian mati, tamat riwayat hidup kita di dunia.

Tetapi selepas kematian, kita bukan berhadapan dengan covid-19, tetapi kita berhadapan dengan azab kubur yang lagi dahsyat.

Maka takutlah apa yang akan berlaku selepas kematian.

Bila kita fikirkan kembali, inilah antara hikmah Allah berikan musibah kepada kita.

Allah berikan musibah yang kecil ini untuk mengelakkan kita daripada musibah yang lagi besar iaitu azab yang paling besar di akhirat.

Covid-19 ini adalah musibah kecil jika nak dibandingkan dengan azab akhirat yang tidak ada pengakhiran.

Yang tidak ada hidup dan tidak ada yang mati.

Subhanallah!

Lihatlah betapa Allah sayang kepada kita.

Ketika kita leka, terlalu cinta dan kejar dunia yang boleh membawa kita ke neraka, Allah telah turunkan satu musibah yang kecil bagi mengelakkan kita daripada terjerumus ke dalam musibah yang lagi besar.

Sebab itulah apabila cucu Nabi Muhammad salla Allah alaih wa sallam sedang sakit dan nazak, maka Nabi beritahu kepada anak perempuannya ucapan takziah dan juga sebagai motivasi.

Kerana anaknya sedang bersedih ketika menghadapi saat-saat kematian anaknya.

Maka Nabi berkata kepada anak perempuannya, mafhumnya:

“Sesungguhnya milik Allah apa yang diambil.”

hakimdarno - Kisah Sayidina Uthman Menangis

Maksudnya kalau Allah ambil nyawa anak kita, pasangan kita atau emak ayah kita, semua itu adalah milik Allah.

Jadi, tidak perlu bersedih sebab Allah memang ambil hak Dia.

[Hadis sahih riwayat Bukhari]

Kita bagi contohlah, kenapa kita nak bersedih bila orang ambil hak milik dia?

Kita letak anak kita di pusat asuhan, kemudian lepas habis kerja kita pun ambil anak kita, tiba-tiba pengasuh nangis tak bagi ambik anak kita.

Over kan pengasuh ini? Huhu.

Sepatutnya kita sedih bila orang ambil hak kita.

Begitulah keadaannya bila Allah ambil nyawa sesiapa sahaja yang kita kasihi, itu adalah hak Allah.

Dan Nabi kata lagi,

“Bila Allah bagi, maka itu jugalah haknya.”

Yang Allah ambil pun hak Dia.

Yang Allah bagi pun hak Dia.

Maka jangan sombong, sebab bukan hak kita.

Kemudian Nabi berkata lagi,

“Setiap sesuatu di sisi Allah telah ditetapkan ajalnya.”

Hari ini saudara kita nun jauh di sana meninggal, esok mungkin kita.

Begitulah aturan dunia.

Leave a Comment