fbpx

Binatang-Binatang Di Sekeliling Kita

Hari itu baru saya berangan-angan nak tulis buku kanak-kanak tentang binatang-binatang yang ada di sekeliling saya.

Biasanya lepas hantar Sofiyyah dan Umar ke Tadika Nuri Hafuza pukul 8 pagi, saya akan pusing-pusing kampung membawa Raniya makan angin menunggang motosikal.

Orang jawa kata momong.

Momong ini maksudnya jaga anak.

Jadi sambil-sambil momong itu saya nampaklah kelibat binatang-binatang yang ada di kampung.

Contohnya saya nampak burung, burung saja dah ada beberapa jenis.

Antaranya burung wak-wak, bangau, burung raja udang, layang-layang, helang, burung hantu, gagak, kelawar, belatuk dan ada seekor dua ekor lagi yang saya tidak tahu namanya.

Bila dikira-kira banyak juga rupanya.

Belum lagi binatang seperti tupai, monyet, babi, semut api, semut hitam, kerengga, ulat, ular, biawak, itik, lembu, kambing, kerbau, ulat gonggok, nyamuk, lalat, tebuan, lebah, pepatung, kupu-kupu, rama-rama, kura-kura, anjing, kucing, cicak, kadal, lipas, katak, cengkerik, ikan kutuk dan banyak lagi rasanya.

Lepas itu beberapa hari lepas saya nampak iklan lalu di dinding Facebook saya tentang buku Binatang Di Sekeliling Kita “Hebatnya ciptaan Allah” tulisan Abang Jimi terbitan Qurlad Publication.

hakimdarno - binatang di sekeliling kita 1
Klik: Ajarkan anak kita berfikir semenjak mereka kecil lagi.

Saya pun apa lagi, terus submit order.

Saya teruja kerana idea itu baru saya terfikir, tapi ada orang yang dah tulis dan terbit lagi.

Bukan apa, buku binatang yang saya ada sekarang ditulis dan diterjemah daripada buku luar negara.

Jadi, tidak seronok kalau saya cerita binatang-binatang yang ada di dalam buku itu pada anak-anak, tapi mereka tidak dapat lihat dengan mata mereka sendiri.

Seolah-olah hanya belajar teori sahaja.

Itu sudut yang pertama.

Sudut yang kedua pula ialah susah saya nak terangkan pada anak-anak tentang binatang-binatang yang saya sendiri pun tidak pernah jumpa sepanjang hidup saya.

Ya betul, dari satu sudut, memang bagus kita belajar binatang-binatang yang tidak ada di dalam negara kita ataupun yang kita tidak pernah nampak.

Dari sudut yang lain pula, saya rasa pada usia anak-anak saya ini (bawah 7 tahun), lagi bagus kalau mereka didedahkan dengan binatang-binatang yang ada dalam buku dan mereka boleh jumpa terus binatang tersebut di depan mata mereka.

Jadi, semakin seronoklah proses pembelajaran mereka.

hakimdarno - binatang di sekeliling kita 2
Klik: Latih anak-anak kita berfikir tentang haiwan-haiwan yang mereka jumpa.

Mereka akan kata, “Eh, ini tupai yang selalu buat bising kat rumah kita pagi-pagi ini”.

“Eh, ini lebah yang selalu bermain-main di lampu rumah kita dan lebah ini juga yang selalu sengat Sofiyyah dan Umar”.

Jemput baca: Wahai Anak Kesayanganku

Kata penulis, buku ini memberikan pengalaman kepada anak-anak untuk melihat secara “real” binatang-binatang yang ada di sekeliling kita, yang mungkin sudah jarang kita jumpa sebab duduk di kawasan bandar.

Pengalaman ini akan membuatkan anak kita lebih dekat dan teruja untuk tahu lebih dalam tentang kehebatan ciptaan Allah subhanahu wa ta’ala.

Fikir Tentang Binatang Ciptaan Tuhan

Firman Allah subhanahu wa ta’ala,

أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ

(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

[Surah al-Ghaasyiyah 88: 17]

Dalam ayat ini Allah perintahkan kepada kita untuk berfikir tentang unta yang Allah ciptakan.

Adakah unta sahaja yang Allah cipta?

Tidak, bahkan banyak lagi binatang yang ada di muka bumi ini.

Jadi, bila kita luaskan pemahaman ayat ini, kita juga perlu berfikir tentang binatang-binatang yang ada di sekeliling kita.

Tanpa sedar, kita dah melatih anak kita berfikir semenjak mereka kecil lagi.

Kita nak biasakan mereka dengan budaya melihat fakta dan bandingkan dengan dunia realiti yang mereka lalui.

Dan yang paling penting, buku ini ringkas dan padat.

Ini satu kelebihan kepada ibu bapa yang ingin menceritakan buku ini sebelum tidur.

Antara pengalaman pahit saya membaca buku dengan anak-anak ialah saya yang tidur dulu berbanding anak-anak.

Ini menyebabkan anak-anak serik nak membaca buku dengan saya.

“Tak nak baca buku dengan papa, nanti papa tidur!”

Jadi, buku ini sangat sesuai sebab setiap binatang itu ada beberapa keping gambar dan sedikit fakta tentang binatang tersebut.

Saya ucapkan tahniah kepada Abang Jimi kerana berjaya menghasilkan buku ini dan saya mendoakan semoga beliau terus berjaya di dalam bidang zoologi dan seterusnya memberikan manfaat kepada kita semua rakyat Malaysia.

hakimdarno - binatang di sekeliling kita 3
Klik: Jom budayakan membaca dan berfikir dalam diri anak-anak kita.
E-BOOK PANDUAN PERCUMA
Ikuti 7 Resipi Bahagia mengikut petunjuk al-Quran. 100 peratus percuma. Hanya isi nama dan e-mel yang aktif untuk muat turun sebelum tawaran ditutup.


Leave a Comment