fbpx

Kejar Akhirat, Jangan Lupa Dunia. Bukannya Kejar Dunia, Lupa Akhirat

Apa maksud kejar akhirat dan jangan lupa dunia?

Kata Dato’ Ustaz Shamsuri Ahmad, beliau baca mesej yang dihantar oleh sahabatnya.

Mungkin ada yang pernah dengar isi ceramah ini, kalau saya, ini baru pertama kali dengar dan sangat tertarik dengan isi yang disampaikan.

Tetapi saya tidak pandailah mahu tulis loghat utara macam dato’ ustaz.

Huhu.

Okey, jom kita sama-sama renungkan.

Isi Kandungan

    Sahabat saya hantar 1 text, saya baca-baca, fuh menarik!

    Saya mintak kebenaran kat sahabat kita ini, saya kata, saya nak bawak dalam kuliah.

    Dia tulis dalam bahasa orang putih.

    Dia kata, in the end, we all, the same.

    Dia kata, last-last sekali, kita sama je.

    At The Age Of 40, Highly Educated And Less Educated Are The Same

    Bila sampai umur 40 tahun, orang yang belajar tinggi sehingga tahap PHD dengan orang yang belajar sekadar SPM, mereka sama sahaja.

    Kadang-kadang less educated people make even earn more money than kawan yang sorang lagi.

    Bila mai umur 40 tahun, dia ini mengaji daripada SPM, SPM masuk Matriks, Matriks masuk universiti, di universiti pula tiap-tiap tahun dapat anugerah dekan, dia belajar sehingga tamat bachelor, dia dapat first class.

    Daripada situ, dia sambung buat master degree, dia punya hebat master degree, tesis dia sampai orang upgrade bagi jadi PHD.

    Dia balik mai, dia attached universiti, masuk universiti dengan kerajinan – dia buat working paper, present sana – present sini, buat research, dan dapat profesor madya – associater professor.

    Lepas itu, pulun sikit lagi dapat full professor.

    Dapat gaji Jusa C.

    Kalau masa dia associate professor, dia dapat Gred 54.

    Gaji ini, starting dalam 6 ribu, dia pergi habis deraih (deras) sampai RM13 ribu.

    Mengaji sampai rambut pun makan bantai (bantal).

    Mengaji ini, tuan-tuan ingat senang ke nak buat PHD?

    Mengaji sampai rambut makan bantal.

    Lurut rambut (gugur rambut).

    Kawan yang sama kelas dengan sekolah rendah dia dulu, dia form 1 masuk boarding school (asrama), kawan ini, masuk sekolah mana pun tidak tahu, SPM pun entah ambik entah tidak, kita pun tidak tahu.

    Sekarang dok buat meniaga online.

    Sebulan dapat gaji RM50 ribu.

    Inilah dunia ….

    Orang yang dok universiti, dok mengajar, jadi profesor madya, gaji baru 10, 11 ribu, tidak puas hatilah … dok sembang dengan kawan-kawan dia, dia ini betul-betul tak guna.

    Sekolah rendah sama dengan saya dulu ini ….

    Hang tengok, dia pakai kereta apa la ni?

    Dia kata, “Aku ini kadang-kadang bukanlah tak puas hati dengan Tuhan, tapi titik, titik, titik … tak boleh nak sambung.”

    Inilah kehidupan Tuan Puan.

    Pada umur 40, apa jadi?

    Dia kata, orang yang mengaji sehingga tinggi melangit, dengan kawan yang setakat SPM ini, tiba-tiba dapat sama.

    Ataupun kawan itu dapat lebih daripada dia.

    Inilah dunia ….

    At The Age Of 50, Beauty And Ugly Are The Same

    Dia kata, mula at the age of fiftys, dah mai umur 50, beauty and ugly are the same. Dia kata, bila umur mai 50, segak dengan tak berapa nak segak ni, sama je.

    Pasai apa? Dia kata, no matter how pretty you are, at this age, dia kata wrinkles, dark spot cannot be hidden. Bila dia mai umur 50, ini perempuan ini dok pergi spa ini seminggu sekali.

    Pekerja spa punya dok tonyoh pipi ini, sampai nak nampak urat darah dah, dok tonyoh sampai kawan spa tu kata, mai jarang sikit boleh tak kak? Saya dok tonyoh ini sampai … saya bukan tak mau meniaga.

    Kak mai hari-hari pun saya dapat duit. Kak seminggu sekali pun, saya dapat duit. Tapi saya dah takut nak tonyoh ini, kulit sampai mengerling. Kulit sampai mengerling dok tonyoh ini nak bagi nampak gebu.

    Bila mai umur 50 ni, tak usah buat bagi segak macam manalah, dia kata, jadi sama dah dengan kawan yang tak segak ini.

    Dua-dua kedut. Pi spa kedut, tak pi spa pun kedut. Apa ini, dia nak habaq ni?

    Dia kata, inilah dunia …

    Cantik, segak bukan boleh pi sampai lama mana, dia ada sampai satu time, habis tang tulah.

    At The Age Of 60, High Position And Low Position Are The Same

    Sampai umur 60, dia ini pencapaian dia ini sampai jadi pengarah di sebuah jabatan, umur 60 pencen dah. Pencen, sama sehari dengan piun dia. Ofis boy dia pun 60 gak, pencen beza sehari.

    Cuma bos potong kek, dia balik potong dekat rumah. Takkan nak rai dia potong kek sama-sama dengan bos. Nanti bos jerkah kat dia macam mana?

    Tak apalah. Itu hari last.

    Lepas daripada hari pencen dia tu – dia pencen pengarah, dengan pencen piun ni, sembahyang sebelah-sebelah, piun buat tak tahu je kat dia. Dia kata, “Piraahla hang.” Dia kata bila mai umur 60, dia kata hang high position ke, low position ke, equal – sama.

    Tak habis lagi.

    At The Age Of 70, Big House And Small House, Are The Same

    Mai umur 70, hang duduk banglo, berapa juta punya harga, dengan hang duduk low cost rumah empat setalam depa kata, sama. Dia kata, pasai apa? Dia kata, because hard to move around.

    Umur 70 duduk banglo, dok ngesot gitu je. Nak pergi jauh tak boleh. Mai dengan kencing manis, dialisis, dengan rumitisem, dengan problem lutut apa jadi lagu mana tak tau, gout pula lompat mai ikut tepi, rumah banglo apa? Dia dok pusing tang tu je.

    So umur 70, duduk rumah banglo ke, duduk rumah empat setalam ke, dok keliling hat tu je.

    Dok kesot, dok bergerak kot tu je, dia kata.

    70 tu dahsyat dah tuan-tuan. Tapi dia ini ada lagi, at the age of 80, dia kata umur 80, dia kata apa?

    At The Age Of 80, Have Money And No Money Are The Same

    Umur 80, ada duit, dengan tak ada duit sama saja. Even when you want to spend money, you don’t know where to spend. Dia mai umur 80, mai uzur, mai apa, duit dalam bank banyak mana pun tak boleh buat apa dah.

    Makan pun tak ada selera dah. Orang mai habaq, “Tok, jom ikut kami pergi umrah.”

    “Umrah kepala hotang hang, aku nak bergerak pun tak boleh.”

    Apa guna duit pada masa itu?

    Saya kata dah, baca sampai sini cukup. Tapi, ada lagi.

    At The Age Of 90, Sleeping And Waking Up Are The Same

    Dia kata, at the age of 90, ada lagi, pasai dia kata ada orang yang hidup sampai umur 90, dia kata bila mai umur 90, dia kata apa, sleeping and waking up are the same. Dia kata bila umur 90 lebih ini, apa dia kata? Hang tidok ke, hang tak boleh tidok ke, dok jaga, sama je dia kata.

    Pasai apa? You still don’t know what to do.

    Tak tahu nak buat apa. umur 90 ini tak tahu nak buat apa. Bangun tido, garu kening, jatuh bulu kening, allahuakbar tuan-tuan.

    Dia habis tang tu je.

    Kesimpulan – Nak Kejar Akhirat Atau Tidak?

    Saya tambah satu lagi.

    Apa dia?

    Bila mati, tidak ada apa yang membezakan orang kaya, dengan orang susah.

    Kita masuk kubur tulah.

    Sama macam tulah.

    Tidak ada beza kaya dan miskin.

    Muslimin dan muslimat, ambil iktibar dengan perkara ini.

    Hat kita nak kalut cari ini, apa dia?

    Bekal akhirat dan tidak melupakan dunia.

    Firman Allah subhanahu wa ta’ala,

    وَٱبْتَغِ فِيمَآ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلْءَاخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنْيَا

    Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia.

    [Surah al-Qasas 28:77]

    Tuhan kata, carilah apa juga yang Tuhan boleh bagi kat kamu ini untuk akhirat, tetapi jangan lupa nasib dan bahagian atas dunia.

    Bukan suruh cari dunia, jangan lupa akhirat, ayat ini kata – cari akhirat tu, jangan lupa dunia. Nampak tuan-tuan, di situlah beza primary dengan secondary.

    Hat mana kita nak  jadikan keutamaan. Hat mana kita nak letak hat nombor 2.

    Begitulah pesanan Dato Ustaz yang bagi saya begitu mendalam.

    Semoga kita semua dapat mengambil iktibar.

    Bangun, berilah peringatan!

    Leave a Comment