Ustaz Abdul Muein menerangkan tentang perkataan asmaul husna.
Perkataan asma’ bermaksud nama-nama.
Kenapa nama-nama?
Sebab nama Allah itu banyak.
Perkataan asma’ disandarkan kepada Allah.
Maksudnya nama ini adalah milik Allah dan bukan setakat milik Allah sahaja, tetapi Allah sendiri yang memberikan nama kepada diri-Nya.
Sebab, tidak ada seorang pun manusia yang betul-betul kenal dengan Allah seratus peratus hatta Rasulullah sallah Allah ‘alaih wa sallam sekalipun.
Umpamanya, kalau kita tidak kenal pada seseorang, kita tidak boleh bagi nama atau gelarkan pada orang itu sesuka hati.
Jadi, kalau orang tidak boleh, inikan pula Allah yang Maha Hebat, Maha Besar dan Maha Berkuasa.
Lagilah tidak boleh.
Nama-nama Allah ini bukannya datang daripada Nabi, para sahabat apatah lagi para ulama.
Tetapi Allah sendiri yang memberikan nama kepada diri-Nya, dipanggil sebagai taufiqiah.
Merujuk kepada perkataan husna pula, maksudnya ialah yang terbaik.
Jadi, kalau kita gabungkan asmaul husna bermaksud nama-nama Allah yang terbaik.
Persoalannya kenapa Allah sandarkan nama-nama-Nya itu dengan sifat yang terbaik?
Sebab, memang semua nama Allah adalah terbaik.
Tidak ada satu pun nama Allah yang tidak baik atau kurang baik sebab Allah memang terbaik.
Allah memang Maha Sempurna.
Diri-Nya dan juga ciptaan-Nya sangat lengkap sesuai dengan nama Allah yang Maha Lengkap.
Berbeza dengan manusia.
Manusia kadang-kadang namanya cantik, tetapi orangnya tidak cantik.
Namanya soleh, tapi akhlaknya tidak soleh pun.
Jadi, sangat berbeza dengan Allah.
Jemput baca di sini:
Semua nama Allah sesuai dengan sifat dan zat Allah.
Kalau ar-Rahman memang Allah Maha Penyayang.
Ar-rahim memang Allah Maha Pemurah.
Kalau al-Ghafur, memang Allah Maha Pengampun.
Tidak ada siapa pun yang boleh pertikaikan.
Jadi, kalau mahu menghuraikan nama-nama Allah ini adalah satu perkara yang sangat besar dan tidak mampu dilakukan oleh sesiapa pun.
Kerana tidak ada seorang pun manusia yang betul betul kenal Allah dengan sempurna.
Ada satu kisah yang boleh kita ambil pelajaran iaitu kisah Sayidina Ali.
Orang Yahudi bertanya kepada sahabat Nabi,
“Cuba cerita kepada kami tentang Muhammad. Siapa Muhammad? Apa kebaikannya?”
Jadi semua sahabat menjawab,
“Kami tak mampu nak cerita tentang kelebihan dan kehebatan Nabi Muhammad salla Allahu alaih wa sallam.”
Tanya orang itu, tidak boleh jawab.
Tanya orang ini pun tidak boleh jawab.
Maksudnya tidak ada jawapan yang tetap ataupun yang tepat.
Sehinggalah Orang Yahudi bertanya kepada Sayidina Ali bin Abi Talib radhiyallahu anh.
Beliau tidak menjawab, malah bertanya kembali kepada Orang Yahudi,
“Wahai Orang Yahudi, boleh tak kamu cerita kepada kami sifat tentang dunia dengan langitnya, matahari, haiwan dan tumbuh-tumbuhannya?
Orang Yahudi menjawab,
“Oh susah itu. Susah nak cerita pasal dunia.”
Maka Sayidina Ali pun berkata kepada orang Yahudi,
“Allah sifatkan dunia di dalam al-Quran seperti ini (فَمَا مَتَٰعُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا فِى ٱلْءَاخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ) – kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. Satu perkara yang terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan akhirat.”
Bahkan Nabi kata, dunia ini umpama kita celup jari di lautan yang luas, kemudian kita angkat jari kita, air laut yang melekat di jari itulah dunia.
Manakala air laut yang terlalu luas itu umpama akhirat.
Lalu kata Sayidina Ali kepada Orang Yahudi tersebut,
“Dunia yang Allah kata terlalu kecil itu pun kau tidak boleh ceritakan, inikan pula Nabi Muhammad salla Allah alaih wa sallam yang Allah sifatkan di dalam al-Quran adalah orang yang hebat, lagilah aku tak boleh cerita.”
Jadi pengajarannya apa?
Kalau tentang diri Nabi Muhammad salla Allah alaih wasallam pun, para sahabat tidak boleh nak cerita lengkap dan tepat, inikan pula nak cerita pasal Tuhan, lagilah kita tidak mampu.
Kita mungkin boleh huraikan makna ar-Rahman berdasarkan apa yang ditulis oleh ulama, tetapi ia belum tentu lengkap atau belum tentu sempurna.
Sebab itu ada satu hadis, yang mana hadis ini patut kita baca dalam solat ataupun di luar solat.
Hadis ini berbentuk doa, kata Nabi:
(سُبْحَانَكَ لَا أُحْصِيْ ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ)
Maha Suci Engkau aku tidak mampu nak menghitung, nak melengkapkan pujian ke atas Engkau wahai tuhan, Maha Suci daripada segala kelemahan, segala kekurangan, segala keaiban, dan kami tidak mampu menghitung dan melengkapkan pujian kami kepada Engkau sebagaimana Engkau sendiri memuji diri Engkau.
Maksud hadis ini ialah walaupun Baginda rasulullah, kekasih Allah, orang yang paling sempurna, orang yang paling dekat dengan Allah pun mengaku tidak mampu nak memuji Allah selengkap yang mungkin.
Inikan pula kita manusia biasa.
Bangun, berilah peringatan!
Terima kasih buatkan nota …saya follow kuliah 99 nama allah dua tahun selepas catatan tuan.
Sama-sama. Alhamdulillah, terbaik puan. Semoga Allah memberkati kita semua.