fbpx

Ketika Cinta Harus Berpisah

Selain mendengar lagu Sufian Suhaimi bertajuk Di Matamu, apa kata baca buku ini pula Ketika Cinta Harus Berpisah, buah tangan terbaru Cik Hikmatul Islam bagi memujuk hati yang sedang kecewa.

Saya beli dan baca buku ini sebagai tanda sokongan saya kepada penulis yang telah terlebih dahulu membeli buku saya Tadabbur; Bacalah & Suburkan Hati.

Seperti pepatah yang popular “pecah kaca, pecah gelas, dah baca harap balas.”

Haha.

Buku ini dilahirkan pada Ogos 2020 dan diterbitkan oleh Rusydee Artz Studio.

Ada 208 halaman.

Bagi saya buku ini memang sesuai terutamanya buat anak-anak muda yang sedang dilanda kesedihan ataupun kekecewaan.

Buku ini terbahagi kepada dua:

Bahagian 1: Kenapa cinta harus berpisah.

Bahagian 2: Tip untuk move on.

Saya berani kata tentang cinta kerana saya juga sudah melepasi zaman ini.

Bukannya mahu berbangga kerana sudah melepasi, cuma nak berkongsi rupanya begini saja.

Cinta kepada manusia ini bukan segala-galanya.

Ia hanyalah secebis daripada kehidupan kita.

Banyak lagi perkara yang perlu kita perjuangkan atau fokuskan dalam hidup yang realiti ini.

Jangan terpedaya dengan cinta.

Apatah lagi cinta dunia.

Ya cinta kepada harta, manusia dan juga pangkat ini semua dunia.

Bukannya mahu ditinggalkan tetapi diuruskan seperti kehendak Tuhan.

Kehangatan bercinta ini masa mula mula nak kahwin saja.

Selebihnya perjuangan kita meneruskan kehidupan bersama pasangan yang lebih utama.

Saya berpendapat, buku ini mampu mengisi kekosongan jiwa yang tidak tahu nak buat apa bila dikecewakan terutamanya disebabkan cinta.

Jemput baca:

Kalau cinta suami isteri yang berdiri teguh pun boleh runtuh, inikan pula cinta yang belum mempunyai sebarang ikatan yang sah.

Buku ini memberikan panduan kepada kita tentang pengalaman orang yang telah melaluinya.

Pengalaman orang yang ditolak perasaan cintanya.

hakimdarno - ketika cinta harus berpisah 2

“Kenapa dia putuskan hubungan dengan awak?”

“Sebab dia kata sudah tidak ada perasaan kepada saya.”

“Baguslah.”

“Eh, kenapa bagus pulak? Saya dah berkorban segalanya untuk dia!”

“Ya tahu, katakanlah Allah izinkan awak bernikah dengannya, lepas kahwin baru tahu sebenarnya dia langsung tiada perasaan pada awak, suka pada perempuan lain, apa perasaan awak masa tu?”

“Lebih menyedihkan lagi, dia terus berhubung dan bermesej dengan wanita yang dia sukai. Apa perasaan awak masa itu?”

“Tak mengapa, saya akan cuba buat apa saja untuk ambil hatinya, untuk buat dia cinta pada saya sepenuhnya!”

Ya Allah … geram saya baca cerita tentang perempuan ini.

Itu antara petikan penulis yang menjawab respon seorang wanita yang mengadu putus cinta kepadanya.

Kalau anda nak tahu apakah kesudahan cerita perempuan ini, kenalah baca bukunya.

Oh ya, buku ini tidak menceritakan tentang boleh atau tidak untuk kita bercinta.

Ada ke cinta islamik dan sebagainya.

Kerana sudah pasti, penulis maksudkan cinta yang diredai, jauh daripada cinta yang penuh dengan noda dan dosa.

Fokusnya, putus cinta nak buat apa?

Terus menangis?

Terus mengurung diri?

Bunuh diri?

Nauzubillahiminzalik.

Untuk orang yang putus cinta, kita sudah kalah kali pertama.

Tak akan mahu kalah kali kedua?

Kekalahan kali pertama kita sudah kecewa dengan hubungan yang berakhir.

Kekalahan kali kedua bila kita terus menerus untuk berada di dalam kekecewaan melayan perasaan.

Kata-kata di dalam buku ini menarik hati saya:

Ujian paling besar,

Bukan ketika

Kehilangan orang tercinta.

Tapi,

Ujian  yang paling besar

Bila kehilangan iman

Saat diduga.

Belilah buku ini mudah mudahan dapat memujuk hati hati yang sedang berduka.

Memujuk hati-hati yang kosong dengan cinta manusia yang mempesona.

Kembalilah kepada Yang Maha Esa kerana cintanya begitu luar biasa.

Saya mendoakan semoga penulis berjaya menamatkan phd dalam bidang tafsir dan juga berjaya di dalam bidang penulisan.

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu.

Kembang kempis hidungku dipuji oleh isteriku.

Leave a Comment