Jom cari ilmu!
Saya bukan anti pada harta.
Saya bukan suruh anda supaya jangan cari harta langsung sehingga hidup anda melarat.
Nak makan pun perlu mintak sedekah.
Biarkan isteri dan anak-anak anda kelaparan, papa kedana dan sebagainya.
Bukan macam itu.
Tapi yang saya dan anda semua sedia maklum pada hari ini, semua orang terkejar-kejar mencari harta sehingga ada yang sanggup menipu.
Menipu kawan baik, menipu emak ayah, menipu isteri atau suami, menipu duit klaim, menipu orang nak pergi haji, menipu berniaga, menipu rakyat, menipu bos dan sebagainya.
Kita menjadi masyarakat yang mengutamakan harta daripada segalanya, malah mungkin lebih teruk lagi daripada orang bukan Islam.
Kalau orang bukan Islam yang berperangai macam itu, memanglah sebab dalam kamus hidup mereka, mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka.
Tapi bukan kita umat Islam.
Islam adalah agama yang mementingkan ilmu.
- Jemput baca: Jadilah Kamu Penuntut Ilmu
Maka sebab itulah ayat yang pertama turun kepada kita juga menonjolkan tentang keutamaan ilmu iaitu “iqra – bacalah”.
Cari ilmu dahulu, baru harta.
Saya bukan mahu bawa gelombang yang negatif tentang orang yang mencari harta.
Saya mahu clear cut di sini.
Terang dan jelas maksud saya ialah kalau kita berharta dan berilmu, itu memang terbaik.
Tapi realitinya dalam hidup ini kita terpaksa memilih salah satu daripadanya sama ada ilmu ataupun harta.
Maka, kita menilailah dengan akal yang waras dan bijaksana.
Hiduplah bersederhana.
Boleh mencari harta, tetapi jangan sampai kita melanggar perintah-Nya.
Semoga Allah berikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua.
Jom, kita renungkan dan muhasabah bersama.
Ilmu Lebih Mulia Daripada Harta
1. Ilmu adalah warisan para Nabi, sedangkan harta adalah warisan para raja dan orang-orang kaya.
2. Ilmu akan menjaga pemiliknya, sedangkan pemilik harta dialah yang akan menjaga hartanya.
3. Ilmu adalah penguasa atas harta, sedangkan harta tidak berkuasa atas ilmu.
4. Harta akan habis dengan dibelanjakan, sedangkan ilmu akan bertambah jika diajarkan.
5. Apabila meninggal dunia, pemilik harta akan berpisah dengan hartanya, sedangkan ilmu akan bersamanya sehingga masuk ke dalam kubur.
6. Harta dapat diperolehi oleh orang-orang mukmin mahupun kafir, orang baik mahupun orang jahat. Sedangkan ilmu yang bermanfaat hanya dapat diperolehi oleh orang-orang yang beriman sahaja.
7. Orang yang berilmu diperlukan oleh para raja dan selain mereka, sedangkan pemilik harta hanya diperlukan oleh orang-orang miskin.
- Jemput baca di sini: Tip Fokus Daripada Ulama Hadis
8. Jiwa akan mulia dan bersih dengan mengumpulkan ilmu dan berusaha memperolehinya – hal itu termasuk kesempurnaan dan kemuliaannya – sedangkan harta tidak membersihkannya, tidak menyempurnakannya bahkan tidak menambah sifat kemuliaan.
9. Harta sentiasa mengajak jiwa untuk melakukan sewenangnya dan sombong, sedangkan ilmu mengajaknya untuk rendah hati dan melaksanakan ibadah.
10. Ilmu membawa dan menarik jiwa kepada kebahagiaan yang Allah ciptakan untuknya, sedangkan harta adalah penghalang antara jiwa dengan kebahagiaan tersebut.
11. Kekayaan ilmu lebih mulia daripada kekayaan harta kerana kekayaan harta berada di luar hakikat manusia, seandainya harta itu musnah dalam satu malam saja, jadilah ia orang yang miskin, sedangkan kekayaan ilmu tidak perlu dirisaukan, bahkan ia akan terus bertambah selamanya, pada hakikatnya ia adalah kekayaan yang paling tinggi.
12. Mencintai ilmu dan mencarinya adalah pokok segala ketaatan, sedangkan cinta dunia dan harta dan mencarinya adalah pokok segala kejelekan.
13. Nilai orang kaya ada pada hartanya dan nilai orang yang berilmu ada pada ilmunya. Apabila hartanya lenyap, lenyaplah nilainya dan tidak tersisa tanpa nilai, sedangkan orang yang berilmu nilai dirinya tetap abadi, bahkan nilainya akan terus bertambah.
14. Tidaklah satu orang melakukan ketaatan kepada Allah azza wa jalla, melainkan dengan ilmu, sedangkan sebahagian besar manusia berbuat maksiat kepada Allah lantaran harta mereka.
15. Orang yang kaya harta selalu ditemani dengan ketakutan dan kesedihan, ia sedih sebelum mendapatkannya dan merasa takut setelah memperoleh harta, setiap kali hartanya bertambah banyak, bertambah kuat pula rasa takutnya. Sedangkan orang yang kaya ilmu selalu ditemani rasa aman, kebahagiaan dan kegembiraan.
Bangun, berilah peringatan!
Sumber: Yazid bin Abdul Qadir Jawas. Menuntut Ilmu Jalan Menuju Syurga. 2014. Pustaka at-Taqwa. Jawa Barat, Indonesia.