fbpx

Gelombang Baru

Baca novel boleh faham al-Quran, biar betul?

Tidak percaya?

Kalau tidak percaya, bacalah novel siri Trilogi Gelombang Baru ini.

Ataupun bacalah novel karya-karya Ustaz Hilal Asyraf yang lain.

Saya bukan mahu ajak bacalah novel dan tinggalkan al-Quran.

Bukan, jangan salah faham.

Ini soal strategi.

Selain kita mengajar al-Quran secara terus kepada anak-anak kita dengan membaca kitab tafsir ataupun buku-buku tadabbur al-Quran, kita juga boleh berikan kepada anak-anak kita bahan bacaan yang mengangkat ayat al-Quran di dalam kehidupan.

Saya bagi contoh dalam siri yang pertama Gelombang Baru – Membina Arus.

Ada lebih kurang 3 ayat al-Quran yang boleh kita faham dan amalkan.

Ayat Pertama

hakimdarno - gelombang baru 1

Saya bagi satu contoh, dalam satu babak di mana Ustaz Husam baru sahaja sampai ke sekolah barunya untuk bertugas, dia optimis mahu menghidupkan semula pasukan bola tampar di sekolahnya.

Namun, dia teringat pada ayat yang ke-2 Surah al-Ankabut.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan berkata: Kami telah beriman, sedang mereka belum pun diuji?”

Tiada perkara yang akan berjalan tanpa ujian.

Mengangkat sukan sebagai ibadah bukanlah satu perkara mudah.

Mahu menjadikannya sebagai wasilah dakwah apatah lagi.

Hal tersebut memerlukan perjuangan dan pengorbanan.

Sebelum itu, ia perlu dimulakan dengan kefahaman.

Hendak membina manusia yang faham sahaja sudah sukar, apatah lagi mahu membentuk sekumpulan manusia yang mampu memikul tanggungjawab tersebut.

Namun, kesukaran inilah yang akan Allah ganjari.

Kita boleh kaitkan dengan kehidupan anak-anak kita.

Contohnya anak kita nak mencapai sesuatu kejayaan, nak hafal 30 juz al-Quran.

Nak dapat 9A di dalam peperiksaan.

Nak masuk syurga.

Sudah pasti akan ada halangan.

Jadi, kita kena persiapkan diri kita menghadapai pelbagai ujian dan dugaan yang bakal datang.

Kalau kita nak terangkan ayat ini dengan ayat atau bahasa kita, mungkin anak-anak tidak faham.

Tetapi dengan novel ini, insha-Allah anak-anak senang sahaja nak faham.

Jemput baca:

Ayat Kedua

Semasa mereka sibuk dalam pertandingan bola tampar di peringkat separuh akhir, Ustaz Hussam yang merupakan jurulatih menasihati anak-anak buahnya bahawa kena jaga ukhuwwah (hubungan) sesama pemain.

Jangan marah atau buruk sangka kepada kawan-kawan yang membuat kesilapan kerana boleh menjejaskan permainan mereka.

Dalam pada masa yang sama, kawan-kawan yang sering melakukan kesilapan pula, kena cepat muhasabah diri dan perbaiki kelemahan.

Secara tak langsung mereka telah mengamalkan ayat ke 12 Surah al-Hujuraat.

Firman Allah subhanahu wa ta’ala maksudnya:

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada bersangka-sangka kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa.”

Begitulah yang anak-anak kita perlu lakukan bila mereka berada di sekolah bersama-sama kawan-kawan.

Tidak kisah sama ada dalam aktiviti sukan ataupun pelajaran.

Ayat Ketiga

hakimdarno - gelombang baru 2

Arjuna ada berjanji dengan pemain seniornya bahawa dia mesti mendapatkan emas untuk MATRI dan membuktikan kepada masyarakat bahawa agama itu tidak melemahkan diri dan juga pasukannya.

Sedangkan pada masa itu, dia sudah berada di luar landasan bagi menunaikan janjinya. Dia mula berputus asa seolah-olah yang dia tidak akan berjaya.

Lalu Ustaz Abdul Nasir mengusap belakang tubuhnya dan memberikan kata-kata motivasi daripada al-Quran.

Pada ayat 222 Surah al-Baqarah maksudnya,

“Sesungguhnya Allah amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri.”

Walaupun dia telah banyak melakukan kesilapan, tetapi selagi nyawa dikandung badan dia masih ada peluang untuk memperbetulkan keadaan.

Ayat ini sungguh tepat dan sesuai pada anak-anak remaja kita.

Kita semua tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan, terutamanya di usia remaja kerana pada masa ini mereka diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Jadi, jangan mudah berputus asa dan takut melakukan kesilapan. Yang penting ialah kita sentiasa belajar daripada kesilapan.

Kadang-kadang kita rasa susah sangat nak bawa al-Quran dalam kehidupan seharian.

Rupanya mudah sahaja seperti yang ditunjukkan di dalam karya-karya penulis termasuklah siri ini.

Bagi saya, wajib untuk kita berikan pendedahan ini kepada anak-anak bagi menyuburkan budaya membaca dan juga mengamalkan al-Quran dalam kehidupan.

Saya menyeru kepada ibu bapa mahupun guru terutamanya, belilah novel-novel seperti ini dan hadiahkan kepada anak-anak kita.

Memberikan bahan bacaan yang baik dan berkualiti adalah tanggungjawab kita.

Lebih-lebih lagi, di zaman anak-anak kita tertarik dengan gajet.

Sokong karya Hilal Asyraf!

 

 

Leave a Comment