fbpx

Ustaz Amir Kena Lempang Dengan Zaki

hakimdarno - ustaz amir kena lempang dengan zaki

Ustaz Amir adalah seorang pendakwah yang dihormati di kampungnya.

Ilmunya luas dan kata-katanya penuh dengan hikmah.

Setiap hari Isnin waktu Maghrib, pasti Masjid Tebuk Murfad penuh dengan jemaah yang hadir untuk mendengar kuliahnya.

Namun beliau lebih selesa menyampaikan dakwahnya secara tradisional (di meja-meja kuliah).

Jadi teknologi digital bukanlah sesuatu yang menarik perhatiannya.

Beliau langsung tak kisah.

Suatu malam selepas kuliah, ada seorang pemuda bernama Zaki yang rajin hadir ke majlis ilmunya menegur beliau di anjung masjid.

Wajah Zaki kelihatan penuh dengan keinginan untuk bertanya sesuatu.

“Ustaz, saya nak tanya sikit boleh?”

Read more

Kenapa Tidak Rasa Gementar Ketika Baca al-Quran?

hakimdarno - kenapa tidak rasa gementar bila baca al-quran

Dua sifat yang perlu kita ada untuk melahirkan rasa gementar bila baca al-Quran.

Allah telah menurunkan kepada kita (أَحْسَنَ ٱلْحَدِيثِ) – sebaik-baik perkataan iaitu al-Quran.

Allah kata, (تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ).

Boleh semak Surah az-Zumar 39: 23.

Apakah maksud (جُلُودُ)?

Kulit.

(تَقْشَعِرُّ)?

Gementar ataupun menggigil.

Sebab apa menggigil?

Read more

Dua Bentuk Rezeki

hakimdarno - dua bentuk rezeki

Kata Ustaz Abd Muein, rezeki ini ada dua jenis.

Yang pertama, rezeki berbentuk duniawi, iaitu lebih kepada dunia.

Rezeki duniawi ini, semua makhluk dapat – orang kafir dapat, binatang pun dapat.

Yang kedua, rezeki dalam bentuk ukhrawi.

Rezeki ini khas untuk orang yang beriman sahaja.

Apa itu rezeki ukhrawi?

Read more

Pengajaran Surah an-Nahl (Kemaskini 11/10/2023)

hakimdanro-pengajaran-surah-an-nahl

Kata Ustaz Abd Muein, Surah an-Nahl adalah surah makkiyyah iaitu surah yang diturunkan sebelum Nabi berhijrah ke Madinah al-Munawwarah.

Ada sesetengah pendapat pula mengatakan, semua ayat di dalam surah ini adalah makkiyyah kecuali tiga ayat yang terakhir adalah madaniyyah.

Tapi pendapat ini tidak ada dalil, jadi pendapat yang paling kuat keseluruhan surah ini adalah surah makkiyyah.

Read more

Kenapa Kamu Tak Ambil Pengajaran?

hakimdarno - kenapa kamu tak ambil pengajaran 1

Apakah pengajaran ayat 4 Surah as-Sajdah?

Firman Allah subhanahu wa ta’ala,

ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ ٱسْتَوَىٰ عَلَى ٱلْعَرْشِ ۖ مَا لَكُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَلِىٍّ وَلَا شَفِيعٍ ۚ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ

Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?

[Surah as-Sajdah 32: 4]

Read more

Al-Quran Diturunkan Untuk Beri Peringatan

hakimdarno - alQuran diturunkan untuk beri peringatan 1

Al-Quran diturunkan sebagai pelita dalam kegelapan, menjadi peringatan bagi kita semua.

Dalam setiap kata dan ayatnya terkandung hikmah yang tidak terhingga, seakan-akan merangkul dunia dan akhirat dalam satu jalinan makna.

Setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai cubaan dan rintangan, tapi janganlah lupa bahawa petunjuk telah diturunkan dalam bentuk al-Quran.

Marilah kita selalu membuka hati dan fikiran untuk menerima peringatan-peringatan tersebut, mempelajarinya dan mengambil hikmah yang tersirat.

Read more

Kita Masih Ragu Lagi Dengan Al-Quran

hakimdarno - kita masih ragu lagi dengan al-Quran 1

Mengakulah yang kita ini masih lagi ragu dengan al-Quran.

Kenapa saya cakap macam itu?

Sebab kalau yakin, apa bukti yang kita yakin dengan al-Quran?

Berapa banyak ayat al-Quran yang kita faham?

Berapa banyak ayat al-Quran yang kita dah amalkan?

Kadang-kadang mulut kita kata yakin.

Tapi betul ke kita yakin?

Read more

Mengapa Kita Perlu Tadabbur Surah as-Sajdah?

hakimdarno - mengapa kita perlu tadabbur surah as-sajdah 1

Surah as-Sajdah adalah surah makkiyyah, mengandungi 30 ayat, 380 kalimah dan 1518 huruf.

Dalam al-Quran, Surah as-Sajdah ini duduk berjiran dengan Surah Luqman (sebelum) dan juga Surah al-Ahzaab (selepas).

Dari segi penurunan pula, Surah as-Sajdah adalah surah yang ke-75 turun kepada Nabi Muhammad salla Allah alaih wa sallam.

Turun selepas Surah al-Mu’minuun.

Kalau buka mushaf al-Quran, kita akan jumpa surah ini pada muka surat yang ke-415.

Read more

Tadabbur Ayat 17 Surah al-An’aam – Kenapa Allah Sebut Bahaya Dahulu Baru Kebaikan?

hakimdarno - ayat 17 surah al-anaam 1

Hari itu tak sengaja saya terjumpa dengan ayat 17 Surah al-An’aam.

Lepas sahaja Solat Subuh, jemaah masjid di tempat saya akan baca al-Quran sama-sama.

Kemudian, imam akan membaca terjemahan.

Di sinilah detik-detik saya terjumpa dengan ayat yang memberikan saya motivasi.

Kalau perasan, dalam hidup ini kita sentiasa mengharapkan Allah memberikan petunjuk kepada kita, “Kim, kau bacalah ayat ini. Ini akan bantu selesaikan masalah kau”.

Read more

54 Peringatan Pedas Daripada Surah al-Ma’aarij

Kata Ustaz Syaari Ab Rahman di dalam bukunya Kompas 114, Surah al-Ma’aarij adalah surah yang memberikan peringatan keras kepada musyrikin yang memperlekeh dan mengejek-ejek hari kiamat dan akhirat serta mencabar Rasulullah salla Allah ‘alaih wa sallam agar mendatangkan segera azab itu.

Maka saya petik peringatan pedas yang disebut di dalam surah ini berdasarkan tadabbur Ustaz Abd Muein di dalam bukunya Tadabbur Surah al-Ma’aarij – Tempat-tempat Naik.

Mudah-mudahan dapat beri peringatan kepada kita semua.

Read more

Orang Yang Mengumpat Umpama Lebah Membuang Sengat

hakimdarno - orang mengumpat umpama lebah membuang sengat 1

Ustaz mengumpat?

Biar betul?

Betul, jom kita tonton drama ini.

Di sebuah kampung yang indah, terdapat dua orang ustaz terkenal iaitu Ustaz Ahmad dan juga Ustaz Amir.

Kedua-duanya memiliki kredibiliti sebagai agamawan yang bijaksana dan dihormati oleh masyarakat setempat.

Pada suatu hari, dalam sebuah majlis ilmu yang dihadiri oleh para jemaah, Ustaz Ahmad dan Ustaz Amir menjelaskan tentang tafsir ayat al-Quran yang berbeza.

Ustaz Ahmad berpegang pada tafsir daripada salah seorang ulama terkenal, sementara Ustaz Amir memiliki pandangan yang berbeza dan merujuk kepada tafsir daripada seorang tokoh agama yang berbeza.

Mereka mula berdebat dengan panas di hadapan para jemaah.

Read more

Berita Besar!

hakimdarno - berita besar 1

Apakah yang dimaksudkan dengan Berita Besar?

Bila Nabi Muhammad salla Allah ‘alaih wa sallam menyampaikan isi kandungan al-Quran, mesej itu benar-benar tempat kena pada jantung hati orang-orang kafir.

Mesej yang disampaikan oleh Nabi itu sangat-sangat bercanggah dan melawan arus dengan pegangan mereka selama ini.

Maka, mereka pun berbincang di dalam dewan ataupun kelab mereka.

Read more

Nak Tadabbur al-Quran? Ini 8 Langkah Mudah Untuk Orang Awam

Pada pandangan saya, ini antara langkah tadabbur yang sangat mudah diikuti oleh orang awam.

Mari kita sama-sama tiru tagline Air Asia – Now everyone can fly.

Saya nak tukar kepada – Now everyone can tadabbur.

Saya tahu tagline ini agak ketinggalan (sejak tahun 2008 lagi Tony Fernandes perkenalkan), tapi saya rasa ia masih lagi relevan dengan konteks kita yang baru nak mula tadabbur al-Quran.

Ramai di antara kita yang telah menangguh-nangguhkan usaha tadabbur al-Quran disebabkan pelbagai faktor.

Dan antara faktor yang paling utama ialah tidak pandai bahasa Arab dan juga ‘saya bukan ustaz’.

Read more

5 Sifat Malaikat Yang Disebut Dalam Surah An-Naazi’aat

Awal Surah an-Naazi’aat menceritakan tentang sifat-sifat malaikat.

Sifat malaikat yang pertama dan kedua saya dah tulis dalam artikel lain.

Anda semua boleh rujuk di sini:

Jadi artikel kali ini, saya nak kongsikan tiga lagi sifat malaikat yang disebut dalam Surah an-Naazi’aat.

Read more

Kisah Malaikat Pencabut Nyawa Yang Sangat Kasar!

Kisah Malaikat Pencabut Nyawa ada di sebut pada awal Surah an-Naazi’aat.

Kalau kita perhatikan baik-baik, kematian adalah makhluk Allah yang diciptakan berlaku hanya sekali sahaja kepada kita semua yang bergelar manusia.

Setelah kita dihidupkan semula, kemudian berdiri di hadapan Tuhan untuk menunggu hukuman, pengadilan ataupun menunggu siasatan, pada waktu inilah kita akan melihat hidup kita di dunia ini rupa-rupanya hanya dua tiga jam sahaja.

Jadi perumpamaannya begini, alangkah malangnya bila kita masuk ke Dewan Peperiksaan, diuji selama dua tiga jam, tiba-tiba kita membuat jawapan yang salah?

Maka meranalah kita dalam tempoh yang kekal abadi.

hakimdarno - malaikat pencabut nyawa 2

Read more