Zaman sekarang semua orang kenal media sosial.
Barangkali tanpa media sosial, remaja masa kini terasa hambar seperti sayur tanpa garam.
Lumrah orang muda zaman sekarang memiliki media sosial.
Alangkah baiknya jika kita bukan sekadar memiliki media sosail tetapi memanfaatkannya.
Ayuh kita renungkan, untuk apa kita gunakan media sosial selama ini.
Adakah sebagai medan luahan hati ketika bersedih saja ataupun sebagai mempamer kekayaan.
Lia adalah seorang ibu kepada dua anak lelaki.
Bertitik tolak masalah kewangan yang mendesak, Lia berfikir bagaimana untuk mendapatkan wang tambahan.
Sekiranya mereka hanya bergantung kepada pendapatan suaminya, ia tidak mencukupi.
Selepas itu, Lia memilih untuk menjual atas talian.
Dia menjadi ejen jualan buku kepada sebuah penerbit buku.
Lia memilih bisnes itu kerana ia tidak memerlukan modal.
Dia bersungguh-sungguh untuk menjual.
Daripada tidak tahu apa-apa tentang teknik pemasaran sehingga menjadi jaguh.
Pada awalnya memang tidak mudah untuknya mendapatkan pelanggan.
Pada bulan-bulan awal, hanya sedikit yang diperolehi.
Namun, dia tidak berhenti di situ.
Lia memaksimumkan jualannya.
Sehingga lama-kelamaan usahanya menampakkan hasil.
Pelanggan mula mengenalinya dan bermula dari situ dia mengembangkan bisnesnya dengan membangunkan tim jualannya sendiri.
Lia bukan hanya menjadi ejen malah mula menjadi pengedar dari penerbit buku secara langsung.
Hasilnya pendapatannya meningkat sehingga suaminya sendiri perlu membantu bisnesnya dengan menjadi seorang penghantar bungkusan.
Begitulah kejayaan Lia dalam media sosial.
Ia bukan hanya cakap kosong, tetapi itu adalah kisah realiti yang boleh menjadi inspirasi.
Ayuh kita manfaatkan media sosial sebagai ladang rezeki yang produktif dan bukan sia-sia.
Jemput baca:
Apa Yang Kita Perlu Lakukan?
1. Niat Dan Motivasi Yang Kuat
Apa pun pekerjaan yang kita lakukan, niat adalah perkara yang paling penting.
Ia adalah dasar penentu kejayaan.
Fikirkan, untuk apa kita ingin menjadi kaya dan berusaha untuk kaya melalui media sosial.
Adakah untuk bahagiakan ibu bapa atau membiayai perkuliahan atau cari pengalaman dan sebagainya.
Niat adalah motivasi yang paling berkesan untuk kita.
2. Pilih Bisnes Yang Sesuai Dengan Minat
Banyak bisnes yang boleh kita lakukan.
Kalau kita minat dengan dunia fesyen, kita boleh menjadi penjual baju, hijab, busana, muslimah dan sejenis dengannya.
Jika pandai menjahit, boleh juga tawarkan servis jahitan di media sosial.
Kalau minat kita dalam dunia penulisan, kita masuk grup-grup menulis online untuk belajar menulis.
Selepas berjaya, kita gunakan media sosial sebagai medium mempromosi karya kita.
Kalau berbakat dalam komedi, boleh juga mencuba menjadi Youtuber.
Ramai juga artis yang terkenal melalui Youtube.
3. Bersungguh-Sungguh
Semua peniaga inginkan hasil yang lumayan.
Namun ramai antara mereka kurang serius dan kurang bersungguh-sungguh dalam mengembangkan sayap bisnesnya.
Tiada usaha bagi menambah ilmu pemasaran di media sosial.
Sekadar beriklan tidak cukup.
Kita perlu memaksimumkan penggunaan media sosial dalam mempromosikan bisnes kita dan belajar ilmu pemasaran dengan orang yang berilmu.
Tanpa kesungguhan, kita tidak akan mencapai kejayaan.
Bersungguh-sungguh dalam bisnes online kita sepertimana bisnes fizikal.
Kita juga mesti ada masa yang khusus untuk mempelajari pelbagai perkara demi membangunkan bisnes kita.
4. Sabar Dan Tidak Menyerah
Akhir sekali, kita harus mempunyai kesabaran yang tinggi.
Kejayaan yang besar tidak akan dicapai dengan serta merta.
Ia disusuli dengan usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh.
Kegagalan boleh datang bila-bila masa.
Jadi, kita tidak ada cara lain selain bangkit mendepaninya dan lebih berhati-hati.
Jadikan kekurangan sebelumnya sebagai pelajaran yang berharga.
Kita ada banyak cara untuk menyusul kejayaan Ria Ricis, Atta Halilintar mahupun Lia.
Jalan kejayaan kita tidak semestinya sama dengan jalan mereka.
Namun mencuri ilmu bagaimana mereka berjaya itu adalah penting.
Curi dan pelajari bagaimana kegigihan mereka, perjuangan mereka, dan semangat mereka dalam memanfaatkan media sosial sebagai sumber kejayaan.
Kalau mereka boleh, kita juga boleh.
Allah subhanahu wa ta’ala ada.
Mereka berjaya juga kerana Allah subhanahu wata’ala.
Tidak mustahil Allah subhanahu wa ta’ala akan memberi kejayaan sama buat kita juga, bukan?
Artikel ini dipetik daripada buku Hijrah Muslimah Milenial tulisan Ririn Rahayu & Nani Latifah