Kebesaran Allah yang kita terlepas pandang.
Nampak tak kapal kargo itu?
Nampak!
Kalau kau bijaksana, berapa buah kontena ada atas kapal itu?
Seribu?
Salah!
Dua ribu?
Sikit sangat itu. Kau tengoklah … kapal itu besar kan? Tak kan dua ribu je? Cuba lagi.
10 ribu?
Lagi, lagi.
15 ribu?
Salah! Okey dah?
Dah lah … malas aku nak teka teka lagi, semua salah.
Ha, kalau kau nak tahu, ada lebih kurang 20 ribu buah kontena!
20 ribu? Kau biar betul?
Betulah. Kau ingat aku main main ke? Kau tengok dekat kapal itu ada tulisan apa?
CMA CGM.
Ya betul. Itulah antara kapal kontena terbesar di dunia. Kau cuba bayangkan, kapal sebesar alam itu tak tenggelam? Hebat tak, hebatkan? Subhanallah! Yang kita tahu, kita campak apa-apa ke dalam air, mesti tenggelam kan. Ala … tak payah yang berat-berat, campak sahaja duit 10 sen pun dah tenggelam tau.
Baik, sekarang aku nak kau dengar baik-baik ayat ini, firman Allah subhanahu wa ta’ala,
وَءَايَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِى ٱلْفُلْكِ ٱلْمَشْحُونِ
Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;
[Surah Yaa siin 36: 41]
Kalau kita tengok matahari, bulan dan bintang, kita nampaklah kebesaran Allah sebab manusia memang tak mampulah nak buat objek-objek tadi. Tapi ayat ini menyebut tentang bahtera atau kapal pun adalah salah satu kebesaran Allah.
Jemput baca di sini:
Di manakah kebesaran Allah pada kapal? Sebab manusia yang buat kapal itu.
Aah ya, tak pernah terfikir pulak aku?
Okey, kebesaran Allah terletak pada ilham manusia menghasilkan daya apungan yang ada pada kapal tersebut. Letaklah kapal sebesar dan setinggi mana pun, takkan tenggelam. Cuba kita lihat sejarah Nabi Nuh alaihissalam. Katakanlah dahulu Nabi Nuh alaihissalam tak buat kapal, habis kita. Tak boleh kita nak hantar barang-barang yang besar. Nak import kenderaan, perabot, besi dan barang barang besar yang lain. Takkan nak bawa guna kapal terbang? Dan kalau boleh bawa pun, berapa banyak yang kapal terbang boleh bawa? Inilah kebesaran Allah pada kapal.
2 Kebesaran Allah Pada Kapal
Pertama, Allah telah mengilhamkan kepada Nabi Nuh alaihissalam buat kapal untuk zuriat selepas itu (iaitu kita).
Untuk kita dapat manfaat, nak hantar barang-barang yang besar tadi.
Sebab yang kedua ialah Allah nak tunjukkan rahmat Allah kepada hamba-hambanya.
Okey aku bagi lagi bukti kebesaran Allah pada kapal.
Kalau kapal tadi nak belayar, perlu tak kita bina sesuatu untuk kapal tersebut?
Contoh, kalau kenderaan di darat, kita perlu bina lebuh raya, tol dan sebagainya.
Nak buat MRT pula, pertama, kena buat jalan dia.
Kedua, berapa kos nak buat jalan dia?
Berbilion-bilion.
Ketiga, berapa orang sahaja yang boleh masuk ke dalam MRT itu kalau nak dibandingkan dengan kapal yang besar tadi.
Tapi bila kita guna kapal, kita tak perlu semua itu.
Letak sahaja di air, kapal terus boleh jalan.
Bayangkan, kapal yang luasnya 4 kali ganda padang bola sepak!
Sudahlah kapal itu besar, berat lagi, lepas itu boleh bawa lagi barang berpuluh puluh ribu kontena, tapi tak tenggelam.
Subhanallah!
Hebat kan?
Sebab itulah Allah kata pada awal ayat tadi (وَءَايَةٌ لَّهُمْ).
Bukankah itu tanda kebesaran Allah?
Ya kebesaran Allah, tapi hanya mereka yang bergelar Ulul Albab.
Berapa ramai orang yang pergi memancing tetapi tidak solat?
Berapa ramai yang naik kapal untuk melancong tapi tidak solat?
Padahal tanda kebesaran Allah ada di hadapan mata mereka.
Inilah yang berlaku bila akal tidak lagi berfungsi.
Kata Hamka di dalam Tafsir al-Azhar:
Jika Allah menghendaki, boleh saja bahtera yang sedang berlayar itu karam tenggelam. Lihatlah alangkah kecilnya kapal-kapal itu sedang dia berlayar di lautan dan alangkah luasnya laut tempat dia berlayar itu, dan alangkah sangat kecilnya manusia yang sedang dibawa berlayar di dalam kapal itu.
Kadang-kadang alun gelombang besar itu jauh lebih besar dari kapal yang sedang berlayar di atasnya.
Kadang-kadang angin yang sedang berembus itu sangat pula keras dan dahsyatnya, sehingga kapal hanya laksana sebuah sabut kelapa saja terapung-apung, terkatung-katung di dalamnya.
Siapa yang dapat bertahan kalau dia tenggelam?
Dan berpuluh kali kapal yang sedang berlayar itu tenggelam, sebagaimana kejadian pada kapal Titanic yang sedang berlayar di Lautan Atlantik kerana terlanggar gunung ais.
Tenggelam saja dalam masa lebih kurang hanya 10 minit saja.
Dan pernah juga kejadian di Indonesia sendiri kapal Van Der Wijck yang tenggelam di Laut Jawa, dekat pantai Lamongan Jawa Timur pada tahun 1936.
Sampai sekarang tidak ada orang yang tahu apa sebabnya kapal itu tenggelam.
Bangun, berilah peringatan!