fbpx

Kejahatan Mudah Dilakukan Apabila Kita Tidak Mengenal Tuhan

Kejahatan yang dilakukan oleh manusia, tidak menghalang Allah mengurniakan nikmat kepadanya.

Setelah Allah berikan amaran, kalau kita tidak beriman kepada Allah, kita akan dimasukkan  ke dalam neraka yang paling bawah.

Kemudian, Allah juga membuka tawaran, kalau kita beriman kepada Allah, kita akan selamat daripada neraka.

Malah, bukan itu sahaja, kita juga akan mendapat syurga yang nikmatnya tidak akan terputus sampai bila-bila.

Setelah kita mendengar kedua-dua berita ini, tiba-tiba kita masih tidak beriman?

Maka peliknya kita ini.

Apa yang membuatkan kita masih mendustakan janji-janji Allah?  

فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِٱلدِّينِ

Apa lagi yang menjadikan engkau berdusta dengan agama?

[Surah at-Tiin 95: 7]

Setelah kita mendengar, melihat dan merasai sendiri kekuasaan Allah, tiba-tiba kita masih rasa malas nak solat, kita masih melewat-lewatkan solat, kita masih buka aurat, kita masih bercakap bohong dan masih tidak mahu berzikir.

Kata Ustaz Abd Muein, soalan ini sama seperti yang ada di dalam Surah al-Infitaar 82: 6-7.

Firman Allah,

يَٰٓأَيُّهَا ٱلْإِنسَٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلْكَرِيمِ

Wahai manusia, apa yang menyebabkan engkau tertipu dengan dunia sehingga engkau tidak taat kepada Tuhan engkau yang mulia (al-Karim)?

ٱلَّذِى خَلَقَكَ فَسَوَّىٰكَ فَعَدَلَكَ

Yang telah mencipta engkau lalu Allah menyempurnakan, melengkapkan kamu dengan anggota badan yang lengkap. Ada mata, ada telinga, ada akal, ada kaki, ada tangan, ada lidah dan sebagainya. Dan Allah selarikan anggota badan kamu dengan kemampuan kamu.

Apa yang Allah nak beritahu di dalam ayat ini?

Kata ustaz, Allah nak beritahu bahawa sebenarnya kita tidak kenal dengan Allah Yang Maha Mulia (al-Karim).

hakimdarno - kejahatan mudah dilakukan apabila kita tidak mengenal tuhan 1

Allah ini sangat mulia.

Maha Mulianya Allah tetap beri semua nikmatnya kepada orang yang beriman dan juga yang tidak beriman.

Walaupun ramai manusia yang sembah patung sepanjang hidupnya, Allah tetap beri nikmat kepada mereka.

Kalau kita tidak solat, buka aurat dan banyak buat maksiat pun Allah masih beri kepada kita kesihatan, naik pangkat dan kurniakan kepada kita anak-anak yang berjaya.

Inilah yang dinamakan (ٱلْكَرِيمِ) – Maha Mulia.

Kejahatan Dibalas Dengan Kebaikan

Biasanya kita akan buat baik kepada orang yang buat baik juga kepada kita.

Kalau orang yang buat jahat pada kita, memang kita tidak akan buat baik padanya.

Malah mungkin, pandang pun kita tidak mahu.

Tetapi beza dengan Allah.

Orang yang tidak percaya kepada-Nya pun Allah tetap berikan nikmat kepadanya.

Jemput baca:

hakimdarno - kejahatan mudah dilakukan apabila kita tidak mengenal tuhan 2

Kata ustaz lagi, kalau kita kenal Allah Yang Maha Mulia, kita tidak akan tertipu dengan dunia.

Logiknya macam ini, antara penghalang untuk kita buat jahat pada seseorang ialah bila orang itu buat baik kepada kita.

Sebab itu di dalam Surah Fussilat 41: 34, Allah kata,

ٱدْفَعْ بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ

Kalau orang buat jahat pada kamu, maka balaslah dengan kebaikan dengan apa yang terbaik.

Sebab apa?

Sebab bila kita balas kejahatan orang dengan kebaikan, dia akan berhenti buat jahat sebab dia tidak sampai hati buat jahat pada orang yang buat baik padanya.

Maka Allah nak beritahu, yang kita buat jahat pada Allah ini sebab apa?

Sebab kita tidak rasa Allah itu al-Karim.

Kita tidak rasa dan tidak yakin bahawa Allah lah yang mencipta kita.

Maka kita pun langgar sahaja perintah Allah.

Dan boleh jadi juga sebaliknya, inilah sebab utama yang mendorong manusia melakukan kebaikan.

Jadi, bila kita kenal Allah (ٱلْكَرِيمِ) – Maha Mulia, Allah yang telah mencipta kita, yang beri kita anggota badan yang sempurna, berikan kesihatan untuk menjalani kehidupan, beri mata untuk melihat dengan terang, beri telinga untuk mendengar dengan jelas, kita tidak akan sampai hati nak melewatkan solat, kita tidak sampai hati nak buka aurat dan kita tidak sampai hati nak melawan segala syariat yang telah Allah tetapkan.

Namun, jika tergamak juga tidak tahulah nak kata apa.

Semoga Allah membimbing kita.

Bangun, berilah peringatan! 

Leave a Comment