Dr. Raghib al-Sirjani berkata, cara bijak membaca ada beberapa cara.
Antaranya:
Berusaha memahami kata demi kata daripada apa yang dibaca.
Kemudian, kaitkan antara kata yang difokus dengan yang lainnya.
Demikian, kepakaran membaca semakin baik dan meningkat.
—
Tumpukan fikiran pada apa yang dibaca.
Di samping itu, gunakan kedua-dua mata sesuai kadar kemampuan akal.
Ini bagi menguasai topik ataupun idea pokok yang terkandung dalam beberapa baris kalimat dalam buku itu.
Mata perlu dilatih bagi membaca sebagaimana halnya melatih jari-jari yang dipakai bagi menekan keyboard komputer.
—
Sewaktu membaca, pilih tempat yang tepat, suasana yang menyenangkan, dan sinar cahaya yang sesuai dengan mata.
—
Membaca dengan suara kuat boleh menghalangi seseorang dalam membaca.
Oleh itu, baik untuk orang yang kemampuan membacanya masih lemah supaya tidak membaca dengan bersuara.
Sebaiknya hanya dengan gerakan mulut, melafazkan kata demi kata dengan tenang atau pun hanya menggambarkan dengan akal sahaja.
Setiap kali bacaan pembaca semakin matang, perbendaharaan bahasa juga seharusnya semakin berkembang.
—
Selain itu, penting pula berusaha bagi menambah perbendaharaan kosa kata, memahami kata demi kata dengan baik dan benar, mengetahui kata dasar dan susunan kalimat, serta mengetahui makna daripada semua imbuhan yang ada.
Ini kerana setiap imbuhan mempunyai makna dan pengertian masing-masing.
—
Ketika membaca akhbar dan majalah, kita perlu menguasai topik-topik pokok dan beberapa perinciannya.
Hal ini berguna bagi memperoleh informasi secara komprehensif (menyeluruh).
Selain itu, ketika membaca mana-mana buku, perkara pertama yang dilakukan adalah mengamati dan meneliti buku itu secara keseluruhan dengan saksama.
Selanjutnya, perhatikan isi kandungan, topik utama dan sub-judulnya.
Kita dapat memahami tujuan khusus yang diinginkan pengarang buku itu, dengan cara membaca bahagian pendahuluannya.
—
Buat garis di bawah topik-topik utamanya dan tuliskan beberapa catatan penting di tepi ataupun nota kaki.
Ini memberikan keterangan tambahan daripada apa yang pembaca baca.
—
Selain membaca, ajukan pertanyaan kepada diri sendiri.
Kemudian berikan penjelasan secara ringkas sekiranya perlu.
Seterusnya nilai kembali diri kita bagi meyakinkan, yang kita sudah memahami apa yang dibaca.
—
Asah kemampuan membaca kita secara teratur sehingga perbendaharaan bahasa pun semakin berkembang dan pengalaman pembaca pada bahagian kehidupan semakin bertambah.
—
Kerap berlatih mengasah kemampuan membaca secara berterusan dengan membaca 3 ataupun 4 artikel terus menerus setiap hari selama 2 ataupun 3 minggu.
Selain itu, gunakan waktu yang ada sebaik mungkin.
—
Buka setiap helaian buku daripada helaian pertama sehingga helaian terakhir.
Kemudian tanyakan kepada diri sendiri.
Mengapa saya membaca buku ini serta apa manfaatnya?
—
Cara melakukan kajian secara menyeluruh pada suatu buku adalah dengan memerhatikan isi kandungan buku secara saksama.
Hal ini penting dilakukan supaya otak kita berinteraksi dengan buku itu.
—
Baca dengan maksud memahami dan menguasai apa yang dibaca dengan baik dan betul.
—
Selepas selesai mengamatinya, ulangi bahan yang dibaca dan berusaha mendalaminya.
—
Berusaha mematangkan pelan penguasaan dalam otak (mengulangi dengan cepat) supaya kita mampu mengingat topik-topik utama daripada apa yang kita baca.
—
Sentiasa membaca dan meluangkan masa bagi melatih kemahiran membaca.
—
Asah pemahaman kita dengan membaca artikel yang susah dan rumit.
—
- Jemput baca di sini: 6 Mitos Membaca
Tentukan masa yang diperlukan bagi membaca sebuah buku dan berusaha menyelesaikannya tepat pada masanya.
—
Tumpukan fikiran dan jauhi hal-hal yang boleh mengganggu tumpuan.
—
Latih diri dengan membuat pelan penguasaan dalam otak daripada apa yang dibaca.
Latihan ini akan menambah pemahaman dan memberikan kemudahan bagi menghafalnya.
—
Buat gerakan tangan yang pelbagai ketika membaca bagi mencuba method dan saranan yang lain.
—
Jadi orang yang bijaksana ketika membaca sehingga kita mampu membaca dengan cepat ataupun lambat, sesuai keperluan.
Tujuannya adalah supaya kita dapat memahami dengan baik dan betul.
—
Pembaca yang baik dan cerdas adalah orang yang membaca buku dalam rangka mengetahui tujuan sesebuah buku ditulis.
Selain itu, kita mengenali metod penulisan, pandangan serta idea yang dikemukakan dalam buku itu.
Dr. Raghib al-Sirjani menyimpulkan bahawa perkembangan teknologi multimedia dan maklumat dari langit terbuka, tabiat membaca semakin berkurangan terutama dalam kalangan remaja.
Pemerolehan ilmu pengetahuan diganti dengan hiburan dan keselesaan.
Fenomena ini mampu mengubah persepsi generasi akan datang.
Usaha kita sekarang adalah mendapatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan.
Ini membawa ilmu pengetahuan yang tulen bergerak serentak dengan pembacaan.
Harapan saya bila kita membaca artikel ini, semangat membaca kita semakin membara!
Bangun, berilah peringatan!