fbpx

Kanvas Muharikah

Kanvas Muharikah merupakan sebuah buku yang menghimpunkan 100 kata dan cerita inspirasi daripada penulis.

Bukunya kecil dan ringan tetapi isinya boleh menjadi berat jika kita renungkan secara mendalam.

Saya sedar bahawa berat atau ringan sesebuah buku itu subjektif.

Mungkin berat bagi saya, ringan bagi anda.

Ringan bagi saya, berat bagi anda.

Apa yang penting ialah kita terus memugarkan budaya membaca di dalam diri supaya kita menjadi manusia yang bererti.

Setelah membaca beberapa buah buku penulis, saya sangat suka dengan penulisannya yang memberikan inspirasi dan motivasi dalam hidup saya.

Biasanya buku seperti ini saya akan bawa ketika berjalan-jalan melihat pemandangan.

Melihat pemandangan yang cantik sambil merenungkan kata-kata inspirasi itu sangat membahagiakan.

Jadi, kalau anda sedang lemah semangat, kecewa dan hampir putus asa, cubalah baca buku ini.

hakimdarno - kanvas muharikah 1

Buku ini sesuai untuk dijadikan hiburan dan teman kepada sesiapa yang kesunyian.

Kata penulis;

Apa yang Dia telah tentukan untuk kita, tentu ada pelajaran yang sangat besar yang Dia mahu kita belajar.

Saya sendiri melalui banyak pengalaman jatuh bangun dalam kehidupan.

Kebanyakan nasihat yang ditulis adadalah sebenarnya untuk diri saya sendiri.

Banyak yang dilalui sebenarnya menyedarkan hidup kita di dunia ini, tidak lain adalah sebagai tempat persinggahan ujian.

Agar Allah subhanahu wa ta’ala berikan pahala atas setiap kesabaran kita.

Agar kita jadi kuat dan cekal dengan melalui banyaknya pancaroba kehidupan ini.

Namun begitu, di sebalik liku ujian itu adanya pelangi.

Adanya matahari.

Adanya kebahagiaan yang mampu mengisi relung hati.

Hanya jika kita benar-benar melihatnya.

Buku ini boleh sahaja dihabiskan baca dalam tempoh satu jam.

Tetapi anda tidak akan terasa nikmatnya.

Umpama kita sedang menikmati secawa kopi hazelnut yang sedap, kita akan cuba menelan air liur berulang-ulang kali setelah air kopi ditelan bagi menikmati kesedapan kopi tersebut.

Begitu jugalah dengan buku ini.

Buku ini hendaklah dibaca dengan mengambil satu kata-kata, kemudian kita berhenti sejenak, ulang-ulang baca dan renungkan sedalam-dalamnya.

Kita cuba kaitkan kata-kata itu dengan situasi kita sekarang.

Sama ada sedih, kecewa, gembira, semangat membara dan sebagainya.

Sebagaimana al-Quran, kalau anda baca laju-laju (tidak tadabbur) anda tidak akan terasa kelazatannya.

Ataupun bayangkan anda sedang menikmati kek Secret Recipe yang paling mahal sekali, tetapi anda makan dalam keadaan tergesa-gesa, dan makan dengan cepat sekali, adakah anda terasa nikmatnya?

Sudah tentu tidak kerana saya pernah laluinya.

Jemput baca di sini:

hakimdarno - kanvas muharikah 2

Petikan Buku Kanvas Muharikah

Jadi, saya kongsikan 10 kata-kata yang telah memberikan inspirasi ke dalam diri saya.

1. Kita taaruf (berkenalan) dengan seseorang bukan kerana agenda tersembunyi atau apa-apa, tetapi berkawanlah dengan ikhlas dan jadilah seorang kawan.

2. Memberi manfaat kepada orang lain itu membahagiakan usah dipinta balasan, cukuplah kepuasan di jiwa kerana dapat membantu kesusahan orang lain.

3. Umur kita adalah begitu berharga sekali. Jangan sia-siakan ia.

4. Menangis memang melegakan. Allah sudah takdirkan ia berlaku. Ada sesuatu yang Allah mahu kita belajar. Kita tidak tahu, bukan? Cuma kita kena tahu, hikmahnya bukan sekarang. Bukan sekadar kafarah, tetapi hikmah  yang lebih besar. Sekarang ini, awak cuma kena kuatkan hati.

5. Everything takes time. Be patient.

6. Kita tidak akan selalu dapat apa yang kita mahu, tetapi kita pasti mendapat apa yang kita perlu.

7. Kita akan diuji pada titik yang paling kita lemah. Malah, kita pasti akan diuji berkali-kali hinggalah kita mampu mengatasinya.

8. Kita belajar bukan untuk sekeping ijazah, bukan untuk dikenali dan bukan untuk mendapat wang yang lebih banyak mahupun pangkat yang lebih mulia. Namun, kita belajar hanya supaya kita boleh menunjukkan manusia akan jalan  yang benar untuk diikuti. Seterusnya, berbakti dan bermanfaat untuk orang lain.

9. Sungguh, kamu tidak memegang hati manusia. Hanya Allah yang memegang dan mampu mengubah hati tersebut.

10. Kenapa susah nak dapatkan kejayaan? Sebab Allah nak kita hargai kejayaan itu dan tidak memandang remeh usaha untuk mendapatkannya. Allah berikan pahala bukan pada kejayaan itu, tetapi pada usaha untuk mendapatkannya.

Apakah pula kata-kata yang memberikan inspirasi kepada anda?

Boleh kongsikan di sini.

Leave a Comment