fbpx

Di Syurga Nanti Tidak Perlu Ibadah Lagi

Hari ini nak cerita pasal syurga.

Mudah-mudahan dengan cerita ini kita makin bersemangat nak tambah dan tingkatkan kualiti amalan kita untuk akhirat.

Firman Allah subhanahu wa ta’ala,

إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى جَنَّٰتٍ وَعُيُونٍ

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya.

ءَاخِذِينَ مَآ ءَاتَىٰهُمْ رَبُّهُمْ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ قَبْلَ ذَٰلِكَ مُحْسِنِينَ

(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.

[Surah adz-Dzaariyaat 51:15-16]

Maksudnya di dalam syurga nanti, kita tidak perlu kerja.

Tidak perlu bimbang kalau tidak ada kerja, tidak dapat gaji dan sebagainya.

Tidak perlu bergaduh solat jemaah di masjid bagaimana sebab tidak ada lagi ibadah di sana.

hakimdarno - di syurga nanti tidak perlu ibadah lagi 1

Jemput baca:

Kita hanya duduk goyang kaki bersama isteri dan anak-anak sambil menikmati apa yang kita sukai.

Allah gambarkan apa sahaja yang kita ingini, yang terlintas di fikiran dan yang kita minta semua akan dapat.

Masuk Syurga Dengan Syarat

Tetapi dengan syarat, kita kena jadi orang yang muhsinin.

Muhsinin merupakan kata jama’ daripada perkataan muhsin yang bermaksud melakukan kebaikan.

Kata Ustaz Abd Muein, muhsinin ini terbahagi kepada dua.

Pertama, buat baik kepada Allah iaitu sembahlah Allah seolah-olah kita nampak Allah, kalau tidak mampu, kita kena yakin bahawa Allah sedang melihat kita.

Kalau kita betul-betul nak merasa nikmat yang Allah tawarkan ini, kita kena berusaha bangun sebahagian besar malam untuk solat dan beribadat kepada Allah.

Kena kurangkan tidur (rujuk ayat 17 Surah adz-Dzaariyaat).

Subhanallah!

Kita ingat, solat lima waktu berjemaah di masjid dah cukup, rupanya kena tambah lagi dengan solat malam.

Bukan sedikit masa yang perlu dilakukan, tetapi sebahagian besar malam.

Kemudian di waktu sahur (waktu hujung dekat subuh) kita beristighfar, bertaubat kepada Allah walaupun telah melakukan solat malam (rujuk ayat 18 Surah adz-Dzaariyaat).

Ya Allah!

Inilah sifat orang yang beriman.

Sebabnya kita takut solat malam yang kita lakukan tidak diterima oleh Allah.

Bukan mudah nak masuk syurga kan?

Ya, itulah cabarannya.

Orang yang bangun malam pun masih bertaubat kepada Allah.

Inikan pula, kita ini yang tidak bangun malam, solat lambat, malah kadang-kadang tertinggal solat ataupun tidak solat langsung.

Lagilah berkali-kali ganda kena bertaubat kepada Allah.

Inilah maksud hubungan dengan Allah.

Kedua, ihsan kepada manusia.

Kata ustaz lagi, kalau kita solat malam sorang-sorang, pergi ke Mekah, pergi masjid, pergi kelas agama, tetapi kita tidak peduli pada orang, kita belum lagi menjadi orang yang muhsinin.

Allah kata, dalam harta kita, ada hak orang miskin.

Orang miskin pula ada dua, satu yang meminta dan satu yang tidak meminta.

Jadi, kena sediakan duit kita, harta kita dan segala yang kita ada untuk orang miskin.

Jadi, hubungan kita bukan setakat dengan Allah, tapi hubungan kita dengan manusia.

Maka sebab itulah, kalau kita solat sahaja, tapi tidak peduli pada orang miskin, kita belum bertakwa atau kita belum lagi jadi orang yang muhsinin.

Bahkan Allah kata, inilah orang-orang mendustakan agama.

Siapa?

Bukan orang yang tidak solat, bukan orang yang tidak melakukan ibadah haji, bukan orang yang tidak melakukan umrah tetapi pendusta agama ialah orang yang tidak pedulikan anak yatim.

hakimdarno - di syurga nanti tidak perlu ibadah lagi 2

Berapa ramai orang yang solat, pergi umrah tapi tidak ada satu anak yatim pun yang dibantu.

Dan pendusta agama juga ialah orang yang tidak berusaha dan tidak memikirkan untuk memberi makan pada orang miskin.

Allah kata, inilah pendusta agama.

Sebenarnya Allah nak beritahu bahawa dua sifat ini adalah sifat orang munafik.

Dia solat, dia puasa, dia berjihad, tapi bab membantu orang miskin, membantu anak yatim, dia paling paling susah dan paling kedekut.

Bila nak keluar duit, kedekut.

Ha, itulah sifat orang munafik.

Dia suka solat sebab tidak perlu keluarkan duit.

Dia suka pergi umrah sebab keluar duit untuk dirinya, tapi bila nak keluarkan duit dan beri pada orang miskin, kedekut sebab tidak ada pulangan untuknya di dunia.

Maka bagi orang munafik ini sangat berat.

Jadi jangan kita hanya beribadat sorang-sorang.

Tapi beribadatlah juga untuk membawa kebaikan pada orang.

Sebab itu Nabi sebut dalam satu hadis, daripada aku beriktikaf di dalam masjid selama sebulan, beribadat sorang-sorang, lebih aku suka, aku berjalan, mungkin sekejap sahaja, tapi niatnya, tujuannya untuk membantu saudaraku yang berhajat.

Itu adalah jauh lebih baik daripada aku solat dan beriktifaf, beribadat di Masjid Nabawi selama satu bulan.

Kenapa?

Sebab beribadat sorang-sorang kebaikannya tidak melimpah kepada orang, hanya untuk diri kita sahaja, ini bukan cara Islam.

Jom duduk syurga sama-sama.

Bangun, berilah peringatan!

Leave a Comment