fbpx

 Apa Itu Ilmu?

hakimdarno - apa itu ilmu 1

Menurut Syeikh Muhammad Bin Salih al-Uthaimin di dalam bukunya Panduan Lengkap Menuntut Ilmu, al-ilmu dari segi bahasa ialah lawan daripada perkataan al-jahlkebodohan, iaitu mengetahui sesuatu sesuai dengan keadaan yang sebenarnya dengan pengetahuan yang pasti.

Dari segi istilah pula menurut sebahagian ulama, ilmu adalah ma’rifahpengetahuan sebagai lawan dari al-jahlkebodohan.

Menurut ulama yang lain, ilmu itu lebih jelas dari apa yang diketahui.

Read more

Jangan Cepat Merajuk!

hakimdarno - jangan cepat merajuk 1

Seorang pelajar ngaji merajuk dengan ustaznya.

“Eh, awak tak dengar ke saya kata ulang? Kalau saya suruh ulang, ulanglah!”

“…. ustaz ni garanglah! Tak naklah belajar dengan ustaz lagi.”

“Tak nak sudah, ramai lagi yang nak belajar dengan saya.”

“Hish, menyampah betul dengan ustaz ni!”

Read more

9 Wasiat Para Ulama Dalam Menuntut Ilmu

hakimdarno - 9 wasiat para ulama dalam menuntut ilmu 1

Cara untuk mendapat hidayah dan mensyukuri nikmat Allah adalah dengan menuntut ilmu.

Nak tuntut ilmu apa?

Sudah pasti semua ilmu adalah bermanfaat.

Namun, dalam banyak-banyak ilmu sudah pasti ilmu agama adalah keutamaan.

Dengan menuntut ilmu agama, insha-Allah kita akan dapat membezakan antara yang hak dan yang batil, tauhid dan syirik, sunnah dan bid’ah, ma’ruf dan mungkar, kebaikan dan keburukan.

Sebab itu sebagai seorang muslim, kita kena berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami agama ini dari masa ke semasa.

Read more

Kenapa Saya Perlu Belajar?

hakimdarno - kenapa saya perlu belajar 1

Saya perlu belajar kerana banyak perkara yang saya tidak tahu.

Saya tidak tahu mendidik anak dengan betul, tidak tahu cara berkomunikasi pada isteri dengan betul, tidak tahu menjaga hati emak, tidak tahu dengan lengkap ibadah-ibadah yang Allah perintahkan pada saya, tidak tahu kenapa kulit tangan dan kaki saya tiba-tiba menggelupas, tidak tahu apa nasib saya pada tahun hadapan, tidak tahu kenapa lebah di rumah saya itu suka pada lampu – jadi bila saya buka lampu sahaja pada waktu pagi, lebah akan datang dan mengganggu saya, tapi waktu malam tidak ada pula, tidak tahu apa yang saya tidak tahu dan banyak sangat perkara yang saya tidak tahu di dalam kehidupan ini.

Read more