fbpx

Cabaran Baru Sahaja Bermula

Cabaran selepas mesyuarat.

Saya beritahu dalam group whatsapp budak-budak, “Assalamualaikum semua. Insha-Allah petang ni ustaz turun. Jom main badminton. Dah lama tak smash Mirul (salah seorang pelajar yang agak aktif).”

Kemudian seorang dua yang jawab:

“Waalaikumussalam. Kalau macam tu, saya dengan Mirulah ustaz (niat bergurau).”

“Saya tak ada raket ustaz, tali dah putus.”

Tapi saya tak balas balik pun respon mereka berdua sebab masa itu saya dah pergi ke gelanggang badminton, tak tengok telefon bimbit lagi.

Bila sampai sahaja di gelanggang, gelanggang kosong.

Kecewa sungguh saya.

“Mana budak-budak ni?” Bisik hati saya.

Saya pun pergi ke rumah salah seorang budak-budak ni.

Dalam perjalanan ke rumah budak nilah saya bertembung dengan seorang abang yang saya hormati.

hakimdarno - cabaran baru sahaja bermula 2

Bila nampak gelagat saya tercari-cari, dia pun tanya pada saya, “Kau cari siapa kim?”

“Oh, tengah cari budak-budak main badminton.”

“Tadi abang nampak dieorang keluar daripada sana, tapi lepas tu hilang.”

Saya pun dah lama tak sembang dengan abang ni.

Jadi saya pun berhentikan motor dan sembang dengan beliau (dengan niat sekejap).

“Macam mana bang setakat ni, okey ke?”

(Merujuk kepada Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Masjid yang baru-baru ini diadakan).

“Macam tak okeylah kim.”

“Kenapa bang? Apa yang tak okey?”

“Kau tengok Si Januari ini dah lama tak datang masjid, kau perasan tak?”

“Perasan, tapi kenapa bang?”

“Sebab Si April tulah. Orang pandai, tapi nampak tak bijaknya dia.”

Dengar ayat itu saya mula tak puas hati.

Bukan sebab saya pro dengan Si April, tapi sebab kita kena akui yang setiap orang ada kekuatan dan kelemahan.

Jadi ayat yang macam tu bagi saya tak sesuai.

Saya pulangkan soalan pada abang itu, “Bukan ke Si Januari tu dah setuju dalam mesyuarat?”

“Memang dia setuju, tapi sebenaranya dia tak nak. Rugi rasanya bila orang yang asalnya rajin, tak pernah missed pergi masjid, bila ada masalah macam ni, terus tak pergi masjid.”

“Tapi bang, kalau dia tak nak, dia kena cakap dalam mesyuarat tu. Bukan cakap kat belakang-belakang macam ni. Satu. Yang keduanya, kalau dia tak datang masjid pun, jangan salahkan Si April pulak.”

“Eh kenapa pulak tak boleh salahkan dia? Sebab Si April ini yang seolah-olah memaksa Si Januari hari tu.”

Abang itu mula mempertahankan hujahnya.

“Apa yang paksanya bang, kan dia yang setuju?”

“Iye, mula-mula kan dia kata tak nak. Tapi lepas tu Si April ni suruh dia bangun bagi alasan kenapa tak terima pegang jawatan ni.”

“Ye bang, yang tu pun saya tak setuju cara dia. Macam memaksa.”

“Dia nak ikut cara dia masa dia ada pangkat dahulu, mana boleh! Dia ini tak pandai lagi nak bergaul dengan orang kampung.”

hakimdarno - cabaran baru sahaja bermula 3

Ketidakpuashatian saya semakin bertambah.

“Bang, saya tak faham betulah. Masa Si Julai pegang jawatan, bukan ke abang dan kawan-kawan yang beriya nak dia berhenti? Sekarang ni bila tukar Si April, tiba-tiba abang tak puas hati dengan dia pulak.”

“Eh, aku bukan tak puas hati kim. Kiteorang okey je. Cuma kata-kata lepas mesyuarat ini memang biasa, lepas tu lama-lama hilang.”

“Biasa tak semestinya betul bang. Dalam banyak-banyak perkara, ini antara yang saya nak buang dan hilangkan dalam budaya kerja kita. Jangan banyakkan cakap di luar mesyuarat, tapi banyakkan cakap di dalam mesyuarat. Kan Allah kata dalam Surah al-Humazah tu bang, Allah cela orang yang mengumpat. Macam ni bang, Si Julai ada kelebihan dan kekurangan. Si April pun ada kelebihan dan kekurangan. Jadi, cara yang terbaik ialah Si Januari kena beritahu masalah ini pada Si April”.

“Kim, kau kena ingat bukan semua orang macam kau. Boleh jumpa dan cakap depan-depan.”

“Kalau macam tu, pm whatsapp jelah bang.” Balas saya.

“Ye kim, aku dah suruh dia buat macam tu, tapi dia tak tahu nak tulis jugak.”

“Ah sudah. Ini macam melaratlah pulak. Bang, saya bukan apa, kalau kita bercakap-cakap (kat belakang) macam ni, kita sama seperti ahli-ahli politik yang ada kat luar sana (sesetengah pihak bukan semua). Sebab baru sahaja dilantik, ada yang tak puas hati. Lepas itu kalau tak boleh ikut cara orang tu, nak letak jawatan. Janganlah sampai macam tu bang. Jangan jadi macam yang berlaku kat Pulau Pinang.”

“Apa yang berlaku kat Pulau Pinang?”

“Penduduk protes keputusan majlis agama Islam. Siap buat perhimpunan tu.”

“Fuh, dahsyatnya?”

“Yelah bang. Jadi tak naklah macam tu. Sekarang kita semua letak ego kat tepi. Kita buat semata-mata kerana Allah. Bila kerana Allah, kita fokus pada jalan penyelesaian. Sekarang ni kalau ada masalah, kita tegur je. Jangan cakap belakang-belakang macam ni.”

Diam tak diam, hampir sejam saya sembang dengan abang ini di tepi jalan.

“Okeylah bang, dah nak maghrib ini. Jom kita balik.”

“Okey-okey jom.”

Begitulah pengalaman saya setelah melalui mesyuarat yang pertama.

Semangat saya mula goyah sedikit, saya tak suka kalau kita bekerja dalam keadaan macam ni.

Sepatutnya kita berterus terang di antara satu sama lain.

Jangan simpan ataupun pendam.

Inilah kunci kebahagiaan kita semua.

Bangun, berilah peringatan!

Leave a Comment