Dua sifat yang perlu kita ada untuk melahirkan rasa gementar bila baca al-Quran.
Allah telah menurunkan kepada kita (أَحْسَنَ ٱلْحَدِيثِ) – sebaik-baik perkataan iaitu al-Quran.
Allah kata, (تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ).
Boleh semak Surah az-Zumar 39: 23.
Apakah maksud (جُلُودُ)?
Kulit.
(تَقْشَعِرُّ)?
Gementar ataupun menggigil.
Sebab apa menggigil?
Sebab ini adalah kata-kata Allah.
Sebab itulah bila jin pertama kali dengar ayat al-Quran, dia kata apa?
(إِنَّا سَمِعْنَا قُرْءَانًا عَجَبًا) – Kami dengar al-Quran yang sangat menakjubkan (menggigil).
Rujuk Surah al-Jinn 72: 1.
Kita?
Bila kita menggigil?
Waktu sejuk, lagi?
Waktu tengok cerita hantu.
Bayangkan, kita baca al-Quran khatam 30 juzuk al-Quran sikit pun tidak menggigil.
Tapi bila tengok cerita hantu, kita menggigil.
Sedangkan cerita hantu ini rekaan, bukannya (أَحْسَنَ ٱلْحَدِيثِ) – sebaik-baik perkataan.
Itu pun kita sudah tidak boleh tidur.
“Kenapa tak tidur ni?”
“Takut, sebab baru tengok cerita hantu”.
- Jemput baca: Kenapa Kamu Tak Ambil Pelajaran?
Ustaz, Kenapa Saya Baca al-Quran Tidak Rasa Gementar?
Okey, kenapa bila kita dengar ataupun baca al-Quran, kita tidak rasa gementar?
Allah beritahu dalam ayat ini (Surah az-Zumar ayat 23).
(ٱلَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ) – orang yang kenal dan takut pada Allah.
Maksudnya, kalau kita baca al-Quran, tidak ada rasa menggigil, kita belum takut kepada Allah.
Dalam ayat lain Allah kata,
إِنَّمَا يَخْشَى ٱللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ ٱلْعُلَمَٰٓؤُا۟
Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.
[Surah Faatir 35: 28]
Okey kemudian, Allah nak beritahu lagi sifat orang yang betul-betul kenal Allah melalui al-Quran, pertama menggigil.
Lepas itu?
(ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ) – kemudian lembut kulit-kulit dan hati-hati mereka.
Lembut itu maksudnya tenang, kenapa tenang?
(إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ) – mengingati Allah.
Maksudnya Allah sifatkan orang yang baca al-Quran ini, ada dua keadaan.
Pertama, takut menggigil.
Kedua, tenang.
Eh, macam mana boleh ada dua keadaan?
Kejap gementar, kejap tenang?
Okey, al-Quran ini ada dua sahaja iaitu pertama (بَشِيرٌ) – berita gembira.
Kedua (نَذِيرٌ) – beri peringatan.
Rujuk Surah al-Maa’idah 5: 19.
Jadi bila dengar cerita tentang azab, contohnya makanan ahli neraka, kita rasa takut menggigil.
Seperti mana kisah Umar, yang apabila beliau membaca ayat al-Quran tentang azab, bukan setakat menggigil, beliau sakit selama sebulan.
Bila baca pula ayat al-Quran tentang nikmat balasan syurga, kita akan rasa tenang.
Jadi kalau kita belum ada lagi dua sifat ini, muhasabahlah diri kita.
Sebab hati kita ada masalah.
Sebab itu Allah kata pada ayat yang seterusnya, (ذَٰلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَهْدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ) – Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya).
Sebab itulah kadang-kadang kita rasa pelik, bagaimana filem-filem yang menakutkan (ceritah hantu) itu laku keras sehingga mencapai box office?
Sedangkan filem ini lakonan ataupun rekaan sahaja.
Tengoklah, berapa ramai orang yang pergi tengok filem hantu, sudahlah kena bayar.
Bila dah tengok pula, balik dia cerita pada kawan.
Kawan dia pun tertarik, pergi tengok juga.
Dua-dua rasa menggigil.
Tapi al-Quran yang sepatutnya kita betul-betul rasa menggigil, langsung kita tidak baca.
Kalau baca pun, sikit.
Tertidur pulak itu.
Betul atau tidak?
Teruk kan hubungan kita dengan al-Quran?
Lagi parah apa?
Apabila ada usaha nak faham ayat al-Quran, orang kata pula pada kita macam-macam.
Pelik kan?
Kita cuma nak sampaikan bahawa Allah mencela orang yang tidak faham al-Quran ataupun Allah mencela orang yang tidak ada perasaan bila baca al-Quran dan kita nak orang sedar tentang perkara itu.
Supaya kita sama-sama berubah menjadi baik.
Tapi orang pula tidak suka pada kita.
Bangun, berilah peringatan!
Artikel ini adalah tranksrip daripada Kuliah Ustaz Abd Muein dengan sedikit olahan dan tambahan mengikut kefahaman saya.