fbpx

Bagaimana Nak Ikut Wahyu Yang Datang Daripada Tuhan?

Ayat 204 Surah al-A’raaf ada jawapannya.

Firman Allah subhanahu wa ta’ala,

وَإِذَا قُرِئَ ٱلْقُرْءَانُ فَٱسْتَمِعُوا۟ لَهُۥ وَأَنصِتُوا۟ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

[Surah al-A’raaf 7: 204]

Berdasarkan ayat ini, cara nak ikut wahyu, nak dapatkan petunjuk dan nak dapatkan rahmat Allah ialah apabila dibacakan al-Quran hendaklah kita dengar dan diam.

Kata Hamka di dalam Tafsir al-Azhar:

Al-Quran adalah wahyu Ilahi.

Ia telah disampaikan kepada umat manusia dengan perantaraan utusan Allah, Muhammad salla Allah ‘alaih wa sallam.

Kalam Allah itu telah sampai kepada kita.

Sedangkan ketika orang yang berjawatan tinggi lagi menyampaikan ucapannya, atau perintah harian, sangatlah tidak sopan kalau para hadirin melengah juga kepada yang lain.

Apatah lagi wahyu Ilahi.

Dan, hormatilah al-Quran.

Menurut Imam Hasan al-Bishri dan Abu Muslim al-Ashfahani dan imam-imam ahli Zhahir, berdasarkan ini wajiblah kita mendengarkan dan berdiam diri kalau al-Quran terdengar sedang dibaca orang.

Perintah ini berlaku terus, iaitu perintah wajib, baik sedang di dalam solat ataupun di luar solat.

Asal saja al-Quran terdengar dibaca orang, dalam radio, TV atau disuarakan dalam mikrofon, wajib kita dengarkan berdasarkan perintah dalam ayat ini.

Jemput baca:

hakimdarno - bagaimana nak ikut wahyu yang datang daripada tuhan 1

Barulah kita akan mendapat rahmat Allah subhanahu wa ta’ala.

Menurut Syeikh as-Sa’di dalam tafsirnya,

“Sesiapa yang selalu mendengar dengan penuh perhatian dan diam ketika dibacakan al-Quran kepadanya, sesungguhnya dia akan mendapat kebaikan dan ilmu yang banyak.”

Subhanallah!

Menurut Ustaz Abd Muein, ayat ini lebih kurang sama dengan ayat 269 di dalam Surah al-Baqarah,

يُؤْتِى ٱلْحِكْمَةَ مَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُؤْتَ ٱلْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِىَ خَيْرًا كَثِيرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ

Allah memberi hikmah kepada siapa yang dia nak, dan siapa yang diberi hikmah oleh Allah, sebenarnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang mendapat pengajaran dan kebaikan melainkan ulul albab – orang yang berakal.

[Surah al-Baqarah 2: 269]

Inilah yang dinamakan sebagai hikmah – ilmu al-Quran.

Selain itu, kita juga akan mendapat iman yang berterusan dan sentiasa diperbaharui.

Kata ustaz ini selari dengan firman Allah subhanahu wa ta’ala,

وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمَٰنًا

Apabila dibacakan ayat-ayat Allah, imannya bertambah.

[Surah al-Anfaal 8: 2]

Ramai yang faham maksud ayat di atas, tetapi imannya tidak bertambah.

Kenapa?

Ha, inilah puncanya – sebab kita tidak melazimi dua perkara iaitu diam dan dengar.

Maka dengarlah al-Quran lama mana pun, sejam dua jam, malah sehingga satu malam, kita tidak akan mendapat rahmat Allah.

Kita tidak akan dapat kebaikan yang banyak atau ilmu yang melimpah.

Sebab apa?

Sebab cara kita tidak betul.

Kelebihan Mengikut Wahyu

Kata Syeikh Saadi lagi,

“Siapa yang mendengar al-Quran dan melazimi dua perkara tadi (diam dan dengar) kita akan mendapat petunjuk yang semakin bertambah.”

Kita juga akan dapat keterangan yang lagi jelas dalam agama.

Sebelum ini, mungkin kita keliru tentang agama, keadilan islam dan kebaikan islam.

Tetapi bila kita dengar sahaja al-Quran, kita fokus, diam, tengok terjemahaan dan tadabbur, maka kita akan dapat kefahaman yang lebih jelas terutamanya tentang keyakinan kita kepada Allah, hari akhirat dan kepada al-Quran.

hakimdarno - bagaimana nak ikut wahyu yang datang daripada tuhan 2

Dengan kata lain, kalau kita diperdengarkan al-Quran tetapi kita tidak ada dua perkara ini, satu diam dan yang kedua dengar, maka kata ulama, maka hasilnya kita diharamkan daripada mendapat rahmat Allah.

Setiap hari, ramai di antara kita yang mendengar al-Quran dan berdoa meminta rahmat kepada Allah, tetapi rupa-rupanya kita bukan sahaja tidak dapat, tetapi diharamkan daripada mendapat rahmat.

 Sebab apa?

Sebab kita tidak diam dan dengar ketika diperdengarkan al-Quran.

Jadi, fahami betul-betul ayat ini, kalau kita nak dapat rahmat Allah, mesti ada  dua perkara iaitu diam dan dengar.

Diam dengan penuh perhatian, dengar, fokus sehingga faham dan mampu mengamalkan, barulah dapat rahmat, maka kalau tidak ada dua cara ini, diam dan dengar, kata ulama kita tidak mungkin mendapat rahmat Allah.

Sebab caranya tidak betul.

Kita baca dan hafal dan khatam sahaja.

Maka rugilah kita kerana terlepas daripada hikmah ataupun kebaikan yang banyak.

Sebab tidak ada dua perkara tadi.

Oleh sebab itu, cara yang betul untuk kita mendapat rahmat Allah ketika dibacakan al-Quran, kena diam dan dengar.

Dengar dan diam seperti mana kita mendengar pengumuman raya.

Bangun, berilah peringatan!

Leave a Comment