Apa Kegunaan Media Sosial?
Siapa yang tidak ada akaun Facebook, Instagram, Twitter, Whatsapp dan Telegram pada zaman ini?
Hampir semua orang mengenal media sosial tersebut sama ada muda mahupun tua.
Media sosial menjadi satu wadah yang penting dalam komunikasi dan perkongsian maklumat.
Ramai yang membuka akaun media sosial dan memanfaatkannya.
Ia membolehkan kita berhubung dengan ramai orang termasuk kawan sama ada dalam negeri mahupun luar negara.
Hanya dengan internet kita boleh mengakses banyak perkara termasuk media sosial.
Kemudahan yang kita terima inilah adakalanya membuatkan seseorang itu ketagihan.
Setiap hari pasti akan menghabiskan masa membuka akaun media sosial sama ada dengan telefon bimbit mahupun komputer riba.
Ada yang hanya untuk melihat kemaskini status daripada teman ataupun followers, membaca berita terkini ataupun memuat naik pelbagai status.
Apa yang penting adalah tidak ketinggalan daripada media sosial dan gajet.
Kalau tidak melayari media sosial sehari, seperti ada yang tidak kena dan kurang.
Internet ada gangguan pun kita gelisah dan resah kerana sukar mendapatkan isu trending di media sosial, ataupun nama lainnya adalah ‘medsos’.
Begitu keadaannya kerana pada masa kini, medsos sudah menjadi keperluan yang sukar ditinggalkan.
Kita ketagihan dengan adanya medsos seperti ada rasa rindu yang menggunung jika tidak bertemu.
Adakah kita termasuk dalam kalangan orang sebegitu?
Moga-moga tidak.
Ketagihan dan berlebih-lebihan dalam media sosial juga tidak baik.
Kenapa?
Ini kerana ketagihan itu boleh membuat kita lalai terhadap banyak perkara.
Menghabiskan masa, melupakan kewajipan sehiaran, lupa akan perkara sekeliling dan banyak lagi.
Jadi, media sosial itu harus digunakan secukupnya dan jangan melakukan hal-hal yang dilarang agama ataupun menyalahi hukum.
Kita mesti benar-benar bijak dalam menggunakan media sosial.
Jangan kerana terlalu sering melayari medsos, kita kurang produktif dalam perkara lain.
Contohnya, kalau biasanya kita dapat menyiapkan sesuatu kerja dalam masa sehari namun disebabkan medsos, ia berlanjutan sehingga tiga hari.
Merugikan, bukan?
Jadi daripada kita menggunakan medsos untuk update status ataupun sekadar buang masa dan tidak ada tujuan yang jelas, baik kita gunakan untuk perkara yang bermanfaat.
Di sini ada empat perkara yang baik kenapa kita memiliki media sosial.
1. Personal Branding
Personal branding adalah satu perkara yang bijak dalam menggunakan medsos.
Contohnya, kita gunakan medsos untuk perkenalkan diri, jenama ataupun perniagaan sendiri seperti artis dan penulis.
Dengan cara ini kita dapat membangunkan reputasi yang positif.
Medsos boleh membantu kita membina reputasi dan menunjukkan kejayaan yang kita capai seterusnya menarik orang lain untuk sama-sama memberi manfaat.
Contohnya sebagai seorang penulis.
Melakukan branding di medsos seperti Facebook, Instagram, Twitter ataupun blog akan membantu penulis itu diikuti oleh penerbit.
Pada zaman ini, editor dan penerbit buku suka memantau akaun penulis agar senang mencari penulis berpotensi.
Jadi kalau awal lagi kita sudah membuat branding, tentu akan memiliki potensi yang tinggi juga.
Jemput baca:
2. Bisnes Online
Sekarang ini, siapa saja boleh memanfaatkan dan menggunakan media sosial untuk kepentingan masing-masing.
Jadi, daripada gunakan media sosial untuk perkara yang tidak bermanfaat lebih baik manfaatkannya untuk bisnes online seperti baju, tudung, buku dan sebagainya.
Di medsos, kita boleh memuatnaik gambar-gambar jualan kita.
3. Menjadi Book Reviewer
Bagi mereka yang suka membaca dan mengulas buku pula, akaun medsos tentunya menguntungkan.
Ramai penerbit dan penulis mencari book review di Instagram untuk menulis review.
Kalau terpilih menulis review, penerbit mahupun penulis akan memberikan buku untuk diulas.
Bukankah bagus apabila dapat buku yang percuma, dapat juga ditambah sebagai khazanah.
4. Blogger
Bagi mereka yang ada blog pula, boleh juga manfaatkan medsos.
Walaupun hanya menulis di blog, namun jika kita benar-benar memanfaatkannya banyak untung yang kita dapat.
Daripada hadiah buku, melancong, wang ringgit dan pelbagai lagi.
Kita dapat memperoleh keuntungan dari banyak sudut.
Contohnya pertandingan blog, rajin buat posting di blog.
Pengalaman saya sendiri dalam penulisan blog, saya aktif mengikuti pertandingan blog ataupun menulis dan memanfaatkan blog sebagai tempat muat naik karya.
Dari beberapa pertandingan, saya berjaya menjadi juara dengan novel “Matahari” karya Tere Liye.
Kemenangan itu berbaloi dengan ganjarannya yang membolehkan saya berjalan-jalan.
Asasnya, apa yang kita lakukan di media sosial, kalau dimanfaatkan dengan baik, maka banyak keuntungan yang kita boleh dapatkan dengannya.
Bagi saya, empat perkara tersebut adalah tujuan saya buat masa ini.
Jadi, semasa membuka akaun sosial tersebut, saya bukan hanya bermain-main tetapi juga untuk pekerjaan.
Artikel ini dipetik daripada buku Hijrah Muslimah Milenial yang ditulis oleh Ririn Rahayu & Nani Latifah.