fbpx

JANGAN BUAT MAIN DENGAN NAHI MUNGKAR

hakimdarno - jangan buat main dengan nahi mungkar

Apa maksud jangan buat main dengan nahi mungkar?

Maksudnya kita kena ambil serius dan jangan pandang remeh.

Dalam kisah Nabi Musa alaihissalam bertemu dengan Allah, kaumnya telah menyembah anak lembu.

Kemudian bila Nabi Musa pulang dan tegur kaumnya, barulah kaumnya tersedar bahawa mereka telah melakukan dosa syirik.

Jadi Allah menawarkan kepada mereka, kalau nak bertaubat, kena bunuh sesama mereka.

Dan kita kena tahu bahawa, yang menyembah anak lembu ini bukannya semua orang, tapi sebahagian sahaja.

Read more

Kelas Tafsir Ibn Katsir – Siri 2

hakimdarno - kenali guru-guru Ibnu Katsir

Kelas kedua dimulakan dengan senarai guru-guru Ibn Katsir.

Ibnu Katsir telah menghabiskan hidupnya dengan menuntut dan mempelajari ilmu daripada ramai ulama.

9 Orang Guru Ibnu Katsir Yang Memberi Sumbangan Besar Kepadanya

Namun, di sini hanya akan dinyatakan beberapa guru Ibnu Katsir yang memberi pengaruh besar dalam perkembangan ilmu Ibnu Katsir, antaranya ialah:

Read more

Kelas Tafsir Ibn Katsir – Siri 1

hakimdarno - peringkat munculnya ilmu tafsir

Alhamdulillah pagi ini bermulanya saya dan sembilan orang sahabat yang lain, memulakan perjalanan membaca, memahami dan mendalami Kitab Lubab al-Tafsir Min Ibn Katsir edisi Telaga Biru yang dibimbing oleh Ustaz Hazizi Abd Rahman.

Bagaimana saya boleh menyertai kelas ini?

Saya kenal Ustaz Hazizi daripada Facebook.

Terbaca hantaran-hantaran ustaz tentang isu semasa yang membuka fikiran saya.

Read more