If You Learn Storytelling, You Can Sell Anything!
Insha-Allah kalau kita belajar bercerita, kita boleh menjual apa sahaja.
Sebenarnya setiap hari kita menulis.
Kita menulis status di Facebook tentang kata-kata yang kita jumpa di dalam buku yang kita baca.
Kita suka sangat dengan kata-kata itu, kita pun kongsi.
Ataupun kita menulis di whatsapp beritahu isteri kita yang hari ini kita balik lambat sebab tiba-tiba bos buat mesyuarat.
Jadi, kita pun susun ayat cantik-cantik sebab kita nak mintak tolong pada isteri supaya tambah masa jaga anak.
Ataupun kalau kita bekerja sendiri, kita kena buat konten dan iklan setiap hari tentang produk ataupun servis yang kita sediakan.
Dan kalau kita memang seorang penulis, sudah pastilah menulis merupakan makanan utama kita.
Soalnya, bagaimana mahu menarik perhatian orang supaya tulisan kita dibaca?
Salah satu caranya ialah dengan storytelling – bercerita.
Bercerita adalah salah satu kemahiran yang sangat penting pada zaman ini terutamanya untuk orang yang bekerja sendiri seperti saya.
Kenapa orang yang bekerja sendiri kena pandai bercerita?
Sebab menurut Tuan Hamid Addin penulis buku The Art Of Storytelling – Teknik Menjual Dengan Bercerita, secara umumnya storytelling ialah satu ayat yang ditulis bagi menarik perhatian orang untuk membacanya.
Storytelling ditulis dalam bentuk cerita.
Manusia suka akan cerita.
Ini realitinya.
Malah, manusia lebih mudah mengingat kisah dan cerita berbanding fakta.
Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa hinggalah ke orang tua turut menyukainya.
Sama ada storyselling mahupun storytelling, ia membawa satu objektif yang sama iaitu ingin menarik orang membaca kisah yang kita tuliskan.
Tidak kisahlah sama ada objektif akhir penceritaan kita itu untuk membeli produk kita, ambil servis daripada kita, like atau subscribe media sosial kita atau apa-apa sahaja, apa yang penting ialah kita mahu orang di luar sana membaca tulisan kita.
Penceritaan adalah satu cara daripada cara pemasaran. Penceritaan merupakan satu kemahiran perniagaan yang sangat bagus dalam perniagaan dan diwariskan kepada generasi akan datang. Sesuatu perniagaan itu nampak hebat apabila dipraktikan dengan penceritaan.
~Pamela Neely.
Tujuan penceritaan adalah bagi menaikkan semangat prospek untuk bertindak.
Sama ada panjang atau pendek, cerita kita mestilah berkisar kepada masalah prospek dan cara penyelesaiannya.
Kita harus letakkan diri kita dalam situasi prospek ketika menulis bagi menyelami perasaan prospek.
Dalam storytelling, apa yang ditekankan adalah berkongsi rasa, bukan untuk menjual.
Jemput baca:
The Art Of Monotonous
Ini adalah salah satu tajuk yang ada di dalam buku ini.
Ada sebuah kisah yang menarik perhatian saya bagi mendapatkan idea menulis.
Eugene merupakan seorang copywriter legenda yang telah menulis tujuah buah buku, beratus artikel, dan beratus iklan yang berjaya.
Menariknya beliau hanya bekerja 3 jam sahaja sehari.
Sewaktu beliau bekerja, di atas mejanya hanya ada pen, kertas dan kopi sahaja.
Beliau juga meletakkan tempoh 33 minit.
Apabial Eugene sudah menetapkan dalam tempoh 33 minit ini, beliau boleh minum kopi, pandang luar tingkap, atau tidak mahu buat apa-apa pun boleh.
Tetapi syaratnya, beliau tidak boleh bangun daripada kerusi itu dan tidak boleh buat benda lain.
Apa yang berlaku?
Ketika itulah minda beliau berada dalam mood monotonous.
Apabila monotonous berlaku, ilham dan idea mula datang melimpah ruah.
Habis sahaja 33 minit, beliau boleh bangun daripada kerusi, sama ada mahu pergi toilet atau makan, dan kemudian duduk semula di kerusi yang sama dalam tempoh 33 minit lagi.
Beliau akan ulangi perbuatan ini hingga cukup 3 jam.
Sebagai seorang copywriter, amat penting untuk minda kita berada dalam posisi monotonous agar kita boleh dapat pelbagai idea untuk copywriting storytelling.
Kalau nak tahu apa itu monotonous kena baca buku ini!
Menurut penulis lagi, membaca buku ini tidak akan menghasilkan apa-apa jika tidak disudahi dengan melakukan perkara sebenar.
Maksudnya kena banyakkan latihan menulis storytelling.
Jom baca latihan storytelling yang saya buat.
Ini template yang dah ada, saya ubah sikit-sikit sahaja.
!! INI LATIHAN SAHAJA !!
Kelas Mengaji
6 BULAN LEPAS MEREKA GELAKKAN SAYA BILA SAYA MERANGKAK-RANGKAK BACA AL-QURAN. TAPI BILA SAYA BACA SURAH AL-MULK DENGAN LANCAR, MEREKA TERUS TERGAMAM!
Bunyinya macam hikayat 1001 malam.
Tapi itulah realitinya selepas saya mengikuti Belajar Asas Talaqqi (BAT).
Saya yang asalnya hanya menjadi bahan jenaka orang lain terus berubah 360 darjah selepas join Belajar Asas Talaqqi (BAT).
Jangan kata mereka, saya pun terbeliak biji mata bila lihat progress saya selaju ini!
Antara kelebihan kelas yang saya join ialah:
- Masa kita yang tentukan.
- Diadakan secara dalam talian – boleh jimat kos dan masa untuk pergi kelas.
- Harga yang berpatutan.
“Alhamdulillah gurulah yang banyak membantu saya.” – Encik M.
“Seronok belajar dengan ustaz ini sebab dia selitkan sekali dengan pengajaran.” – Puan A.
“Ustaz memang best sebab kongsi tip ajar anak mengaji sekali.” – Puan N.
Di samping anda pandai mengaji, anda juga boleh mengajar isteri dan anak-anak pula selepas ini.
Saya hanya buka kelas kepada 10 orang sahaja sebab saya nak fokus sorang-sorang sampai pandai, sampai anda boleh ajar orang.
Jadi, jika anda tidak mahu tertinggal keretapi, DAFTAR SEKARANG!
—
Okey, kita jumpa lagi pada ulasan buku yang seterusnya.