fbpx

Kisah Bengang Orang Azan Tengah Malam

Kecoh sekampung sehingga mereka lari bertebaran keluar dari rumah.

“Adakah orang itu sudah gila?” Jerit seorang orang kampung, “Dia tahu tak sekarang pukul berapa?”

Seorang lagi terus mengajak orang lain untuk segera ke masjid kerana dari sanalah suara itu datang.

“Mari kita ke sana. Siapa agaknya yang azan pada tengah malam begini.”

Sesampainya mereka di masjid, mereka berkumpul beramai-ramai dan suara azan itu tidak kedengaran lagi.

Kelihatan seorang orang tua di depan mimbar yang sedang memegang mikrofon.

“Hei orang tua!” Bentak seorang penduduk kampung, “Kamu tahu tak sekarang pukul berapa?”

“Ya saya tahu,” jawab lelaki tua itu dengan tegas. Sekarang ini pukul 11 malam.”

“Jadi mengapa kamu azan jam 11 malam? Adakah kamu solat sekarang?” bentak seorang penduduk lain.

Seorang lelaki lain yang ketara marah di wajahnya turut membentak, “Apa kau gila?”

“Tunggu dulu,” jelas muazin itu, “Siapa yang kamu tuduh gila? Aku rasa kamu semualah yang gila. Mengapa kamu semua datang ke masjid ini jika sudah tahu sekarang ini bukan waktu solat? Mengapa pula kamu semua tidak datang ke masjid ketika aku melaungkan azan pada waktu solat tiba? Sekarang, siapa yang gila?”

Mendengar jawapan muazin itu, mereka pun terdiam.

Tanpa sebarang kata, tanpa memberi salam, mereka pun kembali ke rumah masing-masing dalam keadaan menahan rasa malu.

hakimdarno - ubah patah hati jadi prestasi
Klik: Ada banyak lagi kisah-kisah menarik yang menjentik jiwa dan memberi inspirasi kepada kita di dalam buku ini.

Kisah Seorang Profesor Yang Dimarahi Oleh Para Mahasiswa

hakimdarno - kisah bengang orang azan tengah malam 1

Seorang Profesor daripada Universiti Tishreen Syria yang juga seorang pensyarah di Oxford menulis kisahnya dalam buku Idratus Solat.

Suatu ketika semasa beliau memberikan kuliah umum di Oxford, beliau meminta izin untuk keluar sebentar.

Para peserta dan jawatankuasa bingung mengapa beliau meninggalkan dewan sebelum beliau selesai menamatkan kuliahnya.

Antara yang hadir ketika ini adalah para professor dan pensyarah-pensyarah yang bergelar doktor.

Tetapi dengan tegas beliau menyatakan, “Maaf saya perlu keluar sebentar, kerana ada perjumpaan yang lebih penting. Bahkan jauh lebih penting dari perjumpaan kita ini.”

Jelas sekali mereka yang berada di dalam dewan itu kelihatan gelisah dan marah mengapa beliau meninggalkan kuliah itu demi sesuatu yang lebih penting.

“Apa yang lebih penting daripada kajian ilmiah bagi seorang professor seperti beliau?” Keluh seorang peserta.

Beberapa minit kemudian, beliau pun kembali dengan wajah yang lebih cerah.

Dengan tenang beliau berkata, “Maafkan saya kerana tadi terpaksa meninggalkan dewan ini. Saya tahu tuan-tuan semua marah, saya dapat lihat keadaan itu daripada ekspresi wajah tuan-tuan.

Tetapi memang ada perjumpaan yang jauh lebih penting bagi saya berbanding perjumpaan ilmiah ini.

Iaitu pertemuan saya dengan Allah subhanahu wa ta’ala.

Mendengar apa yang dikatakan profesor tersebut, para audiens pun terdiam.

hakimdarno - kisah bengang orang azan tengah malam 2

Kini mereka kelihatan lebih faham dan beberapa orang kelihatan tunduk dan merenung.

“Ketika saya keluar dari dewan ini tadi, kamu semua kelihatan marah,” jelas profesor itu lagi.

“Bagaimana dengan Allah subhanahu wa ta’ala yang sering kita khinati pada setiap kali waktu solat tiba? Kita masih suka mengabaikan suara azan. Kita benar-benar mengkhianati-Nya dengan tidak mendirikan solat tepat pada waktu.”

Beliau berkata begitu kerana kebanyakan audiens di dalam dewan itu terdiri daripada penuntut yang beragama Islam.

“Tadi saya meninggalkan kamu semua dan saya sudah memohon maaf kepada kamu. Lalu bagaimana dengan kita yang sering cuai dalam menunaikan perintah Allah subhanahu wa ta’ala sebanyak lima kali sehari di sepanjang usia kita?”

Apa yang telah dilakukan dan dikatakan profesor tersebut telah menyedarkan ramai mahasiswa tentang pentingnya waktu solat, perjumpaan dengan Allah subhanahu wa ta’ala.

Beliau adalah Profesor Ahmad Bassam Saie.

Begitulah dua cerita tentang pentingnya waktu solat.

Kita sering berasa teruk, malu dan segera meminta maaf apabila terlambat bertemu dengan orang lain.

Tetapi sayangnya kita sering buat tidak tahu ketika melupakan janji kita untuk bertemu dengan Allah subhanahu wa ta’ala pada waktu solat.

Kita sangat teliti membuat perancangan dalam jadual untuk bertemu dengan orang penting, tetapi sudahkah kita mencatatkan jadual solat?

Kedua-dua kisah ini saya petik daripada buku Ubah Patah Hati Jadi Prestasi yang ditulis oleh dua orang penulis, seorang daripada Malaysia iaitu Ustaz Addien Abdul Kadir dan seorang lagi penulis daripada negara jiran Indonesia iaitu Ustaz Dwi Suwiknyo.

hakimdarno - ubah patah hati jadi prestasi
Klik: Ada banyak lagi kisah-kisah menarik yang menjentik jiwa dan memberi inspirasi kepada kita di dalam buku ini.

Leave a Comment